(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)
"Mustaine Hadhari" <[EMAIL PROTECTED]
Manifesto Negara Kebajikan PAS (1)
âKerajaan Beramanah, Adil dan Bersihâ
Negara Berkebajikan
Para Pengundi yang dihormati,
Menuntut Demokrasi Sebenar
Demokrasi bukan hanya pilihanraya. Demokrasi sebenar semesti mendukungi
keluhuran undang-undang, keadilan capaian maklumat dan media serta menjalankan
proses and sistem pilihanraya yang bebas, bersih dan adil.
Sesungguhnya demokrasi sebenar mengizinkan rakyat dan pengundi untuk menentukan
kerajaan yang mereka mahu. Pilihanraya yang bebas, adil dan bersih menjamin
kehendak rakyat tertunai. Andainya pilihanraya dipenuhi penipuan, kepincangan
dan ketidakadilan, maka ia menjadikan hasrat rakyat untuk mengecapi demokrasi
sebenar kecundang.
PAS Komited, Meskipun Pilihanraya Tempang dan Curang
PAS adalah parti Islam yang memperjuangkan dasar-dasar Islam serta nilai-nilai
keadilan sejagat. PAS terus akan menyertai pilihanraya meskipun ia curang dan
tempang, bagi memperjuangkan keadilan dan membenteras kezaliman dalam proses
âsemak-imbangâ yang dianjurkan oleh Allah SWT sebagaimana yang termaktub
dalam ayat Surah Al-Baqarah: ayat 251.
âKalaulah Allah tidak menolak dan mengimbangi kezaliman sesetengah manusia
dengan golongan lain, maka rosak dan musnahlah seluruh muka bumi iniâ.
Sejak lebih 50 tahun, PAS telah membuktikan komitmen kami terhadap
mempertahankan kedaulatan negara, kesejahteraan rakyat dan kesucian Islam,
walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran getir, rintangan dan ujian
bersaing di atas padang politik yang tidak sama-rata.
Negara Dalam Krisis
Menjelang pilihanraya ke-12 ini, negara terus dilingkungi krisis. Walaupun
pemimpin Umno/BN bercakap tentang âcemerlang, gemilang dan terbilangâ,
Allah SWT sebaliknya menempelak omongan ini dengan mendedahkan pelbagai
kebejatan dan kebobrokan pemerintahan ini. Pembangunan dan kemajuan yang
dimegah-megahkan, tidak dikecapi rakyat, sebaliknya rakyat diancam kadar
jenayah yang menakutkan dan kos saraan hidup yang membebankan.
(i) Rakyat Terhempit Barang Naik
Rakyat kini dibeban kenaikan kos saraan hidup dan dihempit dengan kenaikan
harga barang yang menyusahkan. Sementara pembangunan dikatakan pesat dan
kemajuan dan pertumbuhan rancak, rakyat menanggung kesangsaraan kenaikan kos
hidup akibat subsidi petrol dan disel ditarik-balik. Inflasi terus melonjak
kerana faktor bahan bakar petrol dan disel melibatkan pelbagai produk dan
perkhidmatan. Yang mendapat kenaikan gaji tidak rasa menambah kerana dimakan
inflasi, yang tidak bergaji lebih terbeban.
(ii) Rakyat diancam Bahaya-Bencana Jenayah
Rakyat dibala dengan bahaya-bencana jenayah khususnya ancaman terhadap golongan
yang lemah seperti wanita dan kanak-kanak perempuan. Tidak ada yang berasa
selamat dalam negara yang pihak keselamatannya kehilangan kepercayaan rakyat
kerana rasuah dan diperkudakan pihak pemimpin politik tertinggi. Arwah adik
Nurin dan kini adik Sharlinie adalah lambang âmercu-tandaâ kegagalan
pemerintahan untuk menjamin keselamatan rakyat.
(iii) Rakyat Dalam Bahaya-Bencana Rasuah
Kekayaan negara musnah dan ketirisan berbilion ringgit terus berlaku akibat
rasuah dan penyalahgunaan kuasa sekaligus mendedah rakyat kepada segala
bala-bencana rasuah; Bangunan seperti Martrade lama terbengkalai, tak kurang
yang bocor dan roboh. Kemalangan meragut nyawa di jalanraya dan lebuhraya yang
tidak selamat dan menjadi lebih parah dengan pemandu hilang kelayakan yang
masih memandu. Kebanjiran warga dan pekerja asing âharamâ menjadikan
kebejatan sosial dan jenayah semakin parah. Kesemuanya adalah akibat rencam
rasuah yang membarah. Hilang âbarakahâ hidup sebaliknya mengundang pelbagai
bala dan bencana Allah ke atas rakyat dan negara!
(iv) Rakyat Dibelenggu Ketakutan Dengan Akta-Akta Zalim
Rakyat dibelenggu dengan rasa takut untuk mendapatkan maklumat. Maklumat adalah
penting bagi memahami urus-tadbir negara yang melibatkan kepentingan rakyat.
Pelbagai undang-undang dan akta zalim seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta
Mesin Cetak dan Penerbitan (PPA) mengekang pengetahuan rakyat. Media perdana
pula menyogokkan maklumat yang hanya mewakili kepentingan pemerintah dan tidak
ada ruang bagi memuatkan pandangan lain. Hak asasi rakyat tidak dibela dan kini
semakin ditakutkan dengan pelbagai ugutan.
(v) Keselamatan Negara Turut Terancam
Juga turut terjejas adalah keselamatan negara seperti yang didedahkan oleh
Laporan Ketua Audit Negara. Apabila helikopter Mi-171 gagal digunakan akibat
tidak mematuhi piawaian, ia sekaligus menggagalkan pihak PDRM menjalankan tugas
serta memerlukan peruntukan lain yang menelan RM272 juta lagi. Lebih mengaibkan
ialah perolehan Kapal Peronda Tentera Laut DiRaja yang sarat dengan pelbagai
kepincangan dan pengurusan yang tempang sehingga menelan tambahan belanja
sebanyak RM1.4 bilion.
Kini kerajaan Umno/BN ditanggapi umum sebagai hanya mementingkan kelompok dan
tembolok sendiri seperti yang jelas didedahkan media perdana sendiri dalam
pelbagai pendedahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang mengaibkan. Janji
dimungkiri sementara amanah diabaikan dan kebajikan rakyat terkorban.
Justeru itu, PAS menawarkan Manifesto yang mengangkat tema âNegara
Berkebajikanâ yang dibina di atas teras serta paksi âKerajaan Adil, Bersih
dan Beramanahâ.
Manifesto Negara Kebajikan PAS (2) Dengan ini PAS menyeru sokongan dan
penggemblengan tenaga seluruh lapisan masyarakat; parti-parti politik,
kakitangan kerajaan, badan-badan bukan-kerajaan (NGO), wanita, golongan pemuda
serta seluruh lapisan rakyat, merentasi pelbagai anutan agama, bangsa dan
budaya, yang turut berasa bertanggungjawab terhadap nasib mereka serta masa
depan negara yang dicintai, supaya bersama membuat perubahan bagi:
Membela kebajikan rakyat dan kepentingan negara melalui pengurusan ekonomi yang
bijak dan pembangunan seimbang, mesra-manusia dan mesra-alam.
Melindungi keselamatan seluruh lapisan rakyat khususnya kaum wanita dan
kanak-kanak, dari ancaman jenayah.
Memulihkan maruah dan integriti negara dengan membenteras rasuah dan
penyalahgunaan kuasa.
Mempertahankan keluhuran dan kedaulatan undang-undang dengan mengembalikan
kewibawaan dan integriti institusi kehakiman.
Mengembalikan amalan demokrasi tulen dan pilihanraya bebas, adil dan bersih.
Menamatkan keangkuhan dan penguasaan kuasa mutlak Umno/BN di parlimen.
Kesemua matlamat ini akan hanya dapat kita capai dengan melakukan perubahan dan
pilihan bijak dalam pilihanraya umum ke-12 ini. Marilah sama-sama kita
memainkan peranan kita sebagai warga negara yang bertanggungjawab dan
mempastikan wujud unsur âsemak-imbangâ yang berkesan dalam amalan
demoikrasi di negara ini.
Anda Mampu Mengubahnya!
Teras Pertama
Menyedari segala kepincangan pemerintahan yang ada kini, khususnya amalan
rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa yang menjejaskan integriti dan
kewibawaan institusi-institusi penting dalam kerajaan, maka Manifesto ini
menawarkan:
Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih:
Menginstitusikan dan memperkasakan amalan âPemisahan Kuasaâ Legislatif,
Kehakiman dan Eksekutif, supaya amalan Demokrasi Berfungsi dan Berkesan serta
tidak dicerobohi dan dipintas oleh pihak Eksekutif.
Menegaskan penghayatan Islam sebagai Ad-Deen bagi ummat Islam di negara ini.
Menjamin perlaksanaan peruntukan-peruntukan Islam sebagaimana termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan.
Menyegerakan kelulusan âRang Undang-Undang Hak Mendapatkan Maklumatâ bagi
memperkasa rakyat yang bermaklumat.
Memperkukuh agensi-agensiâPemantauâ (Watchdog) seperti Badan Pencegah
Rasuah (BPR), Jabatan Audit Negara, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam),
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan lain-lain. dengan sumber dan mandat supaya
tidak terbelenggu kepada mana-mana pihak dan terus bertanggungjawab kepada
Parlimen.
Melindungi kedudukan Pelapor atau âWhistleblowersâ dengan jaminan kerahsian
demi mempertahankan kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.
Meminda dan/atau menghapuskan Akta-Akta Zalim yang menyekat Hak dan Kebebasan
Rakyat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA),
Akta Polis, Akta Percetakan dan Penerbitan (PPA), Akta Universiti dan Kolej
Universiti (AUKU). Menghapuskan Akujanji di kalangan kakitangan kerajaan.
Menjamin sistem Pilihanraya yang Bebas, Adil dan Bersih dengan reformasi sistem
dan proses Pilihanraya secara menyeluruh seperti yang dituntut oleh Gabungan
Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH).
Meningkat amalan dan urus-tadbir kerajaan dengan berpandukan amalan terbaik
(Best Practice) dalam jabatan-jabatan awam, agensi-agensi serta syarikat yang
berkaitan kerajaan supaya menjauhi rasuah dan ketirisan dalam sistem
penghantaran awam khususnya dalam pembekalan awam (public procurement) projek
mega-mewah melalui tender terbuka dengan penubuhan Badan Tender Bebas di bawah
kuasa Parlimen.
Memastikan masjid dimakmurkan oleh masyarakat tempatan dan tempat-tempat ibadat
tidak boleh dimusnahkan tanpa perundingan dan kelulusan masyarakat setempat.
Menubuhkan Suruhanjaya Kehakiman di bawah Parlimen yang bertanggungjawab
melantik Hakim-Hakim berdasarkan merit dan integriti serta menambahbaik
pengurusan bagi meningkatkan kewibawaan institusi Kehakiman dengan
menguatkuasakan etika kehakiman yang terbaik..
(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
---------------------------------
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.