Assalamualaikum:
Saya nak tanya sesiapa yang tahu tentang Unit trast iaitu boleh
keluarkan duit akaun satu betul kah itu sebab saya dah tanya kat pejabat EPF
tapi diorang kata tak tahu,sebab saya pun rasa berminat inggin melabor
kat Unit trast sebab dengar kata dividennya tinggi sampai 50 pon ada
dan sampai mana kesahihannya .....
-----Original Message-----
From: [email protected] [SMTP:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of
Kadet Pencen
Sent: Wednesday, January 23, 2008 10:54 PM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Help Palestine [hidayahnet] EPF juga tertinggi... / MB
khianati jiran tetangga
(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
Anjunglarik <http://anjunglarik.blogspot.com/>
EPF juga tertinggi..apa yang rendah?
<http://anjunglarik.blogspot.com/2008/01/epf-juga-tertinggiapa-yang-rendah.html>
http://bp0.blogger.com/_H2QcTP9zNuM/R5agecwXWBI/AAAAAAAACJ0/Af_i3EBPveI/s1600-h/kwsp%2Bepf.JPG
Semalam berita TV3 (Tengok TV3, walaupun Datuk Zainuddin kata RTM lagi
bermutu dan popular...betul kah Datuk...?) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) mengumumkan pemberian dividen
<http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_a08c3f3b-c0a85062-910df400-d3cdf6d7>
tahun lalu sebanyak 5.8 peratus, yang katanya tertinggi sejak 2001 dan akan
dikreditkan ke dalam akaun pencarum pada 1 Mac ini.
Agak nya kenapa pihak KWSP, hanya sebut setakat tahun 2001. Sebab nya
mereka tidak berani hendak membandingkan kadar- tersebut dengan kadar di
tahun-tahun cemerlang sebelum tahun 2001. Pasti mereka akan hilang peluang
untuk mengwar-warkan kalimat hikmat yang selalu pihak kerajaan pakai sejak
akhir-akhir ini iaitu "tertinggi" yang sama juga tujuannya dengan kalimat
"terkaya", "teruntung", "tebaik", "terbesar" dan sebagai nya termasuk yang ini
<http://aminiskandar.wordpress.com/2008/01/04/pm-yang-mengantuk-disorongkan-bantal/>
. Ini semua bagi menunjukkan betapa berwibawa nya kerajaan sekarang menangani
Kerajaan Malaysia dan seterusnya layak untuk bertanding dan terpilih untuk
pilihanraya umum (PRU) yang akan datang kelak....Mungkinkah...?
Umpama Kata Paklah "kita mampu dan ada duit lebih sikit, kita bagi la
pada pencarum.. ". Tapi saya takut realitinya macam lari dari maksud yang
sebenar umpama, Petronas untung, tapi minyak naik juga atau TNB untung "gila
babi" (kesian babi ni, gila), tapi caj letrik naik juga...
Hairan juga sekejap cakap mampu. sekejap tidak mampu, tapi apapun kesan
nya pasti tidak mampu juga kepada kita semua....
Paklah kata "Ini bukan duit election,tapi depa kata duit election
pula," betul juga apa yang dikata, kalau Paklah Cakap ini semua sempena
election, nanti kena tuduh guna wang rakyat untuk untuk kepentingan parti
pula....Apapun yang pasti, inilah yang dikatakan "serampang dua mata", "sambil
menyelam minum air"..ialah "sambil kerajaan beri untung, sambil itu parti dapat
nama" ala-ala "lembu punya susu, sapi dapat nama"...bijak-bijak.... betul-betul
mengamalkan "Budi bahasa, Budaya Kita". Ialah hendak seribu daya, taknak seribu
dalih, hati rakyat mesti diraih apapun tujuan nya adalah untuk meraih sokongan
<http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=309577> .
Yang tersangat pasti tarikh pilihanraya dah dekat sangat, kursus
pengurusan SPR pun dah dibuat, malah kursus buang duit.."pilihanraya olok-olok"
pun dah berlansung.......Jentera parti pun sudah bergerak..Ramai yang sudah
sibuk, menabur budi . Banyak jalan berlubang dah di tar hingga ke depan
rumah...Yang tak pernah nampak muka, tiba-tiba boleh tersenyum sumbing,
menghulur bantuan. Yang jarang menegur sapa, kini mesra tak sudah-sudah, Yang
tak berpersatuan, sibuk pula mengatur majlis tahlil dan doa selamat. Mesej SMS
takpayah ceritalah, dok bertalu-talu masuk ke dalam telefon bimbit, hingga
pening nak "mendeletekan" nya......
Apapun terima kasih juga kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
kerana sanggup mengumumkan pemberian dividen yang "tinggi" ini.....Hanya ucapan
terima kasih kepada Pak Lah atas semua ketinggian ini, saya tak mampu nak beri
Rose
<http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/1/23/nation/20087866&sec=nation>
dan bermain dengan propaganda ,sebab saya sangat sibuk mencari rezeki untuk
membayar duit minyak, tol, yuran sekolah dan lain-lain, yang tidak kalah juga
ketinggian nya..... Selamat berpilihan raya....
p/s: Dah lama tidak merasa dividen 8.5% seperti di era
80an................
JOM BERSIH!!! <http://no2umno.blogspot.com/2008/01/jom-bersih.html>
<http://no2umno.blogspot.com/2008/01/jom-bersih.html>
bersih.org <http://bersih.org/> http://bersih.org/
http://bp1.blogger.com/_iCbPbSVRG8Q/R49pXdzDxCI/AAAAAAAAAr0/iUumCaSxZlc/S520/utama_hd_bersih_1+copy.jpg
BuletinOnline
<http://buletinonline.net/index.php?option=com_frontpage&Itemid=1>
MB khianati jiran tetangga, orang kampungnya sendiri
<http://buletinonline.net/index.php?option=com_content&task=view&id=381&Itemid=1>
<http://buletinonline.net/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=381>
<http://buletinonline.net/index2.php?option=com_content&task=view&id=381&pop=1&page=0&Itemid=1>
<http://buletinonline.net/index2.php?option=com_content&task=emailform&id=381&itemid=1>
Ditulis oleh WanKay & SM Noor
The image "http://buletinonline.net/images/banners/sjertih2.gif"
cannot be displayed, because it contains errors.
<http://buletinonline.net/images/banners/sjertih2.gif>
Besut; 21 Jan - Kedudukan Dato' Seri Idris Jusoh, untuk mempertahankan
DUN Jertih, dilihat oleh banyak pihak, sebagai kerusi yang tidak selamat lagi,
bagi Menteri Besar Negeri Terengganu itu
ni adalah kerana, rakyat di kawasan berkenaan telah hilang keyakinan
terhadap Idris yang mengkhianati janji-janji Idris kepada mereka, pada
Pilihanraya Umum ke 11, tahun 2004 lalu.
Justeru itu, mereka merasa kecewa tidak lagi mahu bergantung harap
kepada Idris yang dilihat oleh mereka sebagai 'kacang lupakan kulit'
Semakan dan pemerhatian lapangan yang dibuat oleh Buletinonline
mendapati, rakyat umum, para pengundi dan penyokong UMNO/BN, melahirkan rasa
tidak puas hati dengan kepimpinan Idris.
Rakyat melihat khususnya Idris dan amnya kerajaan UMNO/BN Terengganu
telah gagal membela nasib rakyat, tidak dapat menyelesaikan isu tanah dan tidak
berupaya menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan negeri
Terengganu seluruhnya.
The image "http://buletinonline.net/images/banners/sjertih2.gif"
cannot be displayed, because it contains errors.
<http://buletinonline.net/images/banners/sjertih2.gif>
Isu terbaru berlaku di kampong Idris sendiri. Kes pengambilan tanah
orang kampong untuk pembesaran Masjid Seberang Jertih 'melukakan hati dan
perasaan' jiran tetangga Idris. Masjid Jertih terletak bertentangan dengan
rumah 'orang tua' Idris, dipisahkan oleh jalanraya yang menghubungkan Bandar
dengan Kota Bharu. Tanah jiran-jiran Deris telah diambil semula oleh kerajaan
negeri dan rumah-rumah mereka dirombak, bagi kerja-kerja pembesaran masjid
tersebut.
Apa yang menjadi kemusykilan rakyat setempat adalah, apa perlunya
Masjid Jertih diperbesarkan dengan jarak antara Masjid Seberang Jertih dengan
Masjid Hadhari, hanyalah 800 meter. Masjid Hadhari, sebuah masjid 'mega',
sedang dalam pembinaan dengan kos RM10 juta, dijangka siap akhir tahun ini.
(Foto: Mohd Noor menunjukkan rumahnya yang sudah dirombak)
The image "http://buletinonline.net/images/banners/sjertih1.gif"
cannot be displayed, because it contains errors.
<http://buletinonline.net/images/banners/sjertih1.gif> Seorang pesara Jabatan
Kerja Raya(JKR), Encik Mohd Noor Daud, 68, yang juga jiran rapat Idris, berasa
amat terkilan dengan sikap Idris. Beliau mengenali Idris sejak Idris
kanak-kanak lagi. Janji yang pernah diucapkan oleh Idris Jusoh selaku Menteri
Besar Terengganu. awal tahun lalu masih segar didalam ingatannya.
Encik Mohd Noor berkata, (Idris)MB Terengganu berjanji di hadapan orang
ramai dalam satu majlis perasmian Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Seberang Jertih.
"Dia (Idris) berucap di bangunan Rukun Tetangga Seberang Jertih dan
berjanji akan memberi tanah gantian kepada mana-mana penduduk yang terlibat
dengan pengambilan balik tanah dan rumah oleh kerajaan.
"Sampai hari ini, janji itu belum dikotakan dan kami semua terpaksa
berpindah dan bayaran pampasan yang diberi pula tidak sepadan dengan nilai
tanah dan rumah kami," ujarnya kepada Buletinonline ketika ditemui di rumahnya,
Jumaat lepas.
Menurut Mohd Noor, pampasan yang dibayar terhadap tanahnya serta tiga
buah rumah milik anak-anaknya hanyalah RM120,000 sahaja.
"Tanah saya(terletak di)tepi jalan utama, Jertih ke Kuala Besut dan
berhampiran masjid hanya dibayar RM120,000,"
"Ada tanah(yang hampir serupa) dan (sebuah)rumah subsidi kerajaan (yang
telah diambil semula) dibayar RM80,000 seorang," jelasnya.
Beliau dan keluarganya amat tidak berpuas hati dengan jumlah bayaran
tersebut serta terpaksa membuat penilaian semula dan membuat tuntutan di
mahkamah.
The image "http://buletinonline.net/images/banners/sjertih3.gif"
cannot be displayed, because it contains errors.
<http://buletinonline.net/images/banners/sjertih3.gif> Manakala seorang lagi
mangsa pengambilan tanah, Puan Hajjah Minah Husin, 63, dari Kampung yang sama
tidak dapat menahan kesedihan kerana terpaksa berpindah setelah tanah dan rumah
diambil balik oleh kerajaan negeri.
Katanya, masalah bayaran yang tidak setimpal itu menyebabkan rasa
marah, sedih dan kecewa terhadap Idris dan pemimpin kerajaan Terengganu hari
ini.
"Hati kecil mak cik memang tidak setuju dan rasa sangat sedih. Mak cik
menangis kerana pilu terhadap layanan pihak berkuasa yang diketuai oleh orang
kampong ini sendiri."
"Mereka janji sebelum ambil dahulu hendak beri tempat ganti tetapi
hanya 'cakap politik' dan janji 'bohong' Menteri Besar sahaja," ujarnya.(Foto:
Rumah Mak Cik Minah)
Mak Cik Minah telah membesarkan anak-anaknya seramai tujuh orang dan
beberapa orang cucu telah menetap lebih 40 tahun diatas tanah tersebut.
Katanya, kerajaan UMNO/BN kini perlu diberi tunjuk ajar oleh rakyat dalam
pilihan raya akan datang dengan membuat perubahan sokongan kepada PAS.
Menurutnya, rakyat serta pengundi di Jertih ini mula menyesal kerana
memberi undi kepada Idris dalam pilihan raya yang lalu.
The image "http://buletinonline.net/images/banners/sjertih4.gif"
cannot be displayed, because it contains errors.
<http://buletinonline.net/images/banners/sjertih4.gif> Seorang lagi pemilik
tanah yang juga jiran Idris (enggan disebut namanya) mengakui mengundi Idris
dalam Pilihanraya Umum tahun 2004.
"Dia (Idris) orang sini (kampung) dan kita pakat beri undi sekali
kepada dia untuk tengok perubahan 'kononnya' boleh membela nasib rakyat,
"Kami semua menyesal dan harapan kami sebagai 'rakyat bawahan' hancur
berkecai setelah Idris berkuasa," ujarnya.
Beliau berjanji akan memastikan keluarga serta seluruh rakan taulannya
tidak akan mengundi UMNO dan BN dalam Pilihanraya Umum akan datang.
Semakan Buletinonline mendapati seramai 15 pemilik tanah dan rumah,
jiran tetangga Idirs, berhampiran dengan Masjid Seberang Jertih, terlibat
dengan pengambilan balik tanah untuk pembesaran Masjid tersebut. Pampasan telah
dibayar, walaupun mereka tidak berpuas hati dengan jumlah yang mereka terima
kerana ada unsur-unsur mereka telah 'diperdayakan' oleh pihak berkuasa
tempatan.(Foto: Makcik Minah 'sedih' merenung nasibnya)
http://www.marhaen.org/v1/mar_a_banner_takmau.html
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November <http://10nov.himpunan.info/> di
http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih <http://bersih.org/> di http://bersih.org/
_____
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo!
Search.
<http://us.rd.yahoo.com/evt=51734/*http://tools.search.yahoo.com/newsearch/category.php?category=shopping>