Ini adalah  sebaba sistem pendidikan tidak islam sejak` dari tadika hingga  
universiti. Sekarang ini ramai anak melayu ada phd tetapi hanya digunakan untuk 
diri sendiri. Yang utama dapat kereta besar dan rumah besar dapat melancung. 
Para phd tidak kira apa bidang tidak membuat sumbangan balik kepada masyarakat. 
Mereka bergelumang dengan kesenangan sehigga tak pergi sholat berjemaah. Setiap 
masjid atau surau ajk dari golongan rendah pendidikan dan golongan ini yang di 
tuduh tidak pandai mentadbir. Saya rasa kebanyakan pegangan ahli sunnah jemaah  
sudah rosak. Tapi malang nya seminar mengenai bahaya syiah yang bincangkan. Ini 
lah kuman di seberang lautan nampak  nyamuk dalam kelambui dibiarkan.


----- Mesej Asal ----
Daripada: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
Kepada: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Dihantar: Sabtu, 19 Januari, 2008 4:41:14
Subjek: Help Palestine [hidayahnet] Di Mana Persatuan/ Ngo Muslim ? Di mana 
saya ?



Ibu bapa jauh di kampung membuatkan penuntut pelajar bebas bergaul hingga 
terjebak dalam gejala sosial 

PANTAI Dalam dan Kampung Kerinchi, antara penempatan yang menjadi tumpuan 
penduduk Melayu di Kuala Lumpur. Hasil pembangunan pesat, kedua-dua kawasan ini 
dipenuhi rumah pangsa dan kondominium yang sebahagian daripadanya disewa oleh 
penuntut institusi pengajian tinggi (IPT). 
 

Mereka tinggal menyewa beramai-ramai dan berkongsi kenderaan ke kuliah. Oleh 
kerana ibu bapa jauh di kampung, mereka bebas bergaul hingga ada yang terbabas 
kepada gejala sosial dan moral.

 
Masih ingat lagi insiden berasmara di tangga rumah pangsa? Di situlah kejadian 
ini berlaku. Malah, bukan kes itu saja, banyak lagi kes penuntut universiti 
berasmara di kawasan itu dilaporkan sebelum ini. 
 

Topik Universiti Asmara ini dibincangkan dalam Keluarga Di 9 (KD9) pada Rabu 
lalu bersama pengacara Benjy dan tetamu termasuk Pengetua Pusat Perlindungan 
Remaja, Kem Bina Insan (Kewaja), Yahaya Mohamed dan Ketua Biro Ikhtisas 
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Nur Izura Udzir. Turut menjadi tamu 
ialah pemimpin pelajar, Mohd Zaid Mohd Idrus dari Universiti Kebangsaan 
Malaysia UKM). 
 

"Tak dapat tinggal di kolej atau asrama, mereka memilih untuk tinggal di 
Universiti Asmara!," kata Benjy. 
Kisah Zara (bukan nama sebenar) menyedarkan banyak pihak mengenai kelonggaran 
akhlak remaja walaupun mempunyai pencapaian akademik membanggakan. 
 

Zara berasal dari negeri pantai timur dan mengikuti pengajian kejuruteraan, 
tetapi disebabkan cinta yang berkobar-kobar, sanggup menyerahkan maruah diri 
kepada lelaki yang dicintainya. 
 

"Cinta kami dihalang oleh ibu bapa saya kerana mahu saya menghabiskan pengajian 
dahulu walaupun ibu bapa lelaki itu bersetuju saya berkahwin dengannya," kata 
Zara kepada wartawan KD9, Sharifah Nur Syed Ali yang menemuinya di Rumah 
Kewaja. 
 

Zara kini hamil lapan bulan hasil perhubungan intimnya dengan teman lelaki yang 
kini tidak dapat dihubungi lagi.

 
Zara berkata, mereka bebas bergaul kerana dia belajar di IPT yang jauh dari 
kampung halaman. Apabila ibu bapanya mengetahui nasib anak mereka, Zara 
dihantar ke Kewaja untuk melahirkan bayi yang kemudian akan diserahkan kepada 
keluarga angkat. 
 

Di Kewaja, rumah perlindungan yang dikendalikan Yahaya dan isterinya, Ruzitah 
Baharum, Zara dan remaja lain yang hamil daripada perhubungan luar nikah 
dilatih menguruskan diri dan menjalani sesi kaunseling bagi membantu mereka 
kembali ke jalan yang benar serta meneruskan kehidupan selepas melahirkan anak. 
 

Bagi Zara, pengajaran daripada episod pahit dalam hidupnya ini akan dijadikan 
pedoman pada masa depan. 
 

Sementara itu, seorang lagi remaja senasib, Intan (bukan nama sebenar) hamil 
selepas sebulan berkenalan dengan seorang lelaki ketika dia menuntut di sebuah 
politeknik di utara tanah air. 
 

"Sejak awal berkenalan lagi, dia memang banyak kali mencuba untuk melakukan 
hubungan seksual, tetapi saya tidak benarkan. Bagaimanapun, pada satu malam, 
saya tidak sedar dia memasukkan pil khayal ke dalam makanan saya. 
 

"Dalam keadaan separuh sedar, saya mendapati dia membawa saya ke rumahnya dan 
apabila saya sedar keesokan harinya, semuanya sudah terlambat," katanya ketika 
ditemui di Kewaja. 
 

Yahaya berkata, sejak beroperasi pada 2003, lebih 100 penuntut wanita IPT yang 
hamil luar nikah datang mendapatkan perlindungan di Kewaja. 
 

"Kemunculan remaja hamil luar nikah di rumah Kewaja boleh dikatakan 'bermusim'. 
Apabila ada perayaan, misalnya, tahun baru seperti baru-baru ini, beberapa 
bulan akan datang datanglah mereka ini," katanya. 
 

Katanya, satu punca gejala ini ialah kejutan budaya penuntut yang datang dari 
luar bandar. Daripada persekitaran terkongkong, mereka yang mendapat kebebasan 
secara tiba-tiba apabila memasuki IPT dan tinggal beramai-ramai di rumah sewa, 
mudah dipengaruhi fenomena cinta kampus. 
 

Apabila terlanjur, ramai yang memilih jalan mudah dengan menggugurkan anak 
secara haram atau membuang bayi. 
 

Selain mendedahkan gejala ini, KD9 mengupas isu kekosongan jiwa remaja yang 
tiada pengisian positif ketika mereka menuntut di IPT. 
 

Ini berbeza dengan era 80-an yang mana ramai anak muda dipacu oleh perjuangan 
dan ideologi menerusi pertubuhan seperti Abim dan Gabungan Pelajar Melayu 
Semenanjung (GPMS). 
 

Satu masa dulu, lagu perjuangan seperti 'Anak Kecil Main Api' membakar semangat 
anak muda termasuk pemimpin pelajar di IPT untuk berjuang demi bangsa dan 
agama. "Anak muda kini seolah-olah tiada perjuangan, tiada haluan. Sebab itu 
ramai lebih suka merempit dan terbabit dengan gejala moral yang membimbangkan. 
Di manakah Abim dalam kemelut sosial ini?" kata Benjy ketika mengajukan soalan 
kepada Dr Nur Izura. 
 

Dr Nur Izura berkata, Abim masih giat menjalankan pelbagai program pembangunan 
ummah walaupun kian kurang mendapat pendedahan media. 
 

Katanya, jika diberi ruang yang lebih terutama di IPTA dan IPTS, Abim bersedia 
mengadakan kegiatan pengisian jiwa dan minda remaja. 
.
 



Sent from Yahoo! - a smarter inbox.



      
________________________________________________________ 
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik 
http://my.mail.yahoo.com/

Kirim email ke