(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)
Pelancaran Tawaran BA Selangor 17 Feb 2008
Intan Abdullah
Fri | Feb 15, 08 | 10:17:16 am MYT KUALA
LUMPUR, 15 Feb (Hrkh) - Barisan Alternatif (BA) Selangor, iaitu gabungan Parti
Islam Se Malaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) akan melancarkan
Tawaran BA Selangor pada 17 Februari bertempat di Temasya Food Court, 25 Jalan
Kartunis U1/47, Pusat Perindustrian Temasya, Glenmarie, Shah Alam pada jam 9.30
pagi sehingga 12 tengah hari.
-->
Majlis pelancaran akan disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato Dr
Hasan Mohd Ali, Pengerusi KeADILan Selangor, Dato Zainal Abidin Ahmad, dan
Setiausaha Agung KeADILan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pada pilihan raya umum ke-12 ini, BA Selangor membawakan tawaran dengan tema
Selangor Bersih, Maju dan Berkebajikan serta cogan kata 'Membela dan berkhidmat
untuk rakyat'.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Khas Tawaran BA Selangor, Saari Sungib,
sekiranya dipilih, BA Selangor mampu mentadbir kekayaan dan sumber negeri bagi
melonjakkan kualiti hidup dan taraf ekonomi seluruh lapisan rakyat negeri ini.
Melalui pentadbiran bersih dan berkebajikan ujarnya, kekayaan negeri akan
dikembalikan kepada rakyat yang berhak menerima manfaat dan faedah daripada
kemajuan negeri.
"Tonggak tawaran BA Selangor merangkumi bidang-bidang urus tadbir berwibawa,
ekonomi, kebajikan, kesihatan dan keselamatan rakyat," katanya dalam satu
kenyataan kepada Harakahdaily.
Tambahnya, pembahagian kerusi Parlimen dan DUN di Selangor sudah pun selesai
dan jentera kerja juga sudah digerakkan ke seluruh akar umbi oleh kedua-dua
parti sebagai persiapan menghadapi Pilihan raya Umum ke-12.
Satu Sidang Media Khas akan diadakan selepas majlis pelancaran, iaitu pada jam
12 tengah hari. - mns
The NGOs are behind our Mission for Change: Thank You, Concerned Malaysians
Posted in Uncategorized on February 15, 2008 by dinobeano
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.