Di negara sosialis kemudahan asas di beri percuma ( rujuk negara barat 
berfahaman sosialis). Tapi pelik di negara umat islam bermazhab sunnah 
waljamaah dan islam hadhari perkara ini menjadi rebutan untuk memiliki syarikat 
air dan naikkan tarif air.
Seorang ulama islam pernah berkata  bila aku pergi negara orang kafir ada islam 
tapi umat nya kafir tapi bila aku pergi nagara umat islam  umat islam ada tapi 
islam tiada


----- Mesej Asal ----
Daripada: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
Kepada: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Dihantar: Isnin, 28 Januari, 2008 12:09:14
Subjek: Help Palestine [hidayahnet] Air paip percuma jika keADILan menang / 
Misteri pengundi India di kampung Orang Asli



Air paip percuma jika keADILan menang: Khalid



Posted by Raja Petra
Oleh Zulkifli Mohamed    Malaysia Today

SUNGAI PETANI : Hebat-rakyat seluruh negara akan menikmati bekalan air paip 
percuma jika memberi mandat keADILan memerintah negara ini.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung keADILan, Tan Sri Dato Khalid 
Ibrahim pada forum Tawaran Keadilan Untuk Rakyat, di padang awam Sungai Lallang 
dekat sini, kelmarin.


“Kalau kita menang, setiap isi rumah kediaman akan memperolehi air paip bersih 
percuma. Rakyat berhak mendapat bekalan air bersih percuma,” tegasnya.


Ini menurut Khalid sebahagian daripada konsep merakyatkan ekonomi Malaysia yang 
akan diperkenalkan parti itu jika memerintah negara ini.


Khalid turut mengumumkan keADILan akan menurunkan harga minyak sekiranya rakyat 
memberi mandat Barisan Rakyat memerintah negara selepas pilihan raya umum ke-12.


“Saudara Anwar akan mengumumkan RM10 bilion akan digunakan untuk menurunkan kos 
minyak,” ujarnya yang mendapat tepukan gemuruh hadirin.


Pada majlis yang sebelum itu hujan lebat, beliau turut menerima borang 
kemasukan 200 ahli baru daripada masyarakat India.


Tambah Khalid keADILan juga akan memperkenalkan sistem pendidikan percuma untuk 
rakyat Malaysia.


“Sekolah percuma, peningkatan kemahiran percuma dan sebagainya, sebab kita 
perlu tingkatkan pendapatan rakyat kita supaya dia dapat bersaing,” ujarnya.


Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Permodalan Nasional Berhad (1979-1994 ), 
itu juga mengumumkan pihaknya sedang mengkaji dan akan melaksanakan skim 
bantuan kesihatan untuk semua.Skim itu bertujuan bagi membantu rakyat yang 
memerlukan sebarang bantuan.


Konsep ‘merakyatkan ekonomi’ Malaysia
Berhubung konsep ‘merakyatkan ekonomi’ Malaysia, menurutnya konsep tersebut 
menjurus kepada agihan dan perkongsian kekayaan negara secara sama rata kepada 
keseluruhan rakyat tanpa mengira kaum.


Ianya kata Khalid bagi menterjemahkan kekayaan negara untuk meningkatkan 
pendapatan rakyat keseluruhannya.


Jelasnya lagi konsep ini mampu dilaksanakan kerana hasil kekayaan negara 
sekarang sudah lebih daripada mencukupi bagi menampung keperluan 26 juta rakyat 
Malaysia.


Bahkan katanya, mengikut ukuran untuk menjadi sebuah negara maju, pendapatan 
perkapita rakyat mestilah berjumlah USD10 ribu atau kira-kira RM35 ribu 
setahun, Malaysia telahpun mencapainya.


“Malaysia bukan sebuah negara miskin,sebab negara telah sampai taraf (negara 
maju). Kalau dikira purata, semua orang boleh mendapat pendapatan antara 
RM5,000 hingga RM10,000 sebulan sebuah keluarga,” jelasnya.


Bagaimanapun menurut Khalid, oleh kerana kerajaan tidak melaksanakan dasar 
merakyatkan ekonomi, kek kekayaan negara hanya diagih dan berlegar di kalangan 
segelintir golongan tertentu menjadikan majoriti rakyat terus dibelenggu 
kemiskinan.


“Malaysia negara kaya, ramai yang berpendapatan kecil,sedikit sahaja 
berpendapatan tinggi,” katanya.


Keadaan ini berlaku jelasnya kerana majoriti rakyat tidak menyedari hak mereka 
bahawa kekayaan negara adalah milik mereka, pemimpin negara hanyalah sebagai 
pengurus harta rakyat.


"Rakyat perlu sedar hak ekonomi ini adalah hak rakyat, oleh sebab ekonomi hak 
rakyat kita mesti merakyatkan ekonomi kita,” ujarnya.


Maksud merakyatkan ekonomi
Beliau memberikan contoh, bagaimana cara pengagihan pendapatan negara berjumlah 
RM1 bilion berdasarkan konsep merakyatkan ekonomi negara.


“Mahu beli kapal terbang untuk Abdullah Badawi ke luar negara? Mahu beli kapal 
selam ? Mahu naikkan gaji menteri-menteri ? Mahu buat hospital ? Atau mahu buat 
sekolah untuk rakyat, mana yang saudara akan pilih ?” soalnya


Jelasnya sekiranya diberi keutamaan membina hospital dan sekolah, itulah antara 
yang dimaksudkan dengan konsep merakyatkan ekonomi negara.


Sebaliknya, kata Khalid kerajaan pimpinan Abdullah Badawi lebih mengutamakan 
pembelian kapalterbang untuk Perdana Menteri dan pembelian kapal selam.


“Selepas itu, apabila rakyat minta turunkan harga minyak, dia kata duit tidak 
cukup, negara boleh bangkrap,” ujarnya.


Ini berlaku kerana pemimpin Umno-BN tidak memiliki dan menghayati pemikiran 
pengagihan kekayaan untuk semua, ujarnya.


Sebab itu, jelasnya setiap rakyat perlu menjadi ‘pakar ekonomi’ bagi menentukan 
mana pemimpin yang terbaik untuk rakyat.


Mengimbas kembali ketika menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Permodalan 
Nasional Berhad (1979-1994 ), Khalid berkata beliau telahpun melaksanakan 
konsep merakyatkan ekonomi negara dengan memperkenalkan skim Amanah Saham 
Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).


Syarat pelaksanaan hapus OSA
Jelas Setiausaha Agung keADILan itu lagi, bagi menjayakan konsep merakyatkan 
ekonomi Malaysia, maka keADILan akan menghapuskan Akta Rahsia Rasmi (OSA).


OSA jelasnya akan digantikan dengan Right To Information( RTI) iaitu Hak Untuk 
Mengetahui, sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan India.


Jelas Khalid OSA diperkenalkan oleh penjajah British di setiap tanah jajahannya 
takluknya. India dan Malaysia adalah bekas tanah jajahan British.


Katanya akta itu, kini digunakan oleh kerajaan sebagai pelindung untuk 
menyembunyikan segala perbelanjaan dan salah urus wang rakyat.


Khalid memberitahu dengan menghapuskan OSA rakyat berpeluang mengetahui segala 
perjanjian dan perbelanjaan kerajaan secara telus dalam pembangunan negara.


“Kita membuka peluang kepada rakyat mengetahui tentang pengunaaan hasil-hasil 
ekonomi.Rakyat akan tahu cara-cara wang itu digunakan.Barulah kuasa di tangan 
rakyat,” ujarnya.


Satu gagasan
Jelas Khalid satu gagasan terdiri daripada keADILan, PAS dan DAP akan dibentuk 
bagi


merealisasikan impian bagaimana rakyat Malaysia semua kaum akan dapat menikmati 
kekayaan negara ini secara adil dan saksama.


Selain beliau turut berucap pada malam itu Bendahari keADILan William Wong, 
Ahli MPT Johari Abdul, Timbalan Pengarah Piliharaya Fuziah Saleh, Ketua Operasi 
Din Merican.


Majlis dipengerusikan oleh Pengerusi keADILan Kedah Ir Zamri Yusof.


JOM BERSIH!!!                                                                  
bersih.org/




Misteri pengundi India di kampung Orang Asli
Posted on Sunday, January 27 @ 13:58:28 EST by reformis
 Oleh Suhaimi Said    Detikdaily

Saya terperanjat melihat SISMEP bahawa disetiap kampong Orang Asli di Kuala 
Krau terdapat hampir separuh dari pengundi-pengundi di kampong-kampong itu 
adalah terdiri daripada pengundi-pengundi kaum India.


Saya telah berbincang dengan Sdr. Bala, Naib Ketua PKR Kuala Krau, dan beliau 
mengesahkan bahawa di kampong-kampong Orang Asli itu tidak ada pengundi dari 
kaum India.

Saya belek sekali lagi SISMEP, angka kaum India menjadi pengundi di 
perkampongan Asli memang banyak, hampir separuh dari pengundi-pengndi.


Saya pergi ke Kg Pian, dan sdr Wan, Pengerusi JDM disana, dia menafikan adanya 
pengundi India.  Penafian itu dibuat juga oleh "YB" (nama samaran Pengerusi JDM 
Kg Penderas), oleh Sdr Basri Hok, AJK PKR Kuala Krau dari Kg Pasu, Sdr Mat Abu, 
Pengerusi JDM Kg Rekoh/Bukit Berdut, Sdr Halus, Pengerusi JDM Paya Mendoi dan 
Sdr Bea, Pengerusi JDM Kg Seboi.

Jadi apakah misterinya pengundi India di perkampongan Asli?.  Saya pergi ke Kg 
Pelong yang terdapat pengundi India yang begitu ramai, saya berjumpa dengan 
Achan.

Rahsianya terbongkar!  Semua orang Asli yang mempunyai "Bin/Binti" 
dikategorikan Melayu, manakala yang mempunyai "A/L atau A/P" dikategorikan 
India.

Sebenarnya tidak ada pengundi India atau Melayu di perkampongan Orang Asli, 
tetapi Orang Asli membantah kenapa mereka dikategorikan 'INDIA' dan "MELAYU',  
mereka tetap mahu dikenali sebagai "ORANG ASLI"

Pada 28hb Januari 2008 jam 4.30 petang, Parti Keadilan Rakyat akan mengadakan 
Ceramah di Kg Pelong dan menerima keahlian baru dari Oang Asli kampong itu.

Selamat Berjuang, KEADILAN UNTUK SEMUA!


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.



      Search, browse and book your hotels and flights through Yahoo! Travel 
http://sg.travel.yahoo.com

Kirim email ke