(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
Roslan SMS Corner
Dipecat tetapi disemadi di Makam Di Raja
Saya percaya ketika menulis artikel ini jasad Almarhum Dato Ishak Baharom
sedang disemadikan di Makam Di Raja Selangor di Shah Alam.
Sebaik "dipecat" dari jawatan Mufti Selangor pada tahun 1997 wajah Almarhum
tidak lagi mendapat tempat di kaca TV atau media arus perdana. Satu-satunya
ulamak besar yang dilahirkan oleh negeri Selangor ini terus dipinggirkan oleh
kerajaan negerinya sendiri. Betapa sedihnya seorang bertaraf bekas Mufti tidak
dibenarkan memberi kuliah atau berkhutbah di negerinya sendiri!
Namun Almarhum bukan calang-calang ulamak. Beliau tetap "consistent" dengan
sikap dan pendiriannya dari semasa beliau menjawat jawatan Mufti selama 12
tahun sehinggalah beliau dipecat dari jawatan itu.
Antara faktor pemecatan beliau adalah kerana beberapa lanngkah berani yang
telah diambilnya atas nama Mufti Selangor. Langkah berani itu dikatakan
kontroversial oleh mereka yang cemburu pada Islam. Ketika Almrhum Muftilah
fatwa mengharamkan rokok dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Selangor. Beliau
terlibat secara langsung dalam mengambil tindakan terhadap pertandingan ratu
cantik yang melibatkan wanita Islam serta operasi pembenterasan maksiat
sehinggalah tindakan beliau itu tidak disenangi oleh sesetengah pihak.
Peristiwa yang berlaku di "Restoran The Ship" di Damansara Utama, dimana
serbuan dibuat oleh pihak berkuasa agama ketika berlangsungnya majlis maksiat
di sana, merupakan insiden yang telah mengakibatkan Almarhum dipecat.
Pihak tertinggi di Selangor ketika itu malangnya menyebelahi penganjur maksiat
dan tergamak memecat seorang Mufti.
Hari ini jasad ulamak besar ini dimakamkan dikomplek Makam di Raja sekaligus
memberikan penghormatan tertinggi kepada beliau sungguhpun masa hidupnya beliau
dipinggir dan dimusuhi. Begitulah berakhirnya hayat seorang yang mulia. Yang
pentingnya adalah di alam akhirat nanti yang sudah pasti menjanjikan tempat
yang lebih indah dan selesa bagi mereka yang berkorban diri untuk agama Nya di
dunia.
Dalam Utusan Malaysia hari ini dimuatkan pandangan seorang bekas Mufti dan
seoang Mufti berkenaan Almarhum:
"Beliau adalah guru yang sangat alim dan tinggi akhlaknya. Malah Allahyarham
yang saya kenali juga seorang yang berpendirian tegas serta tidak berkompromi
terutamanya yang menyentuh soal amar makruf nahi mungkar" (bekas Mufti Wilayah,
Datuk Hashim Yahya)
"Allahyarham ialah seorang ulama yang cukup gigih, berani, tegas dalam
berdakwah sehingga disegani kawan dan digeruni lawan. Malah sepanjang beliau
berkhidmat dahulu pun, beliau sanggup menegakkan kebenaran Islam tanpa
memikirkan apa yang bakal dihadapi kesan daripada tindakannya itu." (Mufti
Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria)
*****.*.*****
Jenazah Dato' Ishak Baharom selamat bersemadi di Makam Diraja
Saidah Hairan | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Thu | Jan 31, 08 | 2:53:27 pm MYT KUALA
LUMPUR, 31 Jan (Hrkh) - Jenazah Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat,
Allahyarham Dato' Ishak Baharom selamat disemadikan di Makam Diraja, Shah Alam
jam 10.55 pagi tadi.
-->
Jenazah Allahyarham yang juga bekas Mufti Negeri Selangor dibawa keluar dari
rumahnya di Jalan Seri Sambanthan, Taman Seri Andalas jam 9 pagi untuk
disolatkan di masjid Lipat Kajang, Seri Andalas.
Turut hadir di masjid Lipat Kajang ialah Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail.
Sebelum disemadikan di Makam Diraja, jenazah dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam
bagi disolatkan.
Lebih seribu orang hadirin menyembahyangkan jenazah Almarhum.
Antara pemimpin PAS yang hadir ialah Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin
Jaffar; Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad
dan Dr Syed Azman Syed Nawawi; Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Osman
Sabran; Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh; Timbalannya, Wan
Hasrina Wan Hassan; dan Ketua Penerangan, Salbiah Abd Wahab.
Turut hadir ialah Ahli MPT KeADILan, Ustaz Badrulamin Baharon; Ketua Penerangan
Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib; dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim), Dato' Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz .
Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan Pengarang Harakah,
Taufek Yahya turut menunaikan solat jenazah dan menghadiri majlis pengkebumian
di Makam Diraja, Shah Alam.
Orang ramai seawal jam 9 pagi sudah memenuhi ruang masjid Negeri Shah Alam dan
makam Diraja yang terletak di hadapan masjid.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Khalijah Abdullah serta tiga
orang anak yang sudah berumahtangga.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.05 petang, 30 Januari lalu
di Pusat Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh.
Pimpinan PAS turut memberi penghormatan terakhir di rumah Allahyarham petang
semalam antaranya, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; AJK PAS
Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin; bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan
Shukri; bekas Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Subky Latif; dan Pesuruhjaya
PAS Selangor, Dato' Dr Hassan Mohd Ali.
Sementara itu, Dato' Kamaruddin menyarankan ahli PAS di setiap kawasan supaya
mengadakan majlis memperingati Allahyarham.
Katanya, walaupun Allahyarham dipecat daripada meneruskan jawatan sebagai Mufti
tetapi beliau tidak patah semangat untuk meneruskan perjuangan dalam Islam.
Bagi memastikan maruah Islam dipandang tinggi, Allahyarham sanggup
mengorbankan kemewahan yang diperolehi dan rela dipecat sebagai Mufti.
Allahyarham dilantik sebagai Mufti Selangor dari Ogos 1985 hingga Oktober
1997.
Allahyarham dipecat pada penghujung Oktober 1997 kerana mengeluarkan fatwa
mengharamkan pertandingan ratu cantik yang diadakan di salah sebuah hotel di
Selangor.
Pemecatan tersebut tidak menghalang Allahyarham untuk meneruskan perjuangan
dalam Islam sebagai pendakwah bebas.
Allahyarhum dilantik sebagai Ahli Majlis Syura Ulama PAS dari tahun 2003
hingga 2007.
Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang yang
beriman. Al-Fatihah.
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.