UMNO MEMURTADKAN ORANG MELAYU TANPA DISEDARI
   
   
  Orang Melayu di Malaysia terkenal dengan budaya adab sopan ketimuran dan 
mengamalkan ajaran agama Islam tidak boleh dipertikaikan lagi suatu ketika 
dulu. Malah undang-undang yang diamalkan ialah hukum hudud iaitu undang-undang 
Islam yang berasaskan Al-Quran, Sunnah, ijma’ dan Qias yang hanya diredhai oleh 
Allah Taala untuk sepanjang zaman. Ia dibawa oleh pendakwah – pendakwah atau 
peniaga – peniaga dari Tanah Arab yang datang ke Tanah Melayu untuk 
berjual-beli di rantau ini. Ini semua berasaskan undang-undang kanun negeri 
Melaka sebelum kedatangan penjajah yang terdapat di dalam transkrip yang 
dijumpai sebelum ini yang menyatakan hukum hudud ialah satu daripada hukum atau 
undang – undang kanun yang digunapakai untuk sebarang jenayah yang dilakukan 
semasa itu. Ini diperkukuhkan lagi undang-undang Islam ini diamalkan di 
Malaysia seperti di Terengganu yang terbukti dengan penemuan Batu Bersurat di 
Kuala Berang, Terengganu. 
   
  Setelah kedatangan penjajah Inggeris yang mempunyai agenda tersendiri iaitu 
menghapuskan ajaran Islam di seluruh dunia setelah mereka tewas di dalam perang 
salib pada ketika itu, mereka melakukan penjajahan minda ke atas orang Melayu 
Islam khasnya di Malaysia dan seluruh dunia ketika itu dengan menggunakan 
perang psikologi di atas amalan orang Islam dengan taktik yang cukup halus 
iaitu menggunakan kemewahan dunia dengan pelbagai cara dan tipu helah yang 
cukup teliti untuk melalaikan orang Islam ketika itu dan melemahkan agama Islam 
daripada terus berkembang.
   
  Perkara pertama yang mereka lakukan ke atas penjajahan Tanah Melayu ketika 
itu ialah membenarkan segala adat istiadat agama dan budaya orang Melayu 
ditadbir oleh Sultan namun tanpa kita sedari undang-undang yang dikawal oleh 
mereka tidak membenarkan perkembangan agama Islam tersebar ke seluruh dunia. 
Dengan itu, mereka telah berjaya mengawal kebangkitan orang Islam menentang 
penganut yang beragama Kristian pada ketika itu. Ajaran Jihad diharamkan 
seperti yang berlaku kepada Haji Abdul Rahman Limbung di Terengganu yang 
dibuang daerah ke Mekah, di Kelantan pejuang yang kita lihat dibunuh dengan 
kejam digantung kepala ke bawah iaitu Tok Janggut dan ramai lagi pejuang – 
pejuang lain yang mati di saat mereka menentang penjajahan Inggeris di Tanah 
Melayu. Mereka cukup licik dalam memelihara agama Kristian mereka namun kita 
pada hari ini semakin hari semakin longgar pegangan kita dek kerana peredaran 
zaman dan kemodenan dunia tanpa sempadan yang menyebabkan anak – anak bangsa
 kita terus leka dan hanyut dibawa arus dunia akhir zaman.
   
  Kita hendaklah kembali kepada sejarah silam di mana datuk nenek kita 
mempertahankan tanah air yang tercinta melalui jihad fi-sabiilillah (berjuang 
di jalan Allah) untuk menjaga maruah anak bangsa dari terus tercalar demi 
mempertahankan kesucian agama Islam iaitu satu – satunya agama yang diredhai 
oleh Allah Taala dunia dan akhirat. Sejarah silam memberi kita pedoman pada 
hari ini untuk menentang anasir – anasir jahat orang – orang Nasrani dan Yahudi 
dalam mengekang kebangkitan Islam pada hari ini dengan menawarkan kemewahan 
dunia yang menjadi berhala kepada umat Islam di Malaysia pada hari ini khasnya 
dan kezaliman yang begitu ketara ke atas negara – negara Islam yang dilihat 
memperjuangkan Islam untuk menentang negara – negara kufur laknatullah.
   
   
  Masyarakat kita pada hari ini telah hanyut dengan kemodenan dunia tanpa 
sempadan yang dibawa oleh pemimpin Islam Hadhari yang dipelopori oleh Nasrani 
dan Yahudi yang mengharamkan jihad untuk Islam bagi memelihara agama dan kaum 
mereka terpelihara daripada ancaman dunia. Malangnya kita pada hari ini yang 
mempunyai pemimpin Islam yang hanya ada pada nama namun amalan – amalan dalam 
ajaran Islamnya tidak dipraktikkan bagi memelihara kesucian agama Islam khasnya 
di Malaysia dan umumnya di seluruh dunia. Pemimpin – pemimpin ini telah 
melacurkan agama kita demi menjaga reputasi dan kedudukan mereka di singgahsana 
dunia yang sementara ini. Kami amat rasa tidak senang hati dengan keadaan 
sekarang yang mana kezaliman telah berleluasa berlaku, pihak kerajaan sekarang 
telah dengan mudah mempergunakan mandat yang diberi oleh rakyat mempermainkan 
demokrasi menggunakan birokrasi kerajaan untuk melumpuhkan keadilan dan 
kenyataan yang sebenarnya berlaku sejak akhir – akhir ini. Mereka
 telah menggunakan peluang yang sedia ada dengan mengeksploitasi keadaan  dan 
memperniagakan permasalahan umat walaupun dengan harga yang murah, sekalipun 
akan mengorbankan permasalahan tersebut atau mengorbankan bangsa seluruhnya.
   
  Kalau hendak diberikan contoh, usah dikatakan telah banyak jenayah yang 
berlaku akibat daripada pengembangan Islam Hadhari yang tidak mengamalkan Islam 
yang sebenar yang menggalakkan perkara yang baik dan mencegah perkara yang 
buruk(mungkar) “amr bi-l ma’ruf, nahr bi-l mungkar”. Melayu jangan mudah lupa 
dengan kes Jeslina dan Jawi yang mana pihak menteri kabinet telah mengarahkan 
pihak Jawi melepaskan Jeslina dan rakan – rakannya yang mana salah seorang 
daripadanya mempunyai hubungan darah daging dengan menteri di dalam kabinet 
yang dengan terang nyata menghina agama Islam dengan menghadiri parti di salah 
sebuah pusat hiburan yang menghidangkan arak yang umumnya mengetahui minuman 
itu haram bagi sesiapa yang mensabitkan dengan minuman itu. Ada pula menteri di 
dalam kabinet mengeluarkan kenyataan mengatakan UMNO terpaksa menggunakan agama 
bagi menentang PAS. Inikah pemimpin yang dikehendaki oleh rakyat yang dengan 
terang nyata memperlekehkan agama yang suci di dunia ini
 bagi memelihara kedudukan mereka yang sementara ini.Sebenarnya apa yang 
berlaku hari ini ialah bukan bencana yang berlaku sebaliknya bala ke atas 
mereka yang mempermainkan agama dan tunggulah bala yang lebih besar berlaku 
seperti di zaman – zaman firaun dahulu andainya golongan – golongan ini 
dipelihara dalam kabinet. Rakyat Malaysia akan terus menderita dengan pelbagai 
bencana yang berlaku dan mereka akan terus bermaharajalela  tanpa mengendahkan 
masalah rakyat yang berlaku.
                                                                                
                                                                                
      ;            
  Tidak cukup dengan itu, mereka sanggup menggunakan orang – orang agama 
seperti imam, mufti dan pendakwah bebas bagi mengaburi mata rakyat dan 
melemahkan pegangan rakyat terhadap agama yang suci ini iaitu agama Islam. 
Jangan lupa Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama 
telah dengan nyata mengeluarkan kenyataan iaitu pelacuran diharuskan sekiranya 
keadaan terdesak. Adakah UMNO telah terdesak dengan menggunakan agama untuk 
menentang PAS. Adakah dia juga seorang wanita yang mempunyai agama telah 
melacurkan dirinya dan pendidikan agamanya demi kemewahan dunia dan kedudukan 
yang sementara ini. Ingatlah halal itu nyata dan haram itu nyata dan di antara 
kedua – duanya ialah syubhah. Ini menjelaskan yang haram tetap haram dan tidak 
boleh menghalalkan segala yang haram untuk kepentingan sendiri dan begitulah 
sebaliknya. Malah orang yang meninggalkan syubhah adalah dipandang mulia di 
sisi Allah Taala.
   
  UMNO telah menggunakan Islam Hadhari untuk menentang PAS yang bersungguh – 
sungguh mahu melaksanakan hukum hudud dan amalan – amalan Islam di Malaysia ini 
tetapi sebaliknya mereka hanya berpura – pura menggunakan nama Islam untuk 
mengaburi mata rakyat dengan konsep yang dianjurkan oleh Nasrani dan Yahudi 
yang menghalang jihad fi-sabii lillah dilaksanakan dan tidak meletakkan 
Al-Quran dan Sunnah sebagai perlembagaan di negara ini. Mereka dengan mudah 
mempergunakan Islam untuk kepentingan sendiri dan fikirlah sendiri laknat Allah 
bagi mereka yang mempermain – mainkan agamaNya kepada firaun – firaun sebelum 
ini.  Mereka telah menghalang hukum Islam dilaksanakan seperti sebelum ini dan 
ingatlah mereka yang menentang Allah tidak akan selamat dunia dan akhirat. 
Dunia ini hanyalah sementara, kemewahan yang dimiliki bukanlah kekal untuk 
selama – lamanya. Segala – galanya adalah milik Allah Subhanahuwataala. Wahai 
rakyat Malaysia yang dikasihi, lihatlah dunia ini yang indah hanya
 sementara yang kekal hanya di sana akhirat yang menanti. Cukuplah penderitaan 
yang kita alami untuk separuh abad lamanya. 50 tahun kita merdeka, janganlah 
lagi kita buta dengan kemewahan dunia yang sementara ini, jihad dari anda semua 
amat diperlukan bagi menegakkan syiar Islam di negara yang tercinta ini seperti 
di dalam surah at-Taubah ayat 24 yang bermaksud,
  “Katakanlah, jika bapa – bapa, anak – anak, saudara – saudara, isteri – 
isteri, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang 
kamu khuatiri kerugiannya dan rumah – rumah tempat tinggal yang kamu sukai 
adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan daripada berjihad di 
jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya, dan Allah 
tidak memberi petunjuk kepada orang – orang yang fasik.” 
   
  Ini baru sebahagian daripada apa yang berlaku sebelum ini, kita hendaklah 
kembali kepada yang nyata dan hakiki iaitu kembali kepada Allah Taala, Tuhan 
sekelian alam yang memelihara kita semua daripada bala bencana, yang memberi 
rezeki kepada seluruh alam dan yang membawa rahmat dan keberkatan kepada 
seluruh manusia di dunia ini. Janganlah kita berpaling daripadaNya Yang Maha 
Esa marilah kita kembali kepadanya ke jalan yang benar jalan yang diredhai oleh 
Allah Taala iaitu jalan yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad S.A.W beliau 
bersabda, 
  “Tidak akan sesat seorang manusia selagi dia berpegang kepada dua perkara 
iaitu Al-Quranul karim dan Sunnahku.”
   
  Inilah yang diucapkan ketika khutbah akhir Nabi Muhammad S.A.W sebelum 
pemergiannya kerahmatullah yang menunjukkan jalan yang sebenar – benarnya  
untuk seluruh manusia di dunia ini. Ingatlah seperti dalam firman Allah Taala, 
  “Taatilah Allah dan sesungguhnya kamu mentaati rasulNya.”
   
   
  “Sesungguhnya orang – orang yang beriman, orang – orang yang berhijrah dan 
berjuang pada jalan Allah sentiasa mengharapkan rahmat Allah. Allah Maha 
Pengampun lagi Maha Penyayang.” – Al-Baqarah : 218.

       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Kirim email ke