Assallamu'alaikum wbt.


Hujjah membangunkan Islam melalui dakwah dan tarbiah, bukan melalui politik
pilihanraya adalah kuat.Tidak ada nas secara jelas menunjukkan Islam mesti
dibangunkan melalui politik. Di dalam Al Quran dan Sunnah tidak pernah
disebut secara tepat dan soreh tentang nas nas yang menunjukkan jika Islam
hendak ditegakkan secara syumul mestilah melalui politik. Tidak pernah kita
temui kalimah"Susu", maksud nya "Hendaklah kamu bersiasah atau berpolitik."
Tetapi yang banyak kita temui ialah kalimah kalimah yang bermaksud:



 "Hendaklah kamu sampaikan daripada ku walaupun satu ayat". Ini kalimah yang
membawa maksud dakwah.



"Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan penuh hikmah dan pengajaran yang
baik.Dan berbahaslah dengan mereka dengan sebaik baiknya (An Nahl:125).Di
dalam ayat ini di sebut perkataan hikmah dalam berdakwah.Dan hikmah yang di
maksudkan ialah hikmah dalam berdakwah.



"Sesungguhnya tidak ada kewajiban bagi Rasul Rasul itu melainkan untuk
menyampaikan" (Al Maidah:99)



Jadi jelas kepada kita, perintah "menyeru" dan "menyampaikan" melalui ayat
Al Quran dan Hadis ini ialah perintah dakwah bukan siaisah (politik barat).



Selain daripada itu, kita boleh membuktikan kenyataan ini melalui pengalaman
hidup sehari hari. Melalui mata kepala kita sendiri, jelas dapat di buat
perbandingan antara kesan dan kemajuan gerakan dakwah dengan gerakan poltik
dalam usaha menegakkan Islam secara syumul. Dapat dilihat dengan jelas,
Islam yang di tegakkan melalui dakwah lebih maju dan lebih mendatangkan
kesan daripada pergerakan politik.Hakikat ini tidak dapat dinafikan oleh
sesiapa.Ramai orang yang kembali menghayati dan mengamalkan ajaran Islam
hasil dakwah dan tarbiah.Sembahyang mula di tegakkan, riba ditinggalkan,
pergaulan bebas dihentikan, wanita wanita menutup aurat, pengajian ugama
hidup di merata rata, pakaian Islam mula banyak kelihatan dan lain tanda
kebangkitan Islam, ialah hasil dakwah bukan siasah (politik).Hukum hakam
Allah ini mula ditegakkan kembali setelah adanya perjuangan Islam melalaui
dakwah.Sedangkan telah lama dilaksanakan olih parti parti tertentu…..tidak
nampak tanda tanda kebangkitan Islam saperti yang telah di sebutkan tadi.



Ini disebabkan keimanan, kesedaran, kefahaman yang ditanam di dalam jiwa
melalui dakwah dan tarbiah berjaya menyediakan orang orang patuh, tunduk dan
taat kepada Allah dengan rela.Mereka sanggup menempuh apa sahaja rintangan
dalam melaksanakan perintah dan pentadbiran secara Islam.Dari hati, tanpa
dolak dalik lagi.Malah kepakaran, kemahiran dan apa sahaja bakat semulajadi
yang ada pada individu itu secara otomatik akan di gunakan untuk menegakkan
perintah Allah.Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah ke atas diri para
Sahabat.



Oleh itu, tugas kita yang utama ialah berdakwah dan mendidik
masyarakat.Paraulama dan para da'i mestilah menjadi penasihat kepada
pemerintah, bukan
untuk merebut kerusi pemerintah.Para pendakwah wajib memberi
nasihat.Kewajiban pendakwah atau para ulama ialah menasihati pemerintah dan
menjadi kewajiban pula kepada pemerintah menerimanya.Jika pemerintah enggan
ia dikira berdosa di hadapan Allah sedangkan para da'i telah pun
melaksanakan tugasnya itu iaitu menyampaikan.



Dari itu kewajiban para da'i dan ulama ulama tidak semestinya dia memerintah
untuk menegakkan Islam tetapi yang wajib baginya ialah memberi
nasihat.Yangwajib memerintah secara Islam ialah mereka yang telah
duduk di kerusi
pemerintah.Kalaulah ulama dan para da'i mesti memerintah , megapakah para
para ulama zaman dahulu saperti Imam Ghazali, Imam Shafie, Imam Malik, Imam
Hambali dan lain lain menolak apabila ditawarkan untuk memerintah? Jika
ulama wajib memerintah dalam usaha menegakkan Islam dalam diri, masyarakat
dan Negara, sudah tentu ulama ulama yang kita sebutkan tadi menerimanya,
kerana mereka lebih faham tentang ajaran Islam dan lebih takut kepada
Allah.Ini membuktikan: mengambil alih kuasa untuk menegakkan Islam itu
tidaklah mesti!



Rasullullah SAW sendiri pernah ditawarkan kuasa untuk memrintah di peringkat
awal perjuangannya (iaitu peringkat Makkah). Tetapi belaiu menolaknya.
Mengapa Rasullullah tidak memikirkan untuk bermain strateji dengan mengambil
kuasa itu dan secara langsung atau tidak langsung menggunaknya untuk
menegakkan Islam?



Tindakkan Rasulullah SAW dan para ulama salafussoleh ini mesti dicontohi,
kerana perjuangan mereka telah terbukti berjaya, dalam erti kata mendapat
keredhaan Allah.Sedangkan sejarah perjuangan umat mutakhir terutamanya yang
bergerak atas dasar politik pilihanraya sudah banyak yang gagal.



Malah semakin berjuang semakin terhina. Ini melanda parti parti politik yang
bercita cita Islam di seluruh dunia.





*Salam & Regards**
Wahab @ Amri
Ampang, Selangor DE.
*URL:http://wahabamri.blogspot.com <http://wahabamri.blogspot.com/>






-- 
Salam & Regards
Wahab @ Amri
Ampang, Selangor
Malaysia
Visit http://wahabamri.blogspot.com

Kirim email ke