(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)

      PAS lancar Dana Pilihan Raya Umum, rakyat dijemput beri sumbangan         
                                        Nyza Ayob | Foto Mohd Nasir Sudin      
         Thu | Jan 31, 08 |  9:48:19 pm MYT                         AMPANG, 31 
Jan (Hrkh)- Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang hari ini 
melancarkan Dana Pilihan Raya Umum ke-12 bagi menggerakkan jentera PAS 
menentang Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang. 
-->
 Majlis yang berlangsung di sebuah hotel di sini turut dihadiri 
pemimpin-pemimpin utama PAS, ahli perniagaan dan kumpulan bukan kerajaan (NGO).

 
Dalam majlis itu PAS mendapat sumbangan hampir RM 315,000, yang diterima 
daripada individu, korporat, syarikat serta sayap parti pada majlis tersebut.

 
 Antara pimpinan tertinggi yang hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Ustaz 
Nasaruddin Mat Isa, Naib Presiden PAS , Mohamad Sabu dan Ustaz Ahmad Awang 
serta Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar, Ketua Pengarah Jabatan 
Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali.
 
 
Ustaz Abdul Hadi dalam ucapan perasmiannya mengharapkan pihak yang memberi 
sumbangan tidak 'terpedaya dengan bisikan syaitan' kerana terdapat kalangan 
penyumbang yang berprasangka dana tersebut akan digunakan untuk tujuan lain 
jika sekiranya PAS mencapai kemenangan.

 
 "Sebagai mana yang dinyatakan dalam Al-Quran, seorang yang beriman kepada  
Allah dan Rasul tidak ragu dan berjihad bersungguh-sungguh  ke jalan Allah 
dengan harta benda dan jiwa raga."

 
 "Oleh itu  sumbangan ke jalan Allah amat besar. Ia satu  hikmah yang besar 
kenapa Allah memberi pahala tujuh kali ganda  kepada orang yang memberi 
sumbangan  ke jalan Allah, "katanya.

 
Sementara itu, Bendahari PAS Pusat, Dr Md Hatta Mohd Ramli yang juga pengarah 
program tersebut dalam ucapan alu-aluannya mengharapkan jumlah dana meningkat 
di kawasan dan negeri.

 
 "Jika di negara lain seperti Amerika Syarikat program 'fund raising' untuk 
membiayai pilihan raya agak meriah sebagai satu cara berkempen.

 
 Malahan ia mendapat sokongan masyarakat di semua peringkat apabila terdapat 
'fund raising' seperti ini.

 
"Pihak pembangkang di negara tersebut tidak menghadapi masalah untuk berkempen 
bagi mengumpul dana dan berani mengisytiharkan derma mereka.Tetapi keadaan ini 
berbeza di Malaysia, jika terdapat pihak yang menunjukkan sokongan terbuka 
kepada pembangkang, aktiviti serta karier mereka pasti terhad," katanya.




 
 Katanya, sumbangan yang diterima sebahagiannya akan digunakan untuk dibayar 
kepada  petugas parti, walaupun mereka bertugas secara sukarela.

 
 Tambahnya, bukan hanya sumbangan dari segi kewangan, PAS juga bersedia 
sumbangan berbentuk material seperti membekalkan poster, termasuk menyumbangkan 
petrol untuk kegunaan hari mengundi.

  
 Jelas Hatta lagi, pelancaran untuk  mengumpul dana di kalangan orang ramai 
akan dibuat secara terbuka di  Markaz Tarbiyah PAS, Taman Melewar pada waktu 
yang akan ditentukan nanti.

 
 Pada majlis tersebut turut diadakan persembahan multimedia dana pilihan raya 
serta penyerahan sumbangan.

  
 Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh menyalurkannya melalui nombor 
akaun Bendahari, 1402 3010 0008 85 (BIMB) 
atau 1449 000 0171 04 (CIMB). 
Sumbangan juga boleh diserahkan secara terus 
di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut 
dan menalifon 03-2692 5000. - mr   

JOM BERSIH!!!                                                                   
                        bersih.org/                                             
                         
            
                           


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Kirim email ke