(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)


Detikdaily
Terpulang SPR - bukannya PM - untuk tentukan tempoh kempen
 Posted on Monday, February 11 @ 12:09:16 EST by reformis
 Catatan Lutfi

Tiba-tiba ramai pula yang sebut angka 1313, cantuman no 13 yang dikatakan 
begitu digemari PM Abdullah Ahmad Badawi. 1313 diterjemahkan sebagai petunjuk 
kepada pilihan raya umum ke-12. Iaitu Parlimen dibubar pada 13 Februari dan 
hari mengundi pada 1 haribulan 3 (Mac).

Sebelum ini tarikh popular hari mengundi yang disebut-sebut ialah pada 8 atau 
17 Mac, yakni pada cuti sekolah.

Saya hanya ingin tekankan bahawa Perdana Menteri boleh mencadangkan tarikh 
sesuai untuk pembubaran Parlimen, dan Agong boleh menerima atau menolak. Kita 
harap Agong akan menggunakan kuasanya sebaik mungkin dan tidak perlu terikat 
dengan nasihat PM, yang juga Pengerusi dan Presiden Umno, yang pastinya 
mempunyai banyak kepentingan dengan tarikh yang dicadangkannya.

Selain daripada kuasa Agong untuk menolak cadangan PM, saya kira SPR juga turut 
mempunyai kuasa untuk menentukan tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi. 
SPR diberi kuasa untuk menentukan tempoh kempen, dan ia bukan lagi tertakluk 
kepada kemahuan Perdana Menteri (yang mengetuai parti pemerintah sebelum 
Parlimen dibubar).



Inilah ketikanya SPR menunjukkan kebijaksanaan dan rasa tanggungjawabnya untuk 
mengendalikan satu proses yang begitu penting dalam amalan demokrasi.

Jikalau dalam hal-hal lain SPR terutama pengerusinya selalu mendakwa beliau 
tiada kuasa, maka untuk menentukan selama mana kempen harus berjalan, ia 
terletak kepada kuasa SPR untuk membuat keputusan. Banyak permntaan agar 
sekurang-kurangnya diberikan tempoh kempen selama tiga minggu, ataupun dari 
hari pembubaran Parlimen, Dun kepada hari hari mengundi tidak kurang sebulan.

Terpulang kepada SPR sama ada mahu terus kelihatan menjadi barua Umno atau cuba 
bertindak bagi menampakkan ia mengambil kira kepentingan semua pelanggan 
setianya, iaitu semua parti-parti yang bakal bertanding. 




Roslan SMS Corner
Klip video:





http://www.youtube.com/watch?v=JUHo6SAnG6o

Saksikan terbaru dari WTV8 Ceramah DSAI diganggu polis hanya di WTV8 Saluran 
Alternatif Anda.

(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Kirim email ke