Risalah kepada Melayu, Cina, India
dan semua bangsa di Malaysia Laman [EMAIL PROTECTED]



Baru-baru ini saya telah bertemu dengan seorang Melayu yang menjadi Ketua
Pegawai Eksekutif (CEO) GLC. GLC adalah syarikat berkaitan kerajaan. Beliau
telah memberitahu saya tentang pelbagai salah laku dalam sektornya.
Apa yang saya hendak sampaikan di sini ialah CEO Melayu tersebut mengatakan
secara jelas kepada saya bahawa beliau tidak akan mengundi BN dalam
pilihanraya umum yang akan datang. Beliau memberitahu saya sekarang kita
tidak boleh lagi mengundi BN. Kita mesti menghantar pembangkang yang kuat di
Parlimen.
Kemudian ada seorang Melayu yang menjadi Pengerusi syarikat lain yang banyak
berurusniaga dengan kerajaan. Beliau mempunyai jawatan dalam Umno di sebuah
bahagian. Beliau berkata bahawa dirinya dan seluruh kaum keluarganya tidak
akan mengundi BN. Kali pertama berlaku dalam sejarah 40 tahun beliau
mengundi. Ianya bagaikan duri yang menyucuk dirinya tetapi beliau telah
membuat ketetapan untuk tidak mengundi Umno.
Saya telah bercakap dengan ramai ahli Umno dan di 4 buah kawasan Dun, BN
akan kehilangan banyak undi dari kalangan mereka ini. Ini bukannya kes
terpencil. Bahkan beribu-ribu orang ahli Umno tidak akan mengundi BN pada
kali ini. Di antara mereka adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, ahli Umno yang
keahliannya bernombor 1. Malah beribu-ribu orang Melayu lagi yang bukan ahli
Umno juga akan turut berbuat demikian.

Tun Dr Mahathir telahpun berkata sebelum ini bahawa kita tidak patut
mengundi BN. Dr Mahathir menggunakan bahasa kiasan ataupun sarcastic.
Pertamanya beliau berkata kita patut mengundi 'calon-calon yang mempunyai
kredibiliti'. Kemudiannya beliau berkata 'kita tidak mampu mengubah Umno
daripada dalam, perubahan perlu datang dari luar, jadi mengundilah dengan
bijak'. Jika kita mencantumkan kedua-dua mesej ini menjadi mesej yang jelas
daripada Dr Mahathir maka mesejnya ialah kita tidak patut mengundi BN.

Kita akan dapat melihat perubahan besar undi orang Melayu pada kali ini.
Begitu juga kita mengharapkan agar kaum Cina, India, Siam dan lain-lain juga
bersedia untuk membuat perubahan. Kaum Cina di Pulau Pinang, Kedah, Perlis,
Perak, Selangor, Kelantan dan di negeri lain sudah berbisik secara senyap
sejak awal lagi bahawa mereka tidak akan mengundi BN pada kali ini.

Akhir-akhir ini kaum India juga telah bangun dari kelalian yang disuntik
sejak sekian lama oleh BN. Demonstrasi Hindraf oleh mereka baru-baru ini
adalah suatu kejutan mereka yang baru sedar bahawa BN lah yang menyebabkan
kaum India menjadi kaum termundur di negara ini.
Adalah sesuatu yang penting bagi kita menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen.
Walaupun dengan 51% kerusi yang dimenangi, BN akan tetap menguasai kerajaan
tetapi BN tidak boleh bermengah lagi seperti sekarang untuk mengadakan dasar
yang menyusahkan rakyat. Inilah apa yang kita semua mahukan. Kita mahukan
check and balance. Pertamanya, jika BN hilang majoriti 2/3, ini akan
mengakibatkan kejutan psikologi yang maha besar kepada BN. Ini akan
membolehkan Abdullah Badawi, PM yang lemah dan sentiasa dibayangi oleh
menantunya ini akan dijatuhkan dalam pemilihan Umno yang akan berlangsung
selepas pilihan raya umum ini. Jika Abdullah berjaya diketepikan, maka
menantunya, kroninya dan perompak khazanah negara akan turut sama
dijatuhkan.
Dengan menafikan majoriti 2/3 BN, ianya akan menyebabkan calon BN
(terutamanya Umno) tidak mempunyai jawatan awam. Jika mereka kalah di kerusi
Parlimen atau kerusi Dun, maka mereka tidak boleh untuk dilantik sebagai
Menteri, Setiausaha Parlimen, Ahli Exco Kerajaan Negeri dan sebagainya. Ini
bermakna saluran untuk mereka merompak wang rakyat akan ditutup. Ini boleh
merubah senario politik kita. Harga petrol dan bahan api yang lain tidak
akan sewenang-wenangnya dapat dinaikkan oleh BN jika rakyat berjaya
menafikan majoriti 2/3 BN.

Perkara ini adalah sesuatu yang maha penting untuk direalisasikan oleh
seluruh rakyat untuk kita menjamin masa depan negara yang lebih baik tanpa
sebarang campur tangan negara asing. Kita tidak hanya perlukan undi protes
sahaja. Sebaliknya kita mesti mengundi untuk perubahan yang drastik. Saya
tidak sabar untuk menantikan kedatangan pilihanraya umum.


Ahli Umno Kecewa
* Kalau Mahathir pun dah naik menyampah dan meluat dengan UMNO, tak kan tak
faham2 jugak lagi........JANGAN PANGKAH DACING....*

Kirim email ke