Pandangan umum (Public Opinion) selalu digunakan untuk memaksudkan sesuatu yang 
menjadi pembicaraan khalayak atau sesuatu yang diinginkan dalam kehidupan 
mereka. Secara alami pandangan umum akan sentiasa muncul dan boleh didapati 
dalam setiap aspek dan aktiviti manusia. Pandangan umum, jika sudah masuk ke 
dalam kancah politik, akan menjadi alat propaganda yang sangat penting untuk 
merealisasi berbagai tujuan yang diinginkan. Inilah yang menjadikan perang 
pandangan sebagai suatu kepastian. Siapa yang mampu menguasai serta 
mengendalikan pandangan, dia telah menang separuh daripada peperangan.

Pada saat ini secara umum ada tiga kepentingan besar yang berebut pengaruh 
pandangan untuk merealisasi berbagai tujuan yang mereka inginkan, iaitu: 
kepentingan Kapitalisme, kepentingan Sosialisme dan kepentingan Islam. 
Misalnya, Kapitalisme sebagai ideologi yang berkuasa saat ini tentu ingin 
mempengaruhi umum dalam rangka mempertahankan stabiliti, mengatasi kegelisahan 
umum, menguji polisi atau untuk menangani isu-isu kontroversi. Dia tidak 
henti-hentinya memanipulasi pandangan umum domestik mahupun antarabangsa agar 
menentang Islam dengan label terorisme. Mereka berusaha meyakinkan umat, bahawa 
politik dan agama tidak boleh disatukan; bahawa politik berkaitan dengan 
realiti kekinian; bahawa tidak ada kemungkinan untuk mengubah situasi yang ada 
sekarang selain mengikuti arus global—yang dicipta oleh negara-negara kapitalis 
Barat. Demikian juga Sosialisme, yang juga akan memainkan pandangan untuk 
merealisasi kepentingannya dan menjatuhkan kepentingan
 lainnya (Islam dan Kapitalisme).

Dengan demikian pandangan umum menjadi senjata yang cukup ampuh dalam 
mempropagandakan ideologi, termasuk ideologi Islam. Kerananya, dalam dakwah, 
menciptakan pandangan umum merupakan aktiviti yang sangat penting untuk melawan 
konspirasi negara-negara kolonialis dan konco-konconya. Pemanfaatan pandangan 
umum sendiri dalam dakwah perlu sentiasa didasarkan pada Islam. Pada dasarnya 
pandangan umum menjadi bahagian tak terpisah dari metod penyebaran Islam yang 
sudah baku menurut sunnah, yakni dalam konteks kenegaraan sebagai politik luar 
negeri (dakwah wal jihad).

Di samping perlu didasarkan pada Islam, pandangan umum juga harus dibangun 
berdasarkan kesedaran umum (wa‘y al-‘âm). Penggabungan atau sinergi pandangan 
umum (ra’y al-‘âm) dengan kesedaran umum (wa‘y al-‘âm) ini akan membentuk 
kekuatan yang sejati. Di tengah-tengah umat perlu diterap pandangan tentang 
Islam yang rahmatan lil ‘alamin, bagaimana syariah Islam memelihara dan 
melindungi hak-hak mereka, bagaimana Islam mengatur ekonomi, politik serta 
mampu memecahkan permasalahan kehidupan manusia; diungkap pula keburukkan 
sistem selain Islam. Di sisi lain umat juga disedarkan tentang kewajiban 
terikat dengan hukum Allah dan kewajiban mengamalkan Islam secara kâffah. 
Secara alami pandangan umum dan kesedaran umum tentang Islam akan terbentuk. 
Inilah sesungguhnya di antara aktiviti dakwah yang sangat penting dijalankan 
oleh seluruh umat Islam apatah lagi pencinta Islam dan perindu Khilafah 
rasyidah.

Wallâhu a‘lam


      
____________________________________________________________________________________
Be a better friend, newshound, and
know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.  
http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ

Kirim email ke