(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
CINA ISLAM
Kriteria Calon BN : Pak Lah Kelirukan Rakyat Pilihanraya tersangat dekat
dirasakan. Kehangatannya terasa sangat disemua peringkat samada pemimpin
ataupun rakyat. Teka teki mengenai tarikh PR antara yang hangat
diperbincangkan, selain itu hangat diperkatakan mengenai calon-calon yang akan
dipertandingkan.
Pak Lah dipetik berkata, Barisan Nasional (BN) hanya akan meletakkan calon yang
berwibawa, bersih dan bersedia berkhidmat untuk rakyat pada pilihan raya umum
ke-12 ini. Katanya lagi , beliau juga mempunyai kriteria tersendiri dalam
memilih calon Dewan Undangan Negeri dan Parlimen."Kriteria yang saya tetapkan
adalah lebih baik daripada apa yang dikatakan oleh menteri-menteri besar,
ketua-ketua menteri atau pemimpin-pemimpin lain," katanya.
Kita ingin bertanya dan menjadi tanda tanya kepada seluruh rakyat Malaysia
mengenai yang kononnya Pak Lah ada kriteria tersendiri dalam memilih calon.
Adakah kriteria yang disebutkan oleh Pak Lah khususnya untuk calon-calon UMNO
sangat luar biasa dari PR sebelum dari ini? Realitinya disemua tempat kita
telah mendengar desas desus siapakah calon-calon BN. Antaranya Di Kuala
Kangsar, siapa yang tidak kenal dengan bakal calonnya yang terlibat dengan
rasuah melampau. Begitu juga di Kelantan Ketua UMNO nya yang terlibat dengan
wang PPRT jutaan ringgit pastinya akan dipilih oleh Pak Lah. Inikah kretiria
bersih yang Pak Lah maksudkan. Terkejut "biawak"lah semua rakyat Malaysia.
Yang pasti setelah berlalu sudah 11 PR yang lepas semua yang terpilih
kebanyakannya "kaki rasuah", " ahlul maksiat" dan sebagainya perbuatan yang
bercanggah kerja buatnya dengan Al Quran dan Sunnah. Walaupun tidak dinafikan
ada segelintir kecil yang baik namun perlu ditegaskan kerana acuan UMNO itu
tidak baik semuanya jadi tidak baik.
Kenyataan Pak Lah dilihat sengaja untuk mengelirukan rakyat bagi mengelabui
mata rakyat yang nampak dengan segala kepincangan yang dilakukan oleh pemimpin
BN dan UMNO, mata rakyat sangat terang dan bersuluh. Apa lagi yang diharapkan
dari semua calon-calon BN yang akan dikemukakan? yang pasti yang terpilih akan
bersiap untuk menzalimi rakyat Malaysia.
Kita tunggu dan lihat siapakah calon-calon BN, dan saya yakin semua akan
tergelak dengan kriteria yang Pak Lah maksudkan.......
Diposting oleh LIM CHUAN HING ABDULLAH
JOM BERSIH!!!
bersih.org/
PM harus Membenarkan Anwar Bertanding KeADILan
Kuala Lumpur, 31 Jan - Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Khalid
Ibrahim, pada hari ini menyeru Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk menetapkan
tarikh penamaan calon pada 15hb April atau kemudian, supaya Ketua Umum KeADILan
Dato Seri Anwar Ibrahim dibenarkan melaksanakan hak asas politik beliau.
Beliau berkata Anwar sudah lama menjadi mangsa ketidakadilan sejak sabitan
pertama beliau pada 14hb April 1999. Kedua-dua sabitan beliau telah dikutuk
dengan meluas sebagai bertujuan politik, akibat perbicaraan yang cacat dan
tidak adil, kata Khalid. Akibatnya, hukuman selama enam tahun di penjara
Sungai Buloh merupakan penahanan bersifat politik.
Khalid berpendapat bahawa bukti penyelewengan yang melibatkan pihak-pihak
terlibat dalam rayuan Anwar membuktikan kemungkinan Dr Mahathir mengarahkan
penahanan Anwar. Mereka ini tidak mungkin menjalankan tugas dengan bebas
kerana mereka telah mengkompromi kedudukan sendiri, kata beliau.
KeADILan tidak membantah tarikh pilihanraya yang awal, Khalid berkata, tetapi
jika ia diadakan sebelum 15hb April, hak Anwar untuk bertanding akan dilucutkan
sekali lagiseperti apa yang berlaku dalam pilihanraya umum 1999 dan 2004.
Jika Dato Seri Anwar benar-benar tidak lagi relavan dalam politik Malaysia
sepertimana yang dikatakan oleh pihak-pihak tertentu, maka tidak patut ada
sebarang keengganan untuk melambatkan pilihanraya selama sebulan untuk
membolehkan beliau untuk bertanding, kata beliau lagi.
Khalid menegaskan hak rakyat Malaysia untuk mendengar idea dan cadangan
reformasi yang disokong oleh Anwar dan KeADILan. Keputusan untuk bersetuju
atau tidak sepatutnya diletak dalam tangan rakyat, kata beliau. Pertempuran
idea yang adil patut dibenarkan untuk manfaat negara Malaysia dan masa
depannya.
Beliau juga menyeru Perdana Menteri Abdullah untuk memastikan bahawa
tuntutan-tuntutan BERSIH untuk mereformasi pilihanraya dilaksanakan sebelum
pilihanraya umum diadakan. Gabungan parti politik dan badan bukan kerajaan
tersebut telah menuntut untuk penggunaan dakwat, pembatalan undi pos untuk ahli
polis dan pasukan keselamatan, pembersihan daftar pemilih, dan pembukaan media
arus perdana kepada semua pihak.
Apabila disoal mengenai kebolehan Anwar bertanding dalam pilihranraya nanti,
Khalid menjawab bahawa kerajaan menyekat keupayaan KeADILan untuk memilih wakil
rakyat yang terbaik.
Walaupun Perdana Menteri berkata bahawa pilihanraya adalah terbuka untuk
semua, mereka masih ingin menyekat kebolehan Dato Seri Anwar untuk bertanding
dengan mengadakan pilihanraya pada tarikh yang awal sebelum beliau dapat
bertanding.
Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang individu di Malaysia yang dikatakan
sebuah demokrasi berhak untuk bertanding. Mengapa rakyat tidak diberi peluang
memilih pemimpin yang terbaik?
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
---------------------------------
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.