(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)

AL-HUSSEYN
 Negara Bajingan Barisan Nasional    
SUNGAI PETANI 23 Jan. - Kerajaan Barisan Nasional (BN) sememangnya telah 
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara kebajikan, kata Menteri Penerangan, 
Datuk Seri Zainuddin Maidin hari ini disini 

 Zainuddin berkata, hasil pengurusan politik, ekonomi dan sosial yang cekap 
telah membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara yang mampu memberikan subsidi 
sehingga berbilion ringgit setiap tahun termasuk subsidi minyak dan harga 
barang keperluan harian.


 "Subsidi ini meliputi seluruh rakyat dari kampung ke bandar, subsidi padi 
kepada petani, nelayan hingga kepada masyarakat bandar yang tidak terkecuali 
mendapat subsidi petrol dan keperluan harian," kata beliau.

"Hanya Malaysia satu-satunya negara di Asia mendahului negara-negara lain dalam 
menjadi sebuah negara kebajikan tanpa diisytiharkan," kata beliau.



 
 
BuletionOnline
      Berikan peluang PAS memerintah, untuk buktikan ‘Negara Kebajikan’ - 
Presiden PAS                            
                         
                        
                                               Ditulis oleh SM Noor
Kuala Nerus, 23 Jan – Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang 
membuat tawaran kepada seluruh rakyat supaya memberikan peluang kepada PAS 
untuk memerintah bagi membuktikan  PAS berupaya melaksanakan  program ‘Negara 
Kebajikan’.     Presiden PAS menyatakan demikian didalam kuliah tafsir 
mingguannya di Masjid Taqwa, Batu Enam, disini hari ini. Kuliah beliau berkisar 
tentang penghijrahan RasuluLlah SAW yang telah membawanya penubuhan negara 
Islam Madinah, dimana program-program negara berkebajikan telah dilaksanakan. 


  ‘Negara berkebajikan’ Madinatul-Munawwarah telah menjadikan zakat sebagai 
sumber(resources) bagi menjana ekonomi umat. Dimana prinsip ‘mengambil bahagian 
daripada orang-orang kaya, dan diberikan kepada orang-orang yang berhajat’ 
telah berjaya menyelesaikan masalah ekonomi dan pembangunan negara.


      Dato’ Seri Tuan Guru telah menerangkan dengan panjang lebar tentang 
pembahagian zakat kepada lapan asnaf utama, dan membidas pihak UMNO/BN negeri 
Terengganu yang menjadikan isu ‘anak exco mendapat zakat’, sebagai golongan 
yang jahil dan tidak memahami ilmu ugama. 

 
 ”Zakat dibenarkan didalam Islam untuk diberikan kepada orang-orang yang sedang 
sedang menuntut ilmu, terutamanya ilmu-ilmu ugama, dengan tidak mengambil kira 
samada mereka anak exco atau anak menteri, kaya atau miskin” jelas Dato’ Seri. 



  Mengambil contoh masakini, Dato’ Seri berkata,”sekiranya syarikat Petronas 
yang keuntungannya berbilion ringgit, mengeluarkan zakat, maka dengan zakat 
itu, kerajaan boleh memberikan pendidikan secara percuma dan perkhidmatan 
secara percuma kepada rakyat”.


      Sehubungan dengan itu, Petronas telah mencatatkan keuntungan sebelum 
cukai sebanyak RM 70.2 bilion pada tahun 2006. Tawaran ‘Negara Berkebajikan’ 
yang ditawarkan oleh PAS boleh dilaksanakan sekiranya Petronas mengeluarkan 
zakat sebanyak 2.5% yang berjumlah RM 1.75 bilion, satu jumlah yang mampu 
menampung kos bagi pendidikan dan kesihatan percuma untuk rakyat Malaysia. 



  PAS telah menawarkan didalam manifestonya, mahu menjadikan Malaysia sebagai 
sebuah Negara Kebajikan, untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 12 yang akan 
datang. Konsep Negara Kebajikan telah lama dilaksanakan di negara-negara maju 
seperti di Jepun dan United Kingdom. Antara perlaksanaan ‘Negara Kebajikan’ 
bagi Jepun adalah memberi subsidi 99% terhadap pengeluaran padi dinegara 
tersebut.


    Tawaran PAS untuk Pilihanraya Umum akan datang telah menjadi satu kegerunan 
kepada pemimpin-pemimpin UMNO.  Perlaksanaan program-program ‘Negara Kebajikan’ 
telah pun dilaksanakan di Kelantan yang diperintah oleh PAS sejak 1990
JOM BERSIH!!!                                bersih.org
              

Krisis Ekonomi Dunia: Malaysia Perlukan Kerajaan Yang Cekap Bagi Menghadapinya  
           KeADILan             
      Kuala Lumpur, 24 Jan - Kerajaan Malaysia digesa mengambil sikap 
berhati-hati dan berhemah dalam menguruskan kewangan negara. Akibat krisis 
kewangan Amerika Syarikat, dunia sedang menghadapi ancaman kemelesetan ekonomi 
dan Malaysia seharusnya mengelakkan perbelanjaan-perbelanjaan tidak perlu dan 
meningkatkan simpanan sebagai persediaan menghadapinya.


 Setiausaha Agung KeADILan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam sidang media hari ini 
mengatakan kerajaan Malaysia perlu peka terhadap keperluan untuk berjimat 
kerana ia adalah satu-satunya benteng negara bagi menghadapi kesan lebih buruk 
dan kejutan seterusnya krisis ekonomi Amerika Syarikat.
 Beliau juga berkata, sepanjang empat tahun yang lalu, perbelanjaan kerajaan 
telah meningkat. Perolehan cukai dan hasil lain kerajaan tidak mampu untuk 
menampung perbelanjaan mengurus.


 “Tanpa hasil Petronas, negara ini akan terpaksa menanggung hutang yang sangat 
besar semata-mata untuk terus beroperasi,” kata Tan Sri.


 “Kerajaan Barisan Nasional mempunyai sikap tidak bertanggungjawap dengan 
membelanjakan sejumlah besar wang rakyat untuk membuat persiapan dan majlis 
pelancaran koridor-koridor pembangunan. Kos-kos acara begitu menelan belanja 
sehingga RM50 Juta - RM 100 Juta setiap satu.”


 Kerajaan mengatakan perbelanjaan tersebut tidak semestinya dibuat oleh 
kerajaan secara langsung.


 “Perbelanjaan oleh Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan 
Syarikat-Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) seharusnya dilihat 
sebagai membelanjakan wang rakyat” tambah beliau.


 Tan Sri Khalid juga menegaskan bahawa Barisan Nasional tidak mempunyai 
keupayaan untuk mengendalikan kewangan dan ekonomi negara dengan baik dan 
menjangka Malaysia akan merasakan kesan kemelesetan ekonomi yang berpunca 
daripada krisis kewangan Amerika Syarikat.


 Tan Sri Khalid mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kemelesetan 
ekonomi dan mengulang seruan KeADILan bahawa kerajaan perlu cekap dan amanah 
untuk memimpin rakyat menghadapinya.


 “BN di bawah Abdullah Badawi ternyata tidak cekap dan terlalu lemah untuk 
memikul tugas tersebut”


 “Kemampuan Malaysia menghadapi Krisis Kewangan Asia sebahagian besarnya adalah 
hasil daripada belanjawan berhemah yang diutamakan oleh Dato’ Seri Anwar 
Ibrahim selaku Menteri Kewangan sepanjang beberapa tahun sebelumnya.”


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Kirim email ke