PENGUMUMAN Solat jenazah ALlahyarham Dato' Hj.Ishak Baharom akan diadakan pada Khamis, 31 January jam 10.30 pagi di Masjid Negeri Selangor, Shah Alam.
Pengkebumian beliau di Makam Diraja Seksyen 9, Shah Alam (berhadapan Masjid Negeri Selangor, Shah Alam) Belasungkawa untuk Almarhum Dato' Ishak Baharom Nyza Ayob dan Salmiyah Harun | Foto Wan Zahari Wan Salleh Wed | Jan 30, 08 | 5:10:15 pm MYT Almarhum Dato' Ishak Baharom dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jabar, berasal dari Banjarmasin, Sumatra. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Allahyarham meninggalkan balu, Datin Khalijah Abdullah serta tiga orang anak. Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 - 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India. Jawatan terakhir Allahyarham sebelum dilantik menjadi Mufti Negeri Selangor pada 1985 ialah sebagai Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38, Sabak Bernam. Bagaimanapun pada 1997, ekoran fatwa yang dikeluarkannya yang menegaskan pertandingan ratu cantik adalah haram, beliau telah dipecat daripada jawatan mufti walaupun perkhidmatannya baru sahaja di sambung. Selepas pemecatan tersebut, Almarhum meneruskan perjuangannya dengan turun ke padang sebagai penceramah dan pendakwah bebas. Almarhum bergiat serius dalam PAS bermula pada 2003 setelah dilantik menjadi Ahli Majlis Syura Ulama' PAS sehingga 2007. - mns ------------------ http://ms.wikipedia.org/wiki/Ishak_bin_Baharom Ishak bin Baharom Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lompat ke: navigasi, gelintar Datuk Mufti Haji Ishak bin BaharomDatuk Mufti Haji Ishak bin Baharom (1 Januari 1928 - 30 Januari 2008) merupakan bekas mufti negeri Selangor Darul Ehsan dan sekarang ini menjadi pendakwah bebas.Beliau dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharum bin Jabar , berasal dari Banjarmasin, Sumatra. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Beliau mendirikan rumahtangga pada 1963 dengan Datin Hajah Maznah bte Yusuf yang berasal dari Manung, Kuala Kangsar, Perak. Hasil perkahwinan ini, mereka mendapat 3 anak. Pendidikan awal Dato Ishak baharom bersekolah di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 - 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai , Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India. Meninggal dunia Pada 30 Januari 2008, Dato' Ishak telah meninggal dunia akibat waktu tengahari di Hospital Sungai Buloh. Beliau telah dimasukkan ke hospital tersebut pagi semalam selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah. --------------------------------- Search. browse and book your hotels and flights through Yahoo! Travel
