(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)
Haron Din beri panduan pilih pemimpin untuk pilihan raya ke-12
Azamin Amin
Thu | Feb 14, 08 | 9:49:48 am MYT KUALA
LUMPUR, 14 Feb (Hrkh) -"Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah.
Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku.
Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah."
-->
Demikianlah ucapan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq ketika dilantik menjadi
khalifah, selepas wafatnya baginda Rasulllah s.a.w yang dinukilkan semula oleh
Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Haron Din sewaktu diminta untuk memberi panduan
kepada umat Islam memilih pemimpin pada pilihan raya umum akan datang.
"Pemerintah,pemimpin atau individu yang terdiri daripada pembodek-pembodek,
perasuah, guna harta dan tercalar akhlak wajib ditentang dan ditolak sama
sekali berpandukan syarak dan ucapan Abu Bakar as-Siddiq itu," katanya ketika
hubungi Harakah.
Kata Haron Din umat Islam berkewajipan memilih pemimpin mengikut tuntutan
syarak yang berpandukan al-Quran dan Sunnah di samping pemerintah juga wajib
mendapat restu rakyat dan salah satu contoh yang boleh dijadikan panduan ialah
ketika Rasullullah mendirikan kerajaan Islam Madinah termasuk ketika melantik
Abu Bkar menjadi khalifah selepas wafatnya Nabi Muhammad.
"Kini giliran kita memilih pemimpin berpandukan kepada kaedah syarak untuk
mewakili rakyat untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada pilihan
raya akan datang," katanya ketika dihubungi Harakah.
Syarak katanya menentukan rakyat memilih pemimpin sepertimana melantik imam di
dalam solat jemaaah iaitu yang terbaik di kalangan yang sedia ada.
"Maksud terbaik ialah bersih dan kuat imannya, lebih bertaqwa, lebih pandai
hukum Islam dan lebih komited kepada agama Allah," katanya.
Beliau turut memberi contoh bagaimana Bani Israel pada zaman dahulu menghendaki
pemimpin dan meminta Allah memilih, namun pilihan tersebut iaitu Taalut
dibantah mereka kerana calon tersebut tidak berharta.
Lalu Nabi ketika itu menjelaskan bahawa walaupun Taalut tidak berharta tetapi
mempunyai ilmu yang tinggi dan akhlak mulia serta berani, katanya.
"Umat Islam boleh merujuk ayat 247 surah al-Baqarah sebagai panduan dan tips
untuk memilih pemimiin dalam pilihan raya akan datang," katanya.
Dalam pada itu beliau melarang para pengundi memilih individu yang menggunakan
hartanya untuk membeli undi dan tercalar akhlaknya.
"Taatilah pemerintah bukan bermaksud membuta tuli kepada sesiapa atau mana-mana
sahaja pemimpin tetapi yang terbaik di kalangan kamu seperti yang disebut dalam
al-Quran," katanya.
DPP Bukit Katil
BEKAS AJK PEMUDA UMNO BAHAGIAN MASUK PAS Umno Bahagian Bukit Katil menerima
tamparan hebat apabila bekas AJK Pemuda Bahagian yang juga Bekas Ketua Biro
Agama Pemuda Umno Bahagian Batu Berendam, Hj Rafli keluar Umno dan menyertai
PAS.
Beliau menyerahkan borang keahlian PAS bersama isterinya pada satu majlis
ceramah kelompok di rumahnya di Taman Saujana malam tadi. Pada majlis itu
beliau menyerahkan borang tersebut kepada Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka,
Sofi Wahab.
Dalam kenyataannya malam tadi, beliau yang pernah menjadi Timbalan Ketua Peti
Undi BN Kampung Tun Razak pada Pilihanraya Umum 2004, melahirkan kekesalannya
terhadap kegiatannya yang berjuang di dalam Umno sebelum ini.
Hj Rafli juga pernah menjadi Imam Masjid Kampung Tun Razak sebelum meletakkan
jawatan beberapa tahun lalu.
"Saya telah bersekongkol dengan perjuangan maksiat sebelum ini, tetapi
sebenarnya saya tidak mengundi BN sejak 3 pilihanraya umum lalu".
"Mulai saat ini saya akan berjuang bersama PAS untuk memartabatkan Islam"
tegasnya ketika menyampaikan ucapan ringkas pada majlis tersebut.
Sementara itu beberapa orang ahli-ahli Umno di Taman Saujana telah menyatakan
kesediaan untuk menyertai PAS. Salah seorang dari mereka yang enggan disiarkan
namanya berkata beliau akan mengumpulkan seramai mungkin kawan-kawannya untuk
bersama-sama mentertai PAS dalam masa terdekat.
(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
---------------------------------
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.