Harapkan Tan Sri Dato Khalid Ibrahim kali ni jangan tersa sul lagi ..suruh
mengundi BN macam diIjok ! Kalau letih relax dulu ..Tawan Pulau Pinang ...Jadi
KM dulu
Semua mesti gratis ! bukan takat air saja.
>>>>>>>>>>>>>>>>>,<<<<<<<<<<<<<<
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Di negara sosialis kemudahan asas di beri percuma ( rujuk negara
barat berfahaman sosialis). Tapi pelik di negara umat islam bermazhab sunnah
waljamaah dan islam hadhari perkara ini menjadi rebutan untuk memiliki syarikat
air dan naikkan tarif air.
Seorang ulama islam pernah berkata bila aku pergi negara orang kafir ada
islam tapi umat nya kafir tapi bila aku pergi nagara umat islam umat islam ada
tapi islam tiada
----- Mesej Asal ----
Daripada: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
Kepada: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Dihantar: Isnin, 28 Januari, 2008 12:09:14
Subjek: Help Palestine [hidayahnet] Air paip percuma jika keADILan menang /
Misteri pengundi India di kampung Orang Asli
Air paip percuma jika keADILan menang: Khalid
Posted by Raja Petra Oleh Zulkifli Mohamed Malaysia Today
SUNGAI PETANI : Hebat-rakyat seluruh negara akan menikmati bekalan air paip
percuma jika memberi mandat keADILan memerintah negara ini.
Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung keADILan, Tan Sri Dato Khalid
Ibrahim pada forum Tawaran Keadilan Untuk Rakyat, di padang awam Sungai Lallang
dekat sini, kelmarin.
âKalau kita menang, setiap isi rumah kediaman akan memperolehi air paip
bersih percuma. Rakyat berhak mendapat bekalan air bersih percuma,â tegasnya.
Ini menurut Khalid sebahagian daripada konsep merakyatkan ekonomi Malaysia
yang akan diperkenalkan parti itu jika memerintah negara ini.
Khalid turut mengumumkan keADILan akan menurunkan harga minyak sekiranya
rakyat memberi mandat Barisan Rakyat memerintah negara selepas pilihan raya
umum ke-12.
âSaudara Anwar akan mengumumkan RM10 bilion akan digunakan untuk menurunkan
kos minyak,â ujarnya yang mendapat tepukan gemuruh hadirin.
Pada majlis yang sebelum itu hujan lebat, beliau turut menerima borang
kemasukan 200 ahli baru daripada masyarakat India.
Tambah Khalid keADILan juga akan memperkenalkan sistem pendidikan percuma
untuk rakyat Malaysia.
âSekolah percuma, peningkatan kemahiran percuma dan sebagainya, sebab kita
perlu tingkatkan pendapatan rakyat kita supaya dia dapat bersaing,â ujarnya.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Permodalan Nasional Berhad (1979-1994 ),
itu juga mengumumkan pihaknya sedang mengkaji dan akan melaksanakan skim
bantuan kesihatan untuk semua.Skim itu bertujuan bagi membantu rakyat yang
memerlukan sebarang bantuan.
Konsep âmerakyatkan ekonomiâ Malaysia
Berhubung konsep âmerakyatkan ekonomiâ Malaysia, menurutnya konsep
tersebut menjurus kepada agihan dan perkongsian kekayaan negara secara sama
rata kepada keseluruhan rakyat tanpa mengira kaum.
Ianya kata Khalid bagi menterjemahkan kekayaan negara untuk meningkatkan
pendapatan rakyat keseluruhannya.
Jelasnya lagi konsep ini mampu dilaksanakan kerana hasil kekayaan negara
sekarang sudah lebih daripada mencukupi bagi menampung keperluan 26 juta rakyat
Malaysia.
Bahkan katanya, mengikut ukuran untuk menjadi sebuah negara maju, pendapatan
perkapita rakyat mestilah berjumlah USD10 ribu atau kira-kira RM35 ribu
setahun, Malaysia telahpun mencapainya.
âMalaysia bukan sebuah negara miskin,sebab negara telah sampai taraf
(negara maju). Kalau dikira purata, semua orang boleh mendapat pendapatan
antara RM5,000 hingga RM10,000 sebulan sebuah keluarga,â jelasnya.
Bagaimanapun menurut Khalid, oleh kerana kerajaan tidak melaksanakan dasar
merakyatkan ekonomi, kek kekayaan negara hanya diagih dan berlegar di kalangan
segelintir golongan tertentu menjadikan majoriti rakyat terus dibelenggu
kemiskinan.
âMalaysia negara kaya, ramai yang berpendapatan kecil,sedikit sahaja
berpendapatan tinggi,â katanya.
Keadaan ini berlaku jelasnya kerana majoriti rakyat tidak menyedari hak
mereka bahawa kekayaan negara adalah milik mereka, pemimpin negara hanyalah
sebagai pengurus harta rakyat.
"Rakyat perlu sedar hak ekonomi ini adalah hak rakyat, oleh sebab ekonomi hak
rakyat kita mesti merakyatkan ekonomi kita,â ujarnya.
Maksud merakyatkan ekonomi
Beliau memberikan contoh, bagaimana cara pengagihan pendapatan negara
berjumlah RM1 bilion berdasarkan konsep merakyatkan ekonomi negara.
âMahu beli kapal terbang untuk Abdullah Badawi ke luar negara? Mahu beli
kapal selam ? Mahu naikkan gaji menteri-menteri ? Mahu buat hospital ? Atau
mahu buat sekolah untuk rakyat, mana yang saudara akan pilih ?â soalnya
Jelasnya sekiranya diberi keutamaan membina hospital dan sekolah, itulah
antara yang dimaksudkan dengan konsep merakyatkan ekonomi negara.
Sebaliknya, kata Khalid kerajaan pimpinan Abdullah Badawi lebih mengutamakan
pembelian kapalterbang untuk Perdana Menteri dan pembelian kapal selam.
âSelepas itu, apabila rakyat minta turunkan harga minyak, dia kata duit
tidak cukup, negara boleh bangkrap,â ujarnya.
Ini berlaku kerana pemimpin Umno-BN tidak memiliki dan menghayati pemikiran
pengagihan kekayaan untuk semua, ujarnya.
Sebab itu, jelasnya setiap rakyat perlu menjadi âpakar ekonomiâ bagi
menentukan mana pemimpin yang terbaik untuk rakyat.
Mengimbas kembali ketika menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Permodalan
Nasional Berhad (1979-1994 ), Khalid berkata beliau telahpun melaksanakan
konsep merakyatkan ekonomi negara dengan memperkenalkan skim Amanah Saham
Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).
Syarat pelaksanaan hapus OSA
Jelas Setiausaha Agung keADILan itu lagi, bagi menjayakan konsep merakyatkan
ekonomi Malaysia, maka keADILan akan menghapuskan Akta Rahsia Rasmi (OSA).
OSA jelasnya akan digantikan dengan Right To Information( RTI) iaitu Hak
Untuk Mengetahui, sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan India.
Jelas Khalid OSA diperkenalkan oleh penjajah British di setiap tanah
jajahannya takluknya. India dan Malaysia adalah bekas tanah jajahan British.
Katanya akta itu, kini digunakan oleh kerajaan sebagai pelindung untuk
menyembunyikan segala perbelanjaan dan salah urus wang rakyat.
Khalid memberitahu dengan menghapuskan OSA rakyat berpeluang mengetahui
segala perjanjian dan perbelanjaan kerajaan secara telus dalam pembangunan
negara.
âKita membuka peluang kepada rakyat mengetahui tentang pengunaaan
hasil-hasil ekonomi.Rakyat akan tahu cara-cara wang itu digunakan.Barulah kuasa
di tangan rakyat,â ujarnya.
Satu gagasan
Jelas Khalid satu gagasan terdiri daripada keADILan, PAS dan DAP akan
dibentuk bagi
merealisasikan impian bagaimana rakyat Malaysia semua kaum akan dapat
menikmati kekayaan negara ini secara adil dan saksama.
Selain beliau turut berucap pada malam itu Bendahari keADILan William Wong,
Ahli MPT Johari Abdul, Timbalan Pengarah Piliharaya Fuziah Saleh, Ketua Operasi
Din Merican.
Majlis dipengerusikan oleh Pengerusi keADILan Kedah Ir Zamri Yusof.
JOM BERSIH!!!
bersih.org/
Misteri pengundi India di kampung Orang Asli
Posted on Sunday, January 27 @ 13:58:28 EST by reformis
Oleh Suhaimi Said Detikdaily
Saya terperanjat melihat SISMEP bahawa disetiap kampong Orang Asli di Kuala
Krau terdapat hampir separuh dari pengundi-pengundi di kampong-kampong itu
adalah terdiri daripada pengundi-pengundi kaum India.
Saya telah berbincang dengan Sdr. Bala, Naib Ketua PKR Kuala Krau, dan beliau
mengesahkan bahawa di kampong-kampong Orang Asli itu tidak ada pengundi dari
kaum India.
Saya belek sekali lagi SISMEP, angka kaum India menjadi pengundi di
perkampongan Asli memang banyak, hampir separuh dari pengundi-pengndi.
Saya pergi ke Kg Pian, dan sdr Wan, Pengerusi JDM disana, dia menafikan adanya
pengundi India. Penafian itu dibuat juga oleh "YB" (nama samaran Pengerusi JDM
Kg Penderas), oleh Sdr Basri Hok, AJK PKR Kuala Krau dari Kg Pasu, Sdr Mat Abu,
Pengerusi JDM Kg Rekoh/Bukit Berdut, Sdr Halus, Pengerusi JDM Paya Mendoi dan
Sdr Bea, Pengerusi JDM Kg Seboi.
Jadi apakah misterinya pengundi India di perkampongan Asli?. Saya pergi ke Kg
Pelong yang terdapat pengundi India yang begitu ramai, saya berjumpa dengan
Achan.
Rahsianya terbongkar! Semua orang Asli yang mempunyai "Bin/Binti"
dikategorikan Melayu, manakala yang mempunyai "A/L atau A/P" dikategorikan
India.
Sebenarnya tidak ada pengundi India atau Melayu di perkampongan Orang Asli,
tetapi Orang Asli membantah kenapa mereka dikategorikan 'INDIA' dan "MELAYU',
mereka tetap mahu dikenali sebagai "ORANG ASLI"
Pada 28hb Januari 2008 jam 4.30 petang, Parti Keadilan Rakyat akan mengadakan
Ceramah di Kg Pelong dan menerima keahlian baru dari Oang Asli kampong itu.
Selamat Berjuang, KEADILAN UNTUK SEMUA!
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it
now.
Search. browse and book your hotels and flights through Yahoo! Travel
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.