Tidak dinafikan setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Nabi Adam as yang
sedap-sedap tinggal dalam syurga pun dicampak ke bumi kerana langgar larangan
Allah akibat terpedaya oleh iblis pun ada hikmahnya. Kalau lahir-lahir dok
dalam syurga tentu tak akan timbul rasa syukur. Manusia ni kalau dapat sesuatu
secara free memang dia tidak tahu menilai. Dok kat dunia ni pun dapat lah sikit
kesenangan ramai yang terlupa terus kepada Allah yang menciptnya.
Segala tribulasi yang DS Anwar alami itu merupakan satu proses tarbiyah
sebagai bekal untuk perjuangan yang masih jauh tapi harap-harap kita akan capai
sesuatulah dalam tahun ini selepas pilihanraya kali ini insyaAllah. Ada
pemimpin perjuangan Islam yang mati (syahid) ditali gantung seperti Syed Qutb
dan ramai lagi yang dibunuh dengan kejam oleh pemerintah Islam sendiri (Islam
pada nama), dan yang bukan Islam pula ada yang dipenjarakan oleh penjajah lebih
20 tahun seperti Nelson Mandella tapi akhirnya berjaya jadi Presiden Afrika
Selatan yang ratusan tahun dibelenggu dasar Apartheid.
Apa pun sebagai orang yang beriman kemenangan disisi Allah bukan diukur
berdasarkan samada kita berjaya atau tidak untuk berkuasa atau pegang jawatan
yang diburu tapi apabila segala amalan dan pengorbanan itu mendapat keredaan
Allah maka itu lah kemenagan yang sebenar. Wallahu'alam.
ibnuAli
kota jembal
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Ini pendapat saya sahaja
Terserah kepada anda untuk bersetuju atau tidak
Saya tak setuju mengatakan DSAI betul bendul
memang DSAI menyertai UMNO atas keputusannya sendiri
khabarnya tidak selari dengan keputusan syura ABIM ketika itu
yang menyatakan tidak.
Sila rujuk Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin
Tetapi keran DSAI nekad, maka para sahabatnya tetap mendoakan untuk
beliau.Itu cerita lama
Pada saya saya tidak rugi apa-apa untuk bersangka baik dengan DSAI dengan
tindakannya. Kita semua tahu ketika itu 2 kelompok muslimin begitu tegang
sekali, antara pemerintah yang sekular dan islamiyyuun yang tiada kuasa.
Seandainya TDM penipu sekalipun saya tidak rugi apa-apa jika saya bersangka
baik terhadap perkara yang telah lepas
projek Islamisasinya yang memerlukan tenaga baru yang karismatik,yang ada
imej islamik seperti DSAI.
Semua tidakan yang lepas ada kesan2nya
mungkinkah kelompok muslimin islamiyyuun telah kerugian?
Apa yang jelas Islamisasi Mahathir dan penyertaan DSAI ada kesan positifnya.
Mungkin ada yg menghujjah, seandainya DSAI bersama kelompok muslimin
islamiyyun dan tidak bersama TDM, nescaya keadaan umat Islam hari ini lebih
baik lagi.
Sahabatku sekalian, itu hanya kemungkinan sahaja
namun sejarah sudah tertulis DSAI menerima pelawaan TDM
apa yang telah berlalu tak mungkin diundurkan kembali
untuk jgenerasi anak-anak, jadikanlah kisah ini sebagai iktibar.
Tentang janji antara Paklah dan TDM, saya tidak tahu bagaimana untuk
bersangka baik dengan mereka. Sudah tentu seorang dari mereka berdusta
Saya serahkan mereka kepada keputusan Allah, apa yang nyata kudis yang sekian
lama terlindung sudah semakin kuat baunya.
Maafkan saya jika coretan saya diatas menganggu tuan-tuan.
Ya Allah! Lantiklah orang-orang beriman menjadi pemimpin kami.
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Wslm wbt,
Mahathir bukan bodoh nak lantik Anwar ganti dia. Dia tak akan lantik orang
yang sama hebat atau mungkin lebih hebat dari dia. Macam mana baik dan ikhlas
sekali pun Anwar dia hanya diperalat untuk tarik sokongan mereka dari kalangan
ngo Islam agar menyokong UMNO ketika itu. Anwar bagi saya mungkin "betoi
bendui". Dia terpedaya melihat Mahathir memakai topeng berwajah Islam. Maka
bila masa sudah hampir untuk Mahathir tinggalkan "takhta" maka seluruh jentera
kehakiman jentera Polis dan beberapa menteri kabinet diperalatkan untuk
memastikan Anwar disingkirkan melalui satu konspirasi yang cukup jahat.
Mahathir kononnya tersilap lantik Abdullah yang tersangat lemah. Lima
belas tahun lampau ketika saya di UK sekumpulan jamaah dari Malaysia
meceritakan kepada saya tentang mereka pernah jumpa Abdullah untuk nak
selesaikan satu masalah. Ketika itu Abdullah adalah menteri kabinet Mahathir.
Kata mereka untuk response kepada satu masalah yang bukan besar sangat pun
mereka kata Abdullah hanya mampu berkata sesuatu selepas mereka tunggu hampir
sejam!! Mahathir tentu tahu kelemahan Abdullah tetapi dia sememangnya mahukan
penggantinya itu seorang yang lemah dah tidak dapat bertahan lama.
Percaturannya ialah Abdullah jadi PM tidak lama dan selepas itu Najib akan
ambil alih untuk melaksanakan kehendak atau visinya.
Abdullah memang patut pun pegang satu penggal saja. Saya rasa Mahathir
tidak berbohong yang dia ada membuat janji mengenainya dengan Andullah tapi
kerana Abdullah yang berkuasa mulalah dia mengatur strategi untuk nak pastikan
dia diganti oleh kroninya bukan kroni Mahathir. Apa pun UMNO/BN sudah
menghampiri usia bersaranya dan hari demi hari UMNO/BN semakin lemah tapi
kerana rakyat juga lemah serta ditakut-takutkan denga pelbagai isu maka mereka
terus beri mandat kepada BN dalam pilihanraya lepas dengan disokong oleh SPR
yang dikatakan adalah juga komponen BN bukan badan bebas seperti yang
diamanahkan oleh Yang Di Perutan Agong. Tapi seperti kata Tuan Guru MB Kelantan
jika dia bersekongkol menipu kita di akhirat nanti dia tanggunglah.
Wallahu'alam.
ibnuAli
kota jembal
"abu samah"@yahoo.com wrote:
Assallamualaikum....
Saya nii dari pihak pembangkang jugak....tapi tentang Anwar nii
memang tak sebululah...
Tak tau mengapa....tapi saya cukup meluat kalau orang yang tak
sabau sabau nak naik kat atas dengan memijak kepala orang sepertimana
kisah dia dgn Mahatdir dulu. Kalau dia bersabar sikit, lah nii dia
jadi PM dah...Minyak tak yah naik, pelajaran percuma dan macam
lagilah seperti janji dia lah nii sebelum pilihan raya.
Ini olang susah mau peecaya ohh....pegi luar negara cakap kat
reporter sana pemimpin sini blah blah blah.....hanya dia yang betul...
Mana kesetiaan dia pada tanah air kita, hanya nak menang sanggup
buat apa saja sehinggakan buka tembelang negara sendiri.
Tak ya nak rayu bagi pihak dialah Khalid oiii....tak de maknaleh...
Wassallam
----- Original Message -----
From: Kadet Pencen
To: Ikhwanul Muslimun
Sent: Friday, February 01, 2008 11:06 PM
Subject: [SPAM] Help Palestine [hidayahnet] Kriteria Calon BN / Benarkan
Anwar Bertanding
(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
CINA ISLAM
Kriteria Calon BN : Pak Lah Kelirukan Rakyat Pilihanraya tersangat dekat
dirasakan. Kehangatannya terasa sangat disemua peringkat samada pemimpin
ataupun rakyat. Teka teki mengenai tarikh PR antara yang hangat
diperbincangkan, selain itu hangat diperkatakan mengenai calon-calon yang akan
dipertandingkan.
Pak Lah dipetik berkata, Barisan Nasional (BN) hanya akan meletakkan calon
yang berwibawa, bersih dan bersedia berkhidmat untuk rakyat pada pilihan raya
umum ke-12 ini. Katanya lagi , beliau juga mempunyai kriteria tersendiri dalam
memilih calon Dewan Undangan Negeri dan Parlimen."Kriteria yang saya tetapkan
adalah lebih baik daripada apa yang dikatakan oleh menteri-menteri besar,
ketua-ketua menteri atau pemimpin-pemimpin lain," katanya.
Kita ingin bertanya dan menjadi tanda tanya kepada seluruh rakyat Malaysia
mengenai yang kononnya Pak Lah ada kriteria tersendiri dalam memilih calon.
Adakah kriteria yang disebutkan oleh Pak Lah khususnya untuk calon-calon UMNO
sangat luar biasa dari PR sebelum dari ini? Realitinya disemua tempat kita
telah mendengar desas desus siapakah calon-calon BN. Antaranya Di Kuala
Kangsar, siapa yang tidak kenal dengan bakal calonnya yang terlibat dengan
rasuah melampau. Begitu juga di Kelantan Ketua UMNO nya yang terlibat dengan
wang PPRT jutaan ringgit pastinya akan dipilih oleh Pak Lah. Inikah kretiria
bersih yang Pak Lah maksudkan. Terkejut "biawak"lah semua rakyat Malaysia.
Yang pasti setelah berlalu sudah 11 PR yang lepas semua yang terpilih
kebanyakannya "kaki rasuah", " ahlul maksiat" dan sebagainya perbuatan yang
bercanggah kerja buatnya dengan Al Quran dan Sunnah. Walaupun tidak dinafikan
ada segelintir kecil yang baik namun perlu ditegaskan kerana acuan UMNO itu
tidak baik semuanya jadi tidak baik.
Kenyataan Pak Lah dilihat sengaja untuk mengelirukan rakyat bagi mengelabui
mata rakyat yang nampak dengan segala kepincangan yang dilakukan oleh pemimpin
BN dan UMNO, mata rakyat sangat terang dan bersuluh. Apa lagi yang diharapkan
dari semua calon-calon BN yang akan dikemukakan? yang pasti yang terpilih akan
bersiap untuk menzalimi rakyat Malaysia.
Kita tunggu dan lihat siapakah calon-calon BN, dan saya yakin semua akan
tergelak dengan kriteria yang Pak Lah maksudkan.......
Diposting oleh LIM CHUAN HING ABDULLAH
JOM BERSIH!!!
bersih.org/
PM harus Membenarkan Anwar Bertanding KeADILan
Kuala Lumpur, 31 Jan - Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim,
pada hari ini menyeru Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk menetapkan tarikh
penamaan calon pada 15hb April atau kemudian, supaya Ketua Umum KeADILan Dato
Seri Anwar Ibrahim dibenarkan melaksanakan hak asas politik beliau.
Beliau berkata Anwar sudah lama menjadi mangsa ketidakadilan sejak sabitan
pertama beliau pada 14hb April 1999. Kedua-dua sabitan beliau telah dikutuk
dengan meluas sebagai bertujuan politik, akibat perbicaraan yang cacat dan
tidak adil, kata Khalid. Akibatnya, hukuman selama enam tahun di penjara
Sungai Buloh merupakan penahanan bersifat politik.
Khalid berpendapat bahawa bukti penyelewengan yang melibatkan pihak-pihak
terlibat dalam rayuan Anwar membuktikan kemungkinan Dr Mahathir mengarahkan
penahanan Anwar. Mereka ini tidak mungkin menjalankan tugas dengan bebas
kerana mereka telah mengkompromi kedudukan sendiri, kata beliau.
KeADILan tidak membantah tarikh pilihanraya yang awal, Khalid berkata, tetapi
jika ia diadakan sebelum 15hb April, hak Anwar untuk bertanding akan dilucutkan
sekali lagiseperti apa yang berlaku dalam pilihanraya umum 1999 dan 2004.
Jika Dato Seri Anwar benar-benar tidak lagi relavan dalam politik Malaysia
sepertimana yang dikatakan oleh pihak-pihak tertentu, maka tidak patut ada
sebarang keengganan untuk melambatkan pilihanraya selama sebulan untuk
membolehkan beliau untuk bertanding, kata beliau lagi.
Khalid menegaskan hak rakyat Malaysia untuk mendengar idea dan cadangan
reformasi yang disokong oleh Anwar dan KeADILan. Keputusan untuk bersetuju
atau tidak sepatutnya diletak dalam tangan rakyat, kata beliau. Pertempuran
idea yang adil patut dibenarkan untuk manfaat negara Malaysia dan masa
depannya.
Beliau juga menyeru Perdana Menteri Abdullah untuk memastikan bahawa
tuntutan-tuntutan BERSIH untuk mereformasi pilihanraya dilaksanakan sebelum
pilihanraya umum diadakan. Gabungan parti politik dan badan bukan kerajaan
tersebut telah menuntut untuk penggunaan dakwat, pembatalan undi pos untuk ahli
polis dan pasukan keselamatan, pembersihan daftar pemilih, dan pembukaan media
arus perdana kepada semua pihak.
Apabila disoal mengenai kebolehan Anwar bertanding dalam pilihranraya nanti,
Khalid menjawab bahawa kerajaan menyekat keupayaan KeADILan untuk memilih wakil
rakyat yang terbaik.
Walaupun Perdana Menteri berkata bahawa pilihanraya adalah terbuka untuk
semua, mereka masih ingin menyekat kebolehan Dato Seri Anwar untuk bertanding
dengan mengadakan pilihanraya pada tarikh yang awal sebelum beliau dapat
bertanding.
Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang individu di Malaysia yang dikatakan
sebuah demokrasi berhak untuk bertanding. Mengapa rakyat tidak diberi peluang
memilih pemimpin yang terbaik?
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
---------------------------------
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.
---------------------------------
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.
Search. browse and book your hotels and flights through Yahoo! Travel
---------------------------------
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.