(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)


  PIMPINAN HAPRAK ABDULLAH AHMAD BADAWI                                         
           JasinDaily Online
                                                                  KAMAL AMIR 
MENULIS

http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/2244/46/ 

Assalamu’alaikum wm.wrt,

MAKA berbondong-bondonglah para pengampu dan pembodek nombor wahid kalangan 
sidang wazir Abdullah Ahmad Badawi menghadiri majlis pelancaran Bakti dan OKU 
di Kepala Batas, Pulau Pinang, petang Jumaat lalu.

Sebelum terpekik terlolong Abdullah mengapai upaya menghimpun yakin rakyat 
melalui pengumuman ratusan juta ringgit peruntukan yang ditaburkan sebagai 
memancing hati marhain, isteri kesayangannya bekas janda adik ipar yang 
dikahwini setengah tahun lalu diberikan kesempatan menyampaikan ucapan dengan 
penuh bergaya, lagak seorang “wanita pertama”..

Begitu juga pengampu terhebat Shahrizat Abdul Jalil turut berucap dalam 
“loghat” mamak Penang penuh lintang pukang hinggakan maksud serta intipati 
ucapannya hambar yang teramat sukar difahami apakah maksud sebenar mahu 
diluahkan olehnya menerusi program tersebut yang tentunya “membalun” jutaan 
wang rakyat.

Disaat menyampaikan ucapan tersebut terdengar suara azan dari masjid 
berhampiran tempat perasmian majlis Bakti dan OKU dilaungkan oleh muazim. 
Hairan dan terperanjat juga melihat imam besar Islam Hadhari masih duduk 
tersenyum simpul di sisi isterinya di atas pentas.

Seharusnya sebagai imam mazhab Islam Hadhari Abdullah seharusnya bersegera ke 
masjid untuk bersolat asar dan berjamaah, sebaliknya dia terus berada di situ 
dengan tersengeh-sengeh tanpa menghiraukan seruan muazim agar bersegera 
menunaikan solat berjemaah. Mungkin waktu itu Dollah “datang bulan” agaknya.

Dan sebaik sahaja namanya dijemput menyampaikan wahyunya Abdullah terus 
melangkah dengan penuh bersemangat lagak seorang wira untuk melakukan satu lagi 
pembohongan kepada khalayak. (Saya menyatakan pembohongan kerana sejak dua 
minggu lalu setiap kali berucap pasti ada pembohongan diselitkan olehnya untuk 
mempertahankan imej seorang pemimpin maksum)

Alangkah terperanjatnya hati ini bila mendapati isi ucapannya bukan sekadar 
lebih banyak bohong dari benarnya tetapi dia juga turut mempersendakan isteri 
kalangan memanda wazirnya supaya mereka berdiri seorang demi seorang lagak 
seorang ketua pasukan pengakap sekolah di sesi suai kenal.

Tidak pernah sebelum ini seorang perdana menteri bersikap sedemikian kerana 
lazimnya di mana-mana majlis, ucapan Perdana Menteri amat dinanti-nantikan oleh 
rakyat jelata kerana pasti ada berita gembira diumumkan. Malangnya di majlis 
tersebut Dollah sekadar mengulangi kenyataan bohongnya satu persatu, kalau ada 
pun hanyalah kelulusan sejumlah 80 juta diperuntukkan sebagai wang ehsan 
membantu Orang Kurang Upaya OKU yang seharusnya digunakan dari tabung wang 
zakat.

Maka teringatlah saya bagaimana ucapannya semasa melancarkan Koridor 
pembangunan Sabah apabila dia mengumumkan sejumlah 115 bilion ringgit 
diperuntukkan untuk pembangunan negeri bawah bayu dan akhirnya secara simbolis 
Musa Aman menghadiahkan sebatang tongkat berwarna hitam.

Kalau Khir Toyo menghadiahkan penyapu buruk kepada Yang Dipertua Majlis 
Perbandaran Ulu Langat sebagai tanda tidak puas hatinya terhadap prestasi 
jabatan tersebut, apakah tindakan Musa Aman menghadiahkan tongkat kepada 
Abdullah sebagai satu pernyataan betapa tua serta tidak berdaya lagi Abdullah 
hingga terpaksa berjalan bertongkat? Fikir-fikirkanlah.

Bercakap tentang pengumuman Abdullah berhubung pembangunan Koridor yang 
dijelmakan olehnya setelah empat tahun menjadi Perdana Menteri ada baiknya kita 
menghitung betapa besarnya wang rakyat akan “disamun” olehnya bersama kalangan 
orang keliling serta puak-puak keroninya.


1. Pembangunan Wilayah Iskandar RM 240 bilion
2. Pembangunan Koridor Utara 160 bilion
3. Pembangunan Koridor Pantai Timur 170 bilion
4. Pembangunan Koridor Sabah 115 bilion
5. Pembangunan PGCC di Pulau Pinang 24 bilion
6. Jambatan Pulau Pinang ke dua 3 bilion
Jumlah keseluruhannya RM 712 bilion

Tahukah anda jumlah 712 bilion itu banyak mana agaknya? Untuk sifir mudah ia 
ditulis sebegini: RM 712,000,000,000.00 dan jika dilihat terdapat sebelas angka 
kosong di belakang angka 712. Sekiranya dikumpulkan wang kertas bernilai satu 
ratus ringgit ia mampu dijadikan jambatan kertas antara setiap kontinen di alam 
maya. Begitulah hebatnya jumlah angka mat jenin yang dijelmakan oleh Abdullah 
Ahmad Badawi melaksanakan serakah kerakusannya membelanja wang rakyat.
Seperti yang pernah saya tulis satu ketika dahulu, untuk tempoh 22 tahun 
sebagai peneraju kepimpinan negara mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir 
Mohamed berbelanja sejumlah tiga ratus lima puluh bilion untuk kos pembangunan, 
sebaliknya Abdullah Ahmad Badawi pula baru empat tahun sudahpun berbelanja 
lebih 700 bilion… alahai Dollah oh Dollah!!!

Dalam kesempatan ini ada baiknya kita singkap pembaziran yang dilakukan era 
pemerintahan rejim Abdullah Ahmad Badawi di mana wang rakyat dibelasah semahu 
mungkin oleh kalangan kroni dan orang kelilingnya.

1. Pembelian 3 lukisan untuk syarikat MAS 1,550.000.00
2. Lebih bayaran pembelian peralatan KBBS 8,390,000.00
3. Kompelks Brickendonbury di London 70,000,000.00
4. Kos memperbaiki MRR 2 70,000,000.00
5. Kos memperbaiki kerja bangunan Matrade 120,000,000.00
6. Pembelian jet baru Abdullah 200,000,000.00
7. Hutang tertunggak dai InventQjaya 228,000,000.00
8. Bayaran pampasan kerana gagal meneruskan pembenaan jambatan bengkok 
257,000,000.00
9. Kerugian pembelian saham Agusta 510,000,000.00
10. Kos AP anugerah Rafidah @30,000x1,800,000 tidak terhitung
11. Pembelian 3 buah submarine 4,100,000,000.00
12. Skandal PKFZ 4,600,000,000.00
13. Skandal OPV (NDSB) 6,750,000,000.00

Begitulah banyaknya wang rakyat disamun dan dibazirkan oleh kerajaan Abdullah 
Ahmad Badawi tanpa sedikitpun memikirkan persoalan jerih marhain hidup penuh 
penderitaan dalam kesempitan harga barangan di pasaran terus mencanak setiap 
hari.

Kini sekali lagi Abdullah meminta mandat dari rakyat melalui musim pilihan raya 
ke-12 dengan alasan banyak lagi yang belum selesai dilaksanakan olehnya 
berserta para sidang wazir yang disifatkan oleh Hishammuddin sebagai gandingan 
paling cocok.

Masih mampukah rakyat untuk merelakan kehidupan mereka berada dalam situasi 
penuh derita menghadapi hari-hari mendatang dengan meletakkan harapan kepada 
pimpinan Abdullah Ahmad Badawi yang masih terlena dalam menjaring mimpi bulan 
madunya dengan Jeanne janda anak dua yang dikahwini olehnya yang juga merupakan 
bekas isteri adik iparnya sendiri?

Bolehkah rakyat percaya gandingan Abdullah Ahmad Badawi dan Najib sebagai 
gandingan paling cocok? Bagaimana pula dengan Khairy Jamaluddin yang masih 
meneruskan impiannya menjaring mimpi menjadi calon Perdana Menteri di usia 40 
tahun?

Mantan Menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan beliau sendiri tidak 
mengerti sifir apakah yang digunakan oleh Abdullah semasa membelanjakan wang 
rakyat sejumlah hampir satu trilion ringgit.

Pertama sekali menurut Tengku Razaleigh, seandainya benar termampu dibangunkan 
Bandar baru di Wilayah Pembangunan Iskandar. Sabah, Pulau Pinang, Alor Setar, 
Ipoh, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan beberapa buah Bandar lagi, siapakah yang 
bakal menyewa atau membeli bangunan tersebut?

Apabila bangunan yang dibina tidak berpenghuni, bagaimana pula pembayaran balik 
kos pembangunan tersebut? Di mana pula dana harus digunakan untuk menampung kos 
sebegitu banyak?

Sedangkan persoalan pokok kehidupan rakyat semakin sukar kesan kenaikan harga 
barangan yang tidak mampu dikekang secara bijak. Kos kehidupan semakin 
meningkat di mana pendapatan tidak seimbang dengan keperluan harian.Masalah 
pengangguran masih belum diselesaikan ke tahap sifar. Bagaimana mungkin 
kerajaan Abdullah Ahmad Badawi membawa kebahagiaan kepada rakyat jelata?

Sewaktu diajukan pertanyaan berhubung impian kerajaan Abdullah Ahmad Badawi 
membina rumah-rumah untuk masyarakat pengantin remaja, beliau menyatakan ia 
satu usaha yang baik tetapi kenapa harus disyaratkan setiap pasangan mesti 
mempunyai pendapatan sejumlah tiga ribu ringgit sebulan?

“Kalaulah wang sebanyak itu disyaratkan, bagaimana pula rakyat kebanyakan yang 
semakin sukar menambah pendapatan mereka? Seharusnya perancangan berhubung 
persoalan perumahan rakyat dijadikan agenda terpenting disamping menstabilkan 
harga barangan makanan serta keperluan hidup ditambah pula pelbagai perancangan 
untuk menambahkan pendapatan.

“Dalam sifir ekonomi, seharusnya pendapatan mesti paling tidak seimbang dengan 
perbelanjaan, apabila rakyat mampu menjana pendapatan yang lebih barulah 
kebahagiaan akan menjelma” ujar mantan Menteri Kewangan itu lagi


Ulasan :

Saya bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh suadara Kamal Amir. 
Abdullah seorang kaki temberang dan pembohong di dunia. Saya hairan bagaimana 
seorang yang kelihatan wara’ boleh melakukan kerja-kerja yang tidak masuk akal 
itu. Kos pembanguan yang disasarkan oleh Abdullah mencapai jumlah yang sangat 
besar sebanyak RM712 billion.

Ia merupakan satu kos yang amat mahal dan tidak mampu ditanggung oleh 
pendapatan negara yang bergantung kepada hasil minyak dan pengeksportan 
hasil-hasil pertanian. Import makanan sahaja, negara perlu berbelanja sebanayak 
RM12 billion setiap tahun. Manakala hasil daripada sektor perkilangan semakin 
menurun, banyak kilang-kilang ditutup kerana pelabur-pelabur lari ke nagara 
lain kerana kosnya lebih murah seperti Cina yang kos buruhnya lebih murah dan 
pasaran yang lebih besar berbanding Malaysia.

Ekonomi Malaysia hanya berkembang sekitar 4.5 – 5.0% dan IMF mengunjurkan 
pertumbuhan KDNK Malaysia pada kadar 5.0% - 5.8%. Defisit belanjawan semakin 
membesar dari tahun ke tahun, tidak seperti dalam tahun 90an banyak kali kita 
mencapai belanjawan seimbang. Hutang awam [Kerajaan Persekutuan] terus 
meningkat daripada RM146 bilion [44% daripada KDNK] kepada RM165 juta [46%] 
sekarang ini. Akibatnya, sebanyak 14-15% daripada belanjawan tahun negara pergi 
kepada pembayaran hutang dan bunga. Hutang luar negara meningkat setiap tahun 
sejak tahun pasca krisis [1998: RM134 bilion] menjadi RM156 bilion sekarang. 
Abdullah hanya cakap besar menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang 6%, 
hakikatnya kita tidak ada duit untuk berbelanja. Ekonomi lembab.

Di mana Abdullah hendak korek duit sebanyak itu? Hasil negara tidak mencukupi 
untuk membiayai projek-projek pembangunan impiannya itu secara borong atau 
serentak. Bunos kakitangan kerajaan tidak mampu, apalagi projek-projek 
pembanguan tersebut. Beliau hanya cakap kosong untuk menunjukkan yang beliau 
lebih cekap memerintah daripada Mahathir, disamping untuk memperbodohkan rakyat 
ketika diambang PRU ke-12 ini. Mahathir dulu dilakukannya satu demi satu, tidak 
serentak seperti Abdullah. Koridor sana, koridor sini, akhirnya rakyat tidak 
ada bilik, tidur di koridor sahaja.

Impian seorang yang gila. 




Agenda Pemuda - Baca, Cetak & Sebar


(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Kirim email ke