Terim kasih sebab bagi tahu ni.
Boleh saya cadangkan pada cikgu sekolah anak saya nanti.

>>> Rozmal bin Malakan  03/02/2008 07:49 >>>
Ramai antara kita mungkin tidak tahu bahawa sekarang
ini sedang berlangsung Program Pengembaraan Angkasa
Lepas Antarabangsa Malaysia (Malaysia International
Space Adventure * MISA) di Precinct 5, Putrajaya sejak
15 Disember 2007 yang lalu sehingga 16 Mac 2008 ini.

Pada saya MISA ini adalah satu pameran yang dapat
memupuk minat para pelajar untuk lebih seronok
mempelajari sabjek Sains, Astronomi, Bahasa Inggeris,
Kejuruteraan Mekanikal dan sebagainya. Bahan
pamerannya didatangkan dari Amerika Syarikat dengan
kerjasama NASA. Peluang sebegini sukar untuk kita
perolehi, tidak seperti melawat zoo, muzium dan
lain-lain tempat di Malaysia ini yang kita boleh
lawati sepanjang tahun.

Menurut maklumat yang diterima yang banyak membuat
rombongan sekolah ke MISA ini kebanyakkannya ialah
Sekolah Cina , Sekolah Swasta dan Sekolah
Antarabangsa. Sekolah Kebangsaan yang majoritinya
pelajar melayu boleh dibilang dengan jari.

Di mana silapnya, pelajar Melayu hingga tidak minat
untuk pergi ke MISA. Adakah yurannya mahal ? Pada saya
tidak, kalau nak pergi ke LIMA Langkawi , belanjanya
jauh lebih mahal. Kalau nak buat rombongan ke Medan ,
Indonesa pun, lebih banyak belanjanya.

Adakah pihak sekolah, pihak Kementerian Pelajaran,
pihak Kementerian Pengajian Tinggi, pihak Kementerian
Penerangan tidak mempromosikan program ini
sungguh-sungguh seperti mempromosi program
Perkampungan Hadhari sedangkan MISA ini dianjurkan
bersama oleh Kementerian Pelancongan ? Tanyalah mereka
semua.

Bagi kita yang telah tahu kebaikan pameran MISA ini ,
marilah kita sama-sama mempromosikannya. Bagi mereka
yang mampu, marilah kita luangkan masa ke seana
bersama anak-anak kita. Bagi pihak sekolah dan PIBG
bolehlah menggalakkan sekolah membuat rombongan ke
MISA.

Untuk maklumat lanjut program ini bolehlah layari
laman web mereka di www.misa.com.my atau e-mel
[EMAIL PROTECTED] , Tel 03-40247009 , Fax 03-40247008



  Rozmal http://waghih.blogspot.com
  Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
  Kelab AMAL NS http://amal-ns.blogspot.com
  Institut Kajian Angkasa http://ikam-space.blogspot.com
  Pusat Pendidikan As Saidiyyah http://puspa-ns.blogspot.com





      
____________________________________________________________________________________
Be a better friend, newshound, and
know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.  
http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ



DISCLAIMER:

This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. 
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, 
distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. 
If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa 
Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and 
other information in this e-mail that do not relate to the official business of 
Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be 
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa 
Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising 
from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is 
excluded to the fullest extent permitted by law.

Kirim email ke