(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)


      Rakyat tak bayar bil kena saman, pemimpin Umno/BN rasuah bebas - Mujahid  
                                               Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan 
Zahari Wan Salleh      
         Sun | Feb 10, 08 | 10:34:55 am MYT                        KUALA 
LUMPUR, 10 Feb (Hrkh)] - Ramai di kalangan   pemimpin Umno/BN yang dituduh 
terbabit dengan rasuah membabitkan   jutaan ringgit di negara ini bebas, 
sebaliknya rakyat yang tidak membayar bil   hanya kira-kira RM50 disaman hingga 
ada yang ditahan, kata AJK PAS   Pusat, Mujahid Yusof Rawa.   
-->
 Mujahid berkata demikian dalam ceramahnya di Kuala Kubu Baru di   Selangor 
malam tadi yang dihadiri ramai di kalangan bukan Islam.Turut hadir   berceramah 
ialah, wakil Parti Keadilan Rakyat (KeADILan),   N.Gobalakrisnan.

 
 Dalam ceramah tersebut sejumlah 45 borang menyertai KeADILan diserah 
masyarakat India kepada Gobalakrisnan.

  
 "Selepas 50 tahun kita merdeka, apa yang berlaku ialah apa yang dilakukan   
kerajaan hanya menyebabkan orang MCA marah kepada MCA, MIC   marah kepada  MIC, 
orang Melayu marah kepada Umno, kata Mujahid.

 
 Menurut Mujahid, negara ini sangat kaya dengan hasil dan khazanah negara,   
bagaimanapun salah tadbir yang diamalkan Umno dengan amalan rasuah,   
penyelewengan dan pembolotan hasil kekayaan oleh segelintir kroni   menyebabkan 
rakyat merana.

 
 "Negara kaya, orang bawah tidak dapat agihan kekayaan itu.Kerajaan   hanya 
pentingkan mega projek, mahu kasi projek besar2-besar kepada   kroni,

  
 "Rakyat kena cukai, kenaikan tol dan pelbagai cukai-cukai lain.   Penghapusan 
subsidi minyak sebabkan rakyat kena tangung harga minyak   tinggi," katanya.

 
 Apa yang memedihkan lagi kata Mujahid, rakyat yang susah yang tidak   mampu 
membayar bayar bil perkhidmatana RM50 ringgit dikenakan   tindakan hingga 
disaman dan ditahan.

 
 Sebaliknya pemimpin yang kaya-raya yang disabitkan dengan kes rasuah   hingga 
ada yang laporannya dibawa ke Badan Pencegah Rasuah (BPR)   tidakpun dikenakan 
tindakan.

 
 Malah katanya lagi pemimpin Umno/BN yang dituduh rasuah bebas untuk   terus 
menyedut duit rakyat dengan rakusnya.

 
 "Mereka curi duit negara tetapi tak ditangkap, tetapi rakyat tak bayar bil   
RM50 kena saman," katanya.

 
 Bagi Mujahid, kerajaan yang diterajui Umno/BN sebenarnya tidak boleh   menjaga 
kebajikan negara, sebaliknya Barisan Alternatif (BA) mampu untuk   menjaga 
rakyat. 
 "Justeru pengundi mesti bentuk politik baru masa depan negara yang   diterajui 
BA.BA akan perjuangkan konsep orang Melayu mesti anggap   masalah orang India 
adalah masalah orang Melayu, orang India mesti   anggapa masalah Melayu masalah 
India juga, orang Cina mesti anggap   masalah Melayu masalah mereka juga dan 
orang Melayu mesti anggap   masalah orang Cina masalah Melayu juga," katanya.

 
 Jika hal ini tidak berlaku katanya, perpaduan di negara ini akan terus   
bermasalah selagi Umno/BN menjalankan dasar perkauman yang diwarisi   sejak 50 
tahun lalu.   



No2umnO
 UMNO MENYELEWENG LAGI    
Menjelang PRU - PPD Kuala Terengganu jadi pejabat UMNO

Ditulis oleh MatStringer   
Buletinonline
Saturday, 09 February 2008

Kuala Terengganu. 8 Feb – Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuala Terengganu, 
telah mengulangi tindakan tidak professional Jabatan Pendidikan Negeri 
Terengganu(JPNT) bersekongkol dengan kemungkaran dan menjadi ‘perkakas’ UMNO.

Tindakan itu dilihat oleh para aktivis sektor pendidikan sebagai satu 
penghinaan kepada ikrar para guru, yang telah membuat aku janji perkhidmatan 
dengan rakyat dan kerajaan Malaysia dan bukannya kepada mana-mana parti 
politik. Sekaligus ia meghancurkan konsep ‘berkecuali’ yang terkandung didalam 
nilai-nilai utama didalam perkhidmatan awam sebagaimana yang terkandung didalam 
Modul Nilai dan Etika yang telah dikeluarkan oleh Institut Aminuddin Baki.

Surat tersebut yang bertarikh 3 Februari, 2008 yang ditandatangani oleh Ketua 
Sektor, Sektor Pendidikan Islam dan Moral, dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran 
Daerah Kuala Terengganu adalah merupakan surat jemputan yang berupa ‘arahan’, 
ditujukan kepada semua guru-guru J-Qaf suapaya ‘wajib’ hadir ke Majlis Pemimpin 
Bersama Rakyat anjuran Biro Penerangan UMNO Kuala Terengganu

Pada 13 Januari lalu, JPNT telah mengarahkan dengan paksaan, semua Ustaz dan 
Ustazah J-Qaf seluruh Terengganu untuk hadir ke satu majlis yang serupa, yang 
telah diadakan di Wisma Darul Iman. Majlis tersebut menjadi satu kejutan kepada 
para guru J-Qaf apabila didalam satu sessi mereka dirayu secara terus-terang 
oleh ADUN dan Ahli Parlimen, supaya memilih UMNO didalam Pilihanraya Umum kali 
ini.
(Foto: Majlis yang diadakan pada 13 Januari lalu)

Ekoran dari kegagalan dan kurang berkesannya majlis tersebut, difahamkan pihak 
JPNT telah mengarahkan supaya ianya diadakan diperingakat daerah. Tindakan 
tidak beretika dan tidak professional JPNT ini dikatakan kerana ad aura-ura 
bahawa Pengarah JPNT akan dicalonkan sebagai salah seorang calon UMNO untuk 
pilihanraya akan datang.

Apabila di ajukan pertanyaan kepada seorang pesara perkhidmatan perguruan 
berkaitan perkara diatas, guru pencen tersebut secara spontan berkata “sebab 
itu orang ramai mengesyakki ada penipuan didalam keputusan UPSR negeri 
Terengganu”


  
   
  
(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Kirim email ke