Bayangkan lah.. di negara yang katanya 'mendaulatkan Islam' menjadikan Islam sebagai 'Agama Rasmi' tapi orang2 Islam di dalamnya terdedah dengan makanan dan minuman yang teramatlah mengakibatkan hati yg keras.. hati yang hitam legam, hati yang kotor.. akibat dari sumber darah dan daging yang totally haram untuk di jadikan asas kehidupan...
Kalau beginilah berterusan keadaan kita di tempat tinggal kita.. tempat kita beribadah.. percayalah.. kesucian hati yang membawa kepada dekatnya hamba kepada Allah tidak sekali-kali akan berjaya di lakukan... Kuasa siapakah ini untuk mengubah nasib kita di hadapan Allah di padang Mahsyar esok..???? Memang ... sudah tentulah kuasa Allah.. tapi apa tugas kita...? Apa tanggungjawap kita...??? Rakan-rakan sekalian.. anak kita hari ini adalah pemimpin hari esok.. siapa kah anak yg sedang kita didik hari ini sedang kita suapkan nasi hari ini... untuk di hari esok nanti..? Yahudi..? Nasrani..? Majusi..? atau MUKMIN..? Kesucian yang kian hilang... akibat dari tangan manusia sendiri... ----- Original Message ---- From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]> To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]> Sent: Thursday, January 31, 2008 9:41:57 AM Subject: Help Palestine [hidayahnet] Bebola ikan Teruknya. Dah berapa lama kilang tu beroperasi , Nampak gayamacam dah lama, tak kantak tahu, baru la ni depa sedar. Memang nak termuntah, kesian org Seberang Perai, mungkin ramai saudara mara kita termakan ye.. Tolonglah war-warkan kepada kawan2 utara ye.. Kesiannya kat depa.. Ya Allah ampunkan kesilapan kami. IDERIS Mohamad menunjukkan minyak masak kitar semula yang sudah bertukar menjadi hitam tetapi masih digunakan di kilang membuat bebola ikan di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam. IDERIS Mohamad menunjukkan daging dan perut khinzir yang disimpan bersama bahan mentah lain termasuk ikan di sebuah kilang di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam. IDERIS berada di bahagian stor bahan mentah kilang dengan periuk merebus bebola ikan berada di bawah dalam serbuan di Kepala Batas semalam. KEPALA BATAS - Jika anda penggemar makanan berasaskan bebola ikan, wajar siasat semula kaedah pengeluarannya untuk mengelak termakan benda haram. Ini kerana sebuah kilang di sini yang mengeluarkan makanan tersebut sejak limatahun lalu, dikesan mencampurkan daging dan perut babi bersama isi ikan dan tepung untuk membuat bebola ikan. Malah, kumpulan wartawan yang menyertai serbuan ke kilang itu bersama 20 pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKSPP) turut terkejut apabila melihat sebuah periuk besar berisi minyak masak yang dipercayai digunakan berulang kali untuk menghasilkan produk makanan di situ. Lebih menjijikkan apabila minyak masak itu yang ditempatkan di dalam periuk di luar kilang, sudah bertukar rupa menjadi hitam serta likat seperti minyak pelincir kenderaan. Ternyata serbuan yang diketuai Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan JKNPP, Ideris Mohamad bakal membuka mata ramai pihak terutama penggemar makanan berasaskan bebola ikan dan golongan peniaga mengenai status kebersihannya. "Tindakan pengusaha kilang ini dengan menyimpan perut dan daging babi bersama bahan mentah lain termasuk ikan di dalam satu peti penyejuk memang nyata salah. "Alasan mereka daging berkenaan adalah untuk kegunaan para pekerja juga tidak masuk akal kerana kuantiti bahan yang disimpan itu terlalu banyak dan hasil siasatan mendapati memang mereka mencampurkan daging babi itu untuk membuat bebola ikan," jelas Ideris. Produk dari kilang berkenaan dipercayai dipasarkan secara meluas khususnya di Seberang Perai hingga meliputi Kulim dan beberapa kawasan lain. Menurut Ideris, kilang itu pernah diserbu setahun lalu dan diarah tutup selama dua minggu atas kesalahan terlalu kotor. Namun, serbuan semalam membuktikan tidak banyak perubahan berlaku. Justeru, pihaknya telah merampas semua bahan makanan di kilang itu yang dianggarkan bernilai lebih RM300,000 selain pengambilan sampel produk untuk ujian. Jelas Ideris, jika disabit kesalahan, pengusaha kilang boleh didakwa di bawah Seksyen 13B Akta Makanan 1983 kerana memproses makanan tidak mengikut spesifikasi dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lapan tahun. Kilang itu juga diarah tutup selama 14 hari. Oleh RIZAM ZAKARIYA Kosmo! -----Inline Attachment Follows----- ----------------------------------------- (on mail) email-body was scanned and no virus found de2d848.jpg was scanned and no virus found de2d858.jpg was scanned and no virus found de2d867.jpg was scanned and no virus found --------------------------------------------------------- ____________________________________________________________________________________ Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now. http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ
