Sesungguhnya kami ini kepunyaan Allah. sesungguhnya
kepada Nya kami kembali. (Riwayat Muslim) 

Ya Allah! Ampunkanlah ia dan rahmatilah ia.
Selamatkanlah ia dan maafkanlah kesalahannya.
Muliakanlah tempatnya, luaskanlah kuburnya,
mandikanlah ia dgn air, salji dan hujan batu.
Bersihkanlah ia daripada kesalahan sebagaimana engkau
bersihkan pakaian putih dari kekotoran. Gantikanlah
rumah yg lebih baik daripada rumahnya, keluarga yg
lebih baik daripada keluarganya, pasangan yg lebih
baik dari pasangannya. Masukannlah ia ke dalam syurga
dan lindungilah ia daripada seksaan kubur [dan seksaan
neraka] (Riwayat Muslim) 

Ya Allah, Ampunilah orang yg hidup dan orang yg mati
di antara kami, orang yg hadhir dan orang yg ghaib di
antara kami, kanak-kanak dan orang yg dewasa di
antara kami. Ya Allah, Sesiapa yg Engkau hidupkan di
antara kami, maka hidupkanlah ia atas ajaran Islam.
Sesiapa yg engkau matikan di antara kami, maka
matikanlah ia di atas iman. Ya Allah, Janganlah Engkau
halangi kami daripada memperolehi pahalanya dan
janganlah Engkau sesatkan kami sesudahnya. (Riwayat
Ibnu Majah dan Ahmad) 

Ya Allah, Sesungguhnya al-Fadhil Ustaz Ishak Baharom
dalam tanggungan Mu dan perlindungan Mu. Peliharalah
ia dari fitnah kubur dan seksa neraka, Engkau
adalah yang menunaikan janji dan Maha benar. Ampunilah
dan belas kasihanlah dia. Sesungguhnya Engkau Maha
Pengampun lagi Maha Penyanyang. (Riwayat
Ibnu Majah dan Abu Dawud) 


--- Dunya <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

>       Dato' Ishak Baharom meninggal dunia        
> Intan Abdullah 
> Wed | Jan 30, 08 | 12:07:16 pm MYT       KUALA
> LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) - Bekas Mufti Selangor, Dato'
> Ishak Baharom meninggal dunia di Hospital Sungai
> Buloh hari ini (3.05 petang) selepas tidak sedarkan
> diri dan koma akibat masalah tekanan darah dan
> dimasukkan ke hospital pagi semalam.
>    
>   Menurut jirannya, Zaitun yang dihubungi
> Harakahdaily, Ishak sebelum itu telah dibawa ke
> Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, kemudian telah
> dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh setelah tidak
> sedarkan diri sewaktu dikejutkan bangun untuk
> menunaikan solat Subuh pagi semalam. 
>    
>   Sebelum ini laporan menyebut, pihak doktor yang
> merawat Ishak telah meminta ahli keluarga beliau
> untuk membawanya pulang setelah beliau tidak dapat
> diselamatkan. 
>    
>   Berdasarkan sumber, ia adalah disebabkan saluran
> darahnya yang pecah mengakibatkan beliau koma serta
> tidak sedarkan diri. - mns/lanh 
> 
>        
> ---------------------------------
>  
>  Real people. Real questions. Real answers. Share
> what you know.
> 
> [Non-text portions of this message have been
> removed]
> 
> 



      
____________________________________________________________________________________
Be a better friend, newshound, and 
know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.  
http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ 

Kirim email ke