(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)



Roslan SMS Corner
Ke arah menafikan 2/3 majoriti BN di Dewan Rakyat

Semalam TV3 menyiarkan kemungkinan Parlimen akan dibubarkan Rabu ini sempena 
hari mesyuarat Kabinet. Jika demikian berkemungkinan Pilihan Raya Umum ke 12 
diadakan sewal 1 Mac, 2008. Namun siaran TV pro BN itu turt meramalkan dua 
tarikh lain. Apa pun tidakkah kita kini menjadi bahan gelak ketawa dunia luar, 
kita mengaku sebuah negara demokrasi namun tarikh pilihan raya terus 
dimanipulasi untuk kepentingan parti pemerintah.

Semalam Junta tentera Myanmar mengumumkan akan mengadakan pilihanraya pada 
tahun 2010. Sebuah negara yang dikuasai tentera yang tidak akur kepada kehendak 
dunia itu pun boleh mengumumkan tarikh pilihanrayanya tetapi kita yang mendakwa 
serba maju dan terkehadapan, berterusan bermain-main dengan tarikhnya.

Biarlah 13 Febuari atau bila sekalipun tarikh pembubaran Parlimen, yang 
pentingnya rakyat perlu mempergunakan kesempatan ini untuk menaikkan pemimpin 
dan parti yang benar-benar dapat memperjuangkan nasib dan masa depan rakyat dan 
negara. Jangan lagi kita terus dihimpit oleh kos hidup yang menyusahkan, 
jenayah yang membimbangkan dan keruntuhan moral yang diluar kawalan. Negara ini 
perlu maju dan dalam waktu yang sama bersih dan adil untuk semua.

Dalam keghairahan Umno dan BN menonjolkan dirinya sebagai juara dan bakal terus 
meneraju negara, hakikatnya kebimbangan dan kesangsian terus bermain di kepala 
mereka. Apakah pengundi Cina akan terus menyokong mereka? Apakah pengundi India 
yang penting khasnya di Pantai Barat Semenanjung akan terus bersama mereka? 
Apakah pengundi Melayu khasnya di kawasan bandar akan setia pada mereka?

Umno dan BN menang atas sokongan kelompok ini, jika sekadar bersandar pada 
pengundi Melaytu tradisional yang taksub pada partinya semata-mata belum tentu 
Umno dan BN dapat bertahan, lantas jika berlaku swing dari kelompok ini kepada 
pembangkang, Umno akan melalui transformasi politik diluar dugaan mereka!

Dalam NST hari ini perancang strategik DAP, yang juga Ketua Pembangkang dan 
ahli Parlimen Ipoh Barat, Lim Kit Siang mensasarkan kemenangan di 38 kerusi 
Parlimen. DAP diberitakan akan bertanding di 54 kerusi Parlimen dan mampu 
menang di 38 iaitu 7 masing-masing di Pulau Pinang dan Perak, 6 di Sarawak, 5 
di Wilayah Persekutuan, 4 masing-masing di Selangor dan Sabah, 2 masing-masing 
di Negeri Sembilan dan Johor dan 1 di Melaka.

Sementara itu Kit Siang berharap PKR dan PAS akan dapat memenangi antara 40 ke 
50 kerusi.
Jika senario ini berlaku bermakna pembangkang akan menang antara 78 ke 88 
kerusi iaitu cukup untuk menafikan BN dua pertiga majoriti. Memang ianya tampak 
terlalu baik untuk pembangkang, tetapi bagi saya ianya tidak mustahil kiranya 
masalah yang berlaku disekeliling kita serta reaksi rakyat terhadapnya 
berlarutan sehingga ketarikh pembubaran Parlimen.

Penipuan dan salahgunakuasa serta rasuah politik mungkin boleh mencederakan 
harapan kita tetapi ia tidak akan mampu membunuh semangat kita kiranya kita 
bekerja dengna istiqomah, pintar dan tidak putus dari mengharapkan keridhaan 
dan bantuan Allah swt.

Kita bersama boleh melakukannya, kita bersama mampu mengubahnya.




Hishamuddin Jangan Perbodoh Generasi Muda               KeADILan      
       Kuala Lumpur, 11 Feb - Angkatan Muda KeADILan Malaysia (AMK) menyifatkan 
kenyataan Ketua Pemuda Umno/BN, Hishamuddin Tun Hussien yang menyeru generasi 
muda agar memberikan sokongan kepada Umno-BN jelas membuktikan Umno-BN di dalam 
keadaan terdesak untuk meraih sokongan kelompok muda.


 Ketua AMK, Shamsul Iskandar menegaskan dalam kenyataan media yang dibuat 
bahawa Hishamuddin tidak berbuat apa-apa di dalam mempertahankan generasi muda 
apabila berlaku pencabulan hak generasi muda yang begitu rakus  oleh Umno-BN 
demi mengekalkan hegemoni mereka untuk terus berkuasa.


 “Pada tahun 1999, hampir 600,000 pengundi muda dinafikan hak untuk mengundi 
demi menghalang manifestasi suara anak muda yang menggesa kerajaan melakukan 
reformasi total.”


 Shamsul juga menambah, “Tekanan yang dikenakan ke atas golongan mahasiswa 
dengan cengkaman Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) dan juga hambatan 
kadar faedah menggila PTPTN yang menyebabkan mahasiswa terus menjadi lesu dan 
layu.”


 “Disaat mat dan minah rempit ‘dibelai manja’ Pemuda dan Putera Umno, mahasiswa 
terus-terusan ditindas dan dikekang daripada bebas berfikir dan berorganisasi 
yang bertujuan membunuh potensi kelompok intelek muda agar menjadi kumpulan 
pengikut dan bukan kumpulan pemimpin.”


 Kadar penggangguran di kalangan generasi muda masa kini berada di tahap yang 
membimbangkan. Dianggarkan 70% graduan IPTA mengganggur pada masa kini.


 Shamsul menamakan Universiti-universiti yang ditubuhkan UMNO-BN sebagai 
‘Kilang Memproses Graduan Menganggur’.


 Menteri Pendidikan Hishamuddin Hussein telah melancarkan beberapa initiatif 
seperti ‘pendidikan percuma’ dan pengekalan Dasar Pengajaran Sains dan 
Matematik dalam Bahasa Inggeris yang mendapat tentangan hebat daripada kalangan 
masyarakat.


 AMK berpendirian berpendirian bahawa generasi muda sudah semakin jelas 
melihatbukan sahaja masa depan mereka, tetapi juga masa depan negara bakal 
tergadai sekiranya Malaysia terus diperintah oleh Umno-BN yang mempertahankan 
dasar yang menekan dan menindas rakyat, di samping mempertahankan kepimpinan 
rasuah dan korup.


 “AMK tampil sebagai agen perubahan buat generasi muda dengan menjanjikan ruang 
yang kondusif buat segenap lapisan generasi muda untuk memanfaatkan keupayaan 
mereka demi menyumbang ke arah pembangunan negara yang mapan.AMK akan terus 
menyatakan komitmen untuk menjanjikan dan merealisasikan harapan baru buat 
generasi muda Malaysia.” kata Shamsul.


 AMK akan melancarkan Dokumen Harapan Anak Muda Malaysia yang akan menggagaskan 
masa depan dan tindakan generasi muda Malaysia yang lebih segar dan progresif.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Kirim email ke