(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)


Mustaine Hadhari <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
 
 Forum Perdana Maal Hijrah
  Tajuk : Hijratul Rasul Menggamit 
 Suatu Perjuangan Yang Berterusan
 
  Bersama :
  Dato Seri Dr Hj Harussani Zakaria
  – Mufti Kerajaan Negeri Perak
  Dato Dr Haron Din
  Dato Hj Ismail Kamus
 
  SABTU 16 Feb 2008
  Jam 9 malam
  Di Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Kg Gedung Lalang
  Lama, Ampangan, Seremban
  Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
  Anjuran : Surau Al Mustofa



      Anwar gempur Negeri Sembilan malam ini                                    
             Wan Nordin Wan Yaacob      
         Fri | Feb 15, 08 | 12:16:03 pm MYT                           KUALA 
LUMPUR, 15 Feb (Hrkh) - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri 
Anwar Ibrahim dilaporkan akan menggempur kubu kuat Umno di Rantau, Negeri 
Sembilan dari jam 4.30 petang hingga lewat malam ini. 
-->
Anwar dijadualkan akan melancarkan jentera pilihan raya KeADILan Negeri 
Sembilan dengan kehadiran Pengerusi Perhubungan KeADIlan Negeri, Dato' Kamarul 
Baharin Abbas serta ahli majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin.

 
Sebelum ini ada sumber mendakwa bahawa Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' 
Seri Mohamad Hassan dikatakan memanggil satu mesyuarat khas bagi membincangkan 
strategi menghalang sambutan kehadiran Anwar di Rantau.

 
Sumber berkata, Mohamad bimbang dengan pengaruh Anwar selepas melihat ramai 
yang menyambut Anwar semasa jelajah bekas TPM itu ke Negeri Sembilan akhir 
tahun 2007.

 
 Sumber juga menyatakan, pihak berkuasa akan mengadakan sekatan di beberapa 
batang jalan masuk ke Rantau dari pelbagai arah.

 
Begitupun KeADILan Negeri Sembilan akan meneruskan program tersebut dengan 
menyery rakyat agar turun beramai-ramai menyambut Anwar malam ini di Rantau.

 
 Program akan bermula jam 4.30 petang di Bilik Gerakan DAP, Taman Ekar, Rantau.

 
Selain Anwar Ibrahim dan Kamarul Baharin Abbas Pengerusi DAP Negeri Sembilan, 
Antony Loke juga akan berucap. Sebarang pertanyaan sila hubungi Norazizi Aziz 
(012-3696474). 

  
(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Kirim email ke