(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
Kempen Membuka Jalan Alternatif Puchong-PJ Dilancarkan               KeADILan   
   
       Puchong, 4 Feb - Naib Ketua Angkatan Muda KeADILan Malaysia (AMK) Cheah 
Sang Soon pada hari ini melancarkan kempen tandatangan untuk menuntut supaya 
jalan alternatif tanpa tol dari Taman Kinrara, Puchong, ke Taman Maju Jaya, 
Jalan Kelang Lama, dibuka dengan segera.


 “Puchong merupakan bandar yang pesat membangun dengan jumlah penduduk seramai 
400,000,” kata beliau. “Penduduk Puchong tidak begitu bernasib baik kerana 
Puchong dikurung oleh tol-tol, dan mereka dibebankan dengan bayaran tol-tol 
yang sangat tinggi. Setiap tahun, penduduk Puchong membiayai tol –tol dijangka 
beberapa ratus juta ringgit.”


 Cheah berkata bahawa jalan alternatif tanpa tol dari Taman Kinrara, Puchong, 
ke Taman Maju Jaya, Jalan Kelang Lama, telah dirancang lebih mari 10 tahun 
dahulu.


 “Walaupun jalan tersebut telah separuh dibina, projek tersebut dihentikan 
kerana kerajaan lebih mengutamakan kepentingan korporat dari kepentingan rakyat 
jelata,” tambah beliau.


 Penduduk Puchong yang membuat perjalanan dari Taman Kinrara ke Jalan Klang 
Lama melalui Bandar Sunway terpaksa melalui tiga plaza tol, iaitu Bandar 
Sunway, Kampung Lindungan dan Kampung Dato Harun. Setiap plaza tol tersebut 
mengenakan bayaran sebanyak RM1.60 masing-masing.


 Cheah menyuarakan rasa kecewa terhadap wakil rakyat yang tidak menunaikan 
janji mereka untuk berkhidmat demi kepentingan penduduk-penduduk.


 “Jikalau project di Ijok yang tergendali selama sembilan tahun dapat disiapkan 
dalam sembilan hari sahaja semasa pilihanraya kecil Ijok, penduduk-penduduk di 
Puchong sepatutnya dapat menikmati layanan yang sama,” tambah Cheah lagi.


 “Jikalau Kerajaan tidak menhirau kepada tuntutan rakyat, penduduk-penduduk 
Puchong sepatutnya berani mengunakan undi mereka pada pilihanraya akan datang 
untuk menjuangkan hak-hak mereka sendiri.”


Jelas.Info
Video: How is your money spent?     http://www.youtube.com/watch?v=OmxoN_BL-IM


            
 

 Thanks for sending this by, Padma! - Nat

(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)

Agenda Negara Kebajikan
 Bolehkah PAS Melaksanakan Pendidikan Percuma?    Salah satu persoalan utama 
yang selalu ditimbulkan apabila PAS mewarwarkan Negara Kebajikan; Bolehkah PAS 
melaksanakan pendidikan percuma kepada rakyat? Pendidikan percuma ini 
termasuklah sehingga ke peringkat pendidikan tinggi seperti ijazah kedoktoran. 
Jawapannya sudah pastilah boleh. Sebenarnya kos Yuran yang dibayar oleh 
seseorang pelajar untuk pengajiannya di IPTA paling tinggipun mencecah RM10 000 
atau mungkin lebih sedikit untuk sepanjang pengajiannya. Bagi 
pengajian-pengajian bukan ikhtisas kos yurannya sekitar RM 5000. Jumlah 
keseluruhan pelajar di IPTA termasuk ijazah lanjutan adalah lebih kurang 
daripada 250 000. Oleh sebab itu, paling tinggipun kerajaan perlu menambah 
perbelanjaan 2.5 bilion untuk tujuan pendidikan percuma. Bagaimanapun 
dipercayai perbelanjaan itu sebenarnya jauh lebih rendah.

Jumlah itu tidaklah besar, malah seandainya zakat 2.5% di ambil daripada 
keuntungan Petronas berjumlah RM 70.2 Bilion sudah mencukupi membiayai sejumlah 
besar kos tersebut. Bagi kos sara hidup pelajar, tidak termasuk dalam 
perkhidmatan pendidikan percuma yang ditawarkan oleh kerajaan. Pelajar 
membiayai kos hidup mereka sama ada melalui wang saku sendiri, keluarga, 
biasiswa atau pinjaman. Sehubungan dengan itu, mereka juga boleh melakukan 
kerja sambilan di luar waktu pengajian sebagaimana yang pernah dicadangkan oleh 
Dato Seri Anwar Ibrahim semasa beliau dalam kerajaan dahulu. Bekerja separuh 
masa bagi pelajar-pelajar di peringkat pendidikan tinggi ini satu perkara 
lumrah di negara-negara maju seperti United Kingdom dan lain-lain. Malah 
kebanyakan pelajar-pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran ke negara-negara 
seperti ini mengambil peluang untuk bekerja separuh masa.

Kelonggaran yang diberikan seperti ini bagi penuntut-penuntut IPTA sebenarnya 
memberi pengalaman besar kepada mereka. Bagi negara pula, kerajaan sebenarnya 
telah menyelamatkan sejumlah besar wang negara mengalir keluar melalui 
pembawaan masuk pekerja asing. Dengan gaji setimpal yang diperolehi oleh 
pelajar-pelajar IPTA ini pula sebenarnya akan menjana kuasa beli dalam 
sektor-sektor yang tidak berkembang di Malaysia seperti industri buku dan 
seumpamanya. Pengalaman yang diperolehi oleh pelajar ini juga boleh 
menggantikan kursus-kursus keusahawan yang diberikan oleh kerajaan yang 
sebenarnya turut memerlukan kos yang tinggi untuk disediakan.

Sebenarnya dengan berbelanja secara berhemah, kerajaan boleh menjimatkan 
sebegitu banyak perbelanjaan yang kemudiannya boleh disalurkan untuk pendidikan 
percuma. Contoh yang mudah ialah kerajaan mengurangkan penghantaran pelajar di 
peringkat ijazah pertama ke luar negara kecuali dalam sektor-sektor yang 
kritikal dan perlu. Kerajaan telah berbelanja besar menghantar pelajar-pelajar 
ke luar negara dalam bidang pendidikan sains dan matematik semata-mata untuk 
memenuhi kehendak dasar pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. 
Dasar seperti ini merupakan satu contoh perbelanjaan yang tidak berhemah, iaitu 
mengeluarkan perbelanjaan pada perkara yang tidak perlu. Demikian juga dengan 
kewujudan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan organisasi di bawahnya, 
merupakan antara tempat berlakunya perbelanjaan tidak berhemah di IPTA-IPTA 
yang lebih banyak membantutkan perkembangan pelajar.

Sekiranya pendidikan percuma ini diperluaskan kepada rakyat asing, ia akan 
menjadikan Malaysia sebagai pusat tumpuan pendidikan yang akan menarik ahli 
akademik dan pelajar dari seluruh dunia. Kedatangan mereka untuk mendapatkan 
pendidikan percuma di sini akan membawa sejumlah besar wang asing ke Malaysia. 
Dalam Industri Pelancongan contohnya kerajaan boleh mensasarkan sehingga RM30 
bilion, bagaimana pula pelajar yang akan datang ke sini bermastatutin tidak 
kurang tiga tahun berbanding pelancong hanya 3 minggu, sudah pasti mereka turut 
menyumbang sejumlah pendapatan kepada ekonomi negara. Paling tidak kedatangan 
mereka di sini boleh menukarkan dasar kerajaan yang mengutamakan perdagangan 
buruh kerana ia hanya menguntungkan sekelompok kecil rakyat. 

Kemasukan buruh asing ke negara ini hanya menguntungkan agen-agen dan 
syarikat-syarikat kerana mereka boleh membayar gaji yang murah. Bagi rakyat 
teramai sebenarnya ia merugikan kerana akan menyebabkan lebih banyak 
pengangguran dan pengaliran wang negara keluar. Sebaliknya jika yang masuk itu 
adalah pelajar-pelajar asing yang kemudiannya boleh bekerja sambilan di negara 
ini, maka wang akan lebih banyak mereka belanjakan untuk tujuan sara hidup 
dalam tempoh pengajian mereka di sini. Manakala penyelidikan-penyelidikan 
mereka yang di buat di peringkat ijazah lanjutan sudah pasti menjadi khazanah 
yang tiada nilainya untuk keperluan negara dan dunia umumnya. Sekiranya 
Malaysia menawarkan pendidikan percuma seperti ini diyakini ramai 
pelajar-pelajar dari negara OIC terutamanya berminat untuk melanjutkan 
pengajian di Malaysia.


Sebenarnya peranan kerajaan memberi pendidikan percuma kepada rakyat seumpama 
peranan Ibubapa memberikan pendidikan percuma kepada anak-anak. Sebagaimana 
ibubapa sanggup berkorban untuk memastikan pendidikan anak-anaknya sempurna, 
demikianlah juga kerajaan perlu berikhtiar apa sahaja untuk memastikan 
rakyatnya berilmu. Sebenarnya ada banyak lagi perancangan yang boleh dibuat ke 
arah melaksanakan pendidikan percuma, cuma 'hendak seribu daya, tak hendak 
seribu dalih'. Oleh sebab itu, manifesto Negara Kebajikan PAS untuk memberikan 
pendidikan percuma bukanlah satu ilusi, sebaliknya satu realiti yang telah 
terbukti di banyak negara.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Kirim email ke