http://www.bankahbash.blogspot.com

Di dalam lamanweb rasmi al-Syeikh Hamid bin Abdillah al-'Aliy
(http://www.h-alali.net/) , terdapat soalan yang bertanyakan tentang
kumpulan Ahbash bertarikah 13/12/2006. Teks soalan tersebut seperti
dibawah:

التمس منكم مدي بمعلومات مدققة و تفصيلية عن فرقة الاحباش.هل هناك فتاوى
وردت في هذا الموضوع؟هل هي فرقة ظالة ام لا؟

Maksudnya: "Saya memohon maklumat terperinci daripada tuan tentang
kumpulan Ahbash, apakah telah ada fatwa tentang kumpulan ini? Apakah
mereka itu kumpulan yang sesat ataupun tidak?"

Jawapan dari al-Syeikh Hamid bin Abdillah al-'Aliy (Pensyarah
Peradaban Islam di Kuliah Pendidikan Asas Kuwait.).

Alhamdulillah wassolatu wassalam 'ala nabiyyina Muhammad wa 'ala
alihi wa sahbihi wa ba'du:

al-Ahbash adalah satu kumpulan sesat yang dinisbahkan kepada Abdillah
al-Habasyi. Zahir di Lubnan, dan mereka mengambil kesempatan daripada
kejahilan dan kefakiran yang berlaku di Lubnan kesan dari peperangan
yang berlaku di sana untuk menyebarkan seruan menghidupkan manhaj-
manhaj Sufiah yang batiniyyah bertujuan merosakkkan aqidah dan
memecah-belahkan kesatuan umat Islam.

Pengasas kepada kumpulan ini ialah Abdullah Muhammad al-Harari al-
Habasyi, dia belajar agama di sana (di Habashah) dan telah mengadakan
bai'ah (janji taat setia) dengan tarikat al-Tijaniyyah. Dia juga
berbai'ah dengan Tarikah al-Rifa'iyyah, kemudian dia berhijrah ke
Syiria dan Lubnan. Ketika di Habashah, Abdullah al-Harari pernah
bekerjasama dengan pemerintah Indraji di Habashah "Sahr Hilasilasi"
menghapuskan persatuan-persatuan Islam tahfiz al-Quran di bandar
Harara yang membawa kepada hukuman penjara dan buang negeri ke atas
Pengetuan Sekolah, Ibrahim Hasan selama 23 tahun. Semua ini
menyebabkan para pendakwah dan para syeikh yang berada di Harara
melarikan diri ke Saudi dan Mesir. Kerana itu Abdullah al-Harari
(pengasas kumpulan Ahbash) dikenali disana dengan sifat al-Fattan
(pembawa fitnah) atau Syeikh Fitnah.

Demikianlah keadaannya (al-Harari) apabila dia berada di Lubnan, dia
bekerja untuk menyebarkan fitnah sama seperti yang dilakukannya di
tempat asalnya dan menyebarkan kepercayaannya yang rosak, termasuk
syirik, menyebarkan fahaman mazhab-mazhab yang batil tentang sifat
Allah, menyebarkan fahaman murjiah, Jabariah, tasawwuf batiniyyah dan
syiah rafidhah, mencela para sahabat (Nabi saw) dan menuduh Ummu al-
Mukminin 'Aisyah melakukan maksiat dengan melanggar perintah Allah
swt dengan fatwa-fatwa yang ganjil.

Antara pengikutnya ialah Nizar al-Halabi (نزار الحلبي), beberapa
orang public figure seperti timbalan parlimen 'Adnan al-Tarobalasi (
عدنان الطرابلسي) dan calon mereka yang lain seperti Toha Naji (طه
ناجي) yang menerima suara sokongan kebanyakan dari penganut kristian,
kerana janji mereka menghapuskan fahaman Islam fundamental. Akan
tetapi dia tidak memperoleh kejayaan. Demikian juga dengan Hasan
Qarqira timbalan presiden Jam'iyyah al-Masyari' al-Islamiyyah, Kamal
al-Huth, 'Imaduddin Haidar, Abdullah al-Barudiy dan individu-individu
yang menyeliakan peralatan penyelidikan dan menuskrip seperti al-
Muassasah al-Thaqafiyyah lil Khidmaat dan Markaz al-Abhath wa al-
Khidmaat. Mereka juga kebelakangan ini telah memulakan mentahkik
kitab-kitab turath, dengan tahkikan jahmiyyah. Mereka juga melakukan
muslihat dengan menggunakan nama ganjil yang tidak dikenali walaupun
dikalangan para penuntut ilmu seperti mereka menulis : "Telah berkata
al-Hafidz al-'Abdari di dalam dua dalilnya (قال الحافظ العبدري في
دليليه)." Mereka menyembunyikan kepada orang ramai, sehingga orang
ramai akan menyangka al-Hafidz yang dimaksudkan ialah dari kalangan
ulama yang masyhur seperti al-Hafidz Ibn Hajar ataupun al-Nawawi,
sebaliknya al-Hafidz itu ialah syeikh mereka sendiri al-Harari,
mereka nakalkan dari kitabnya al-Dalil al-Qawim sebagai contohnya.

Kepercayaan-Kepercayaan mereka

1. Mereka mendakwa mereka bermazhab al-Syafie di dalam fiqh dan
i'tikad, akan tetapi hakikatnya mereka jauh dari mazhab al-Syafie.

2. Mereka menganggap ringan berhukum dengan hukuman buatan manusia
yang bertentangan dengan hukum Allah. al-Habasyi (Abdullah al-Harari)
berkata: "Sesiapa yang tidak berhukum dengan syariat Allah dalam
dirinya dan tidak melaksanakan sedikitpun kefardhuan Allah dan tidak
menjauhi perkara-perkara haram, sebaliknya dia pernah mengucapkan
walau sekali seumur hidup la-i-la-ha-illallah, maka dia seorang
muslim dan digelarkan juga sebagai seorang beriman yang berdosa." (al-
Dalil al-Qawim. m.s. 9-10).

Kepercayaan ini adalah kepercayaan firqah Murjiah yang sesat.

3. al-Ahbash memberi galakan kepada orang ramai untuk memohon dari
kubur, memohon pertolongan dari kubur dan memohon ditunaikan hajar
dari kubur. Ini kerana kumpulan Ahbash mempercayai orang-orang yang
telah mati itu akan keluar dari kubur untuk menunaikan hajat orang
yang memohon kepada mereka, kemudian mereka (orang-orang yang telah
mati itu) akan pulang semula ke kubur mereka. Sama juga mereka
mengharuskan memohon perlindungan kepada selain Allah, dan menyeru
mengambil berkat dari beberapa batu. (Kitab al-Dalil al-Qawim, 173).

4. Ahbash akan memenangkan mazhab mereka dengan hadith-hadith yang
lemah dan palsu, yang menyokong mazhab mereka. Kerana itu mereka
menghukum banyak hadith yang sahih sebagai dhaif kerana tidak
menyokong mazhab mereka. Perkara ini jelas di dalam kitab mereka al-
Maulid al-Nabawi.

5. Abdullah al-Harari al-Habasyi telah mengkafirkan beberapa orang
ulama umat Islam. Dia mengkafirkan Ibn Taimiyyah. Dia menjadikan
perkara pertama yang wajib ke atas setiap mukallaf ialah beriktikad
akan kekafiran Ibn Taimiyyah, dan dia benar-benar memberi peringatan
supaya menjauhkan kitab Ibn Taimiyyah. Demikian juga al-Imam al-
Zahabiy yang di sisinya (al-Harari) sebagai seorang yang hina. Dia
juga menganggap al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab seorang
penjenayah, pembunuh dan seorang kafir. Dia juga mengkafirkan al-
Syeikh al-Muhaddith Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h. Mengkafirkan
al-Syeikh Sayed Sabiq, dan menganggap syed sabiq sebagai seorang
Majusi yang kafir, dia juga mengkafirkan Syed Qutb sepertimana yang
disebut oleh al-Harari di dalam kitabnya al-Nahju al-Sawiy fi al-
Radd 'ala Syed Qutb wa Tabi'ihi Faisol Maulawi.

6. al-Harari menyeru kepada tarikat Naqsyabandiyyah dan Rifaiyyah

7. al-Harari juga memiliki beberapa fatwa yang ganjil yang
berpendapat harusnya membuat helah dalam agama dan berpendapat
melihat, bercampur dan bersalaman dengan perempuan yang ajnabiy itu
tidak mengapa, bahkan dia mengatakan wanita boleh keluar rumahnya
dengan berwangi-wangian, bertabarruj sekalipun tidak direstui
suaminya.

8. al-Harari mengharuskan menjual dan membeli budak yang merdeka. Dia
juga membolehkan orang ramai meninggalkan bayaran zakat dengan wang
kertas dan mendakwa wang kertas tidak ada kaitan dengan zakat yang
wajib dengan emas dan perak sahaja. Dia juga mengharuskan memakan
riba, mengharuskan solat memakai pakaian yang bernajis. (Bughyah al-
Tolib: 99)

9. al-Harari juga telah menimbulkan fitnah di Amerika dan Kanada
dengan perubahan kiblat, sehingga mereka memiliki masjid yang khas
yang mereka ubah arah kiblatnya 90 darjah, dan menjadikan mereka
menghadap kiblat yang berlawanan dengan kiblat umat Islam. Mereka
juga berkeyakinan bumi bukannya berbentuk globe seperti yang
dimaklumi, sebaliknya bumi berbentuk setengah globe seperti bentuk
setengah buah oren. Di Lubnan mereka sembahyang bersama dengan
kumpulan-kumpulan khusus, selepas selesai para jamaah menunaikan
solat.

Samahah al-Syeikh Abdul Aziz bin Baz telah mengeluarkan fatwa yang
berbunyi: "Sesunguhnya kumpulan al-Ahbash merupakan kumpulan sesat,
ketua mereka Abdullah al-Habasyi terkenal dengan penyelewengan dan
kesesatannya. Maka wajib memboikot dan menginkari aqidahnya yang
batil. Dan memberi peringatan kepada masyarakat supaya menjauhinya
dan tidak mendengar serta menerima apa yang mereka katakan." (nukilan
daripada al-Mausu'ah al-Muyassarah fi al-Adyan wa al-Mazahib wa al-
Ahzab al-Mu'asarah 1/430, dengan sedikit ubai suai)

Dengan ini diketahui bahawasanya kumpulan ini (Ahbash) adalahsatu
kumpulan sesat yang dicurigai yang ganjil dan wajib berhati-hati
daripadanya.

-- 
http://bankahbash.blogspot.com/

Kirim email ke