(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
DPP Bukit Katil
DR MAHATHIR AKUI UMNO PARTI KORUP Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad mempunyai satu misi menjelang pilihanraya umum yang diramalkan Mac ini
- masanya sudah tiba untuk 'membersihkan' kerajaan Barisan Nasional (BN),
khususnya parti tulang belakangnya, Umno.
Sehubungan itu, beliau berharap penyokong BN tidak akan mengundi pemimpin yang
"korup dan kayu mati" dalam pilihanraya umum akan datang.
Menjawab soalan pemberita, Dr Mahathir berkata beliau cuba berbuat demikian
kerana nampaknya BN tidak mungkin dapat membersihkan dirinya sendiri.
Untuk itu, katanya, jika terdapat calon-calon yang korup dan tidak cekap, maka
penyokong BN tidak patut mengundi mereka dan "inilah cara kita dapat
bersihkan... BN dan Umno".
Dr Mahathir berkata, tiada harapan untuk Umno membersihkan parti itu dari dalam
kerana sebarang pandangan yang bertentangan dari ahli parti, akan dikekang.
Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan buku terbarunya dalam bahasa
Inggeris bertajuk Dr Mahathirs Selected Letters to World Leaders, Dr
Mahathir menegaskan bahawa beliau tidak menyokong pembangkang dan beliau yakin
BN akan menang selesa dalam pilihanraya umum akan datang.
Bagaimanapun, beliau meramalkan keputusannya akan hampir sama dengan
pilihanraya 1999, berbanding dengan 2004 di mana BN mendapat mendapat terbesar
dari rakyat. Pada 1999, BN kalah teruk serta kehilangan Kelantan dan Terengganu
kepada parti PAS.
"Isu-isu sekarang berbeza (berbanding dengan tahun 1999). Terdapat (sekarang)
masalah inflasi. Lebih penting lagi kualiti kepimpinan (dalam Umno) tidak ada,"
kata Dr Mahathir.
Guna "cara-cara haram"
Menjawab soalan pemberita, Dr Mahathir berkata, pilihanraya umum akan datang
"boleh jadi" yang paling kotor dan menyuarakan kebimbangnnya terhadap
penggunaan "cara-cara haram" untuk mempengaruhi pengundi.
Apabila diminta membuktikan dakwaannya mungkin berlaku pembelian undi, Dr
Mahathir menjawab, kebimbangannya itu berdasarkan pengalamannya dalam pemilihan
Umno bahagian Kubang Pasu pada 2006 serta sewaktu pilihanraya kecil tahun lalu.
"Dalam kes saya (pemilihan Umno Kubang Pasu), saya telah membuktikan bahawa
mereka (perwakilan) dirasuah. Saya menjangka amalam ini akan berterusan sewaktu
pilihanraya umum," katanya.
Pada 2006, Dr Mahathir mendakwa berlaku rasuah dalam pemilihan Umno bahagian
Kubang Pasu untuk menghalang beliau daripada dipilih sebagai perwakilan ke
perhimpunan agung Umno. Jawatankuasa disiplin Umno bagaimanapun, telah
membersihkan bahagian tersebut dari sebarang salahlaku.
Dr Mahathir juga mengesahkan khabar angin yang sudah lama diperkatakan bahawa
kerajaan pimpinannya sebelum ini sengaja mengelak memajukan negeri Kelantan
yang ditadbir oleh PAS atas sebab-sebab politik.
Beliau berkata, Umno merasakan kerajaan pusat tidak seharusnya memajukan negeri
itu kerana PAS akan kesempatan daripada keadaan tersebut.
"PAS akan beritahu rakyat - walaupun tidak mengundi BN, anda masih dapat
pembangunan. Jadi, mengapa perlu mengundi BN? Ini merupakan masalah yang sering
dihadapi dengan PAS. Malah di kawasan pilihanraya saya... Kerana itu kita tidak
memajukannya," jelas beliau.
Beliau turut mengulas mengenai isu-isu agama, ekonomi dan dakwaan rasuah
sewaktu 22 tahun pentadbirannya
Malaysiakini
No2umnO
Malaysia: DAP Challenges Debates On TV mysinchew
PETALING JAYA, MALAYSIA: The Democratic Action Party (DAP) challenges Datuk
Seri Chia Kwang Chye to a debate on state-owned television channels.
DAP also welcomed the remarks of Deputy Minister of Information Chia Kwang Chye
that the government will not suppress the media during the general elections.
DAP said in an official statement that the party hopes Chia will match words
with deeds to allow political debates on state-owned television and radio, so
that the people can understand both the ruling and opposition parties better.
In the statement, DAP said even though Malaysia has held 11 elections, there
was no fair media exposure all the while. It was very difficult for opposition
parties to advertise on television, radio and newspapers during elections.
DAP insists that freedom of the press is the elementary right should be enjoyed
by the people. The National Front coalition has the power to deprive the
opposition of the right to have media campaign during elections. (Sin Chew
Daily)
JOM BERSIH!!!
bersih.org/
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.