(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)
BuletinOnline
Lima petugas pemuda PAS diancam tembak Oleh Bekas Speaker DUN Terengganu
(Foto: Selepas membuat laporan di Balai Polis KT)
Kuala Terengganu, 14 Feb Ketika sedang bertugas memasang bendera di Kampung
Nibong Atas, dekat sini, lima orang pemuda PAS telah diancam tembak dengan
senapang patah oleh bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato Che
Mad Jusoh.
Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 2.30 pagi, dihadapan rumah Dato
Che Mad, yang bernombor Lot 1396, Kg Nobong Atas, Jalan Panji Alam, Kuala
Terengganu. Lima pemuda yang terlibat adalah Muhammad Zulkifli bin Zakaria, 21,
Mohd Faiz Ashraff Bin Ramly, 21, Abdul Rizuan Bin Abd Rahman, 18, Mohd Shukry
Bin Md Jusoh, 21 dan Mohamad Zamani Bin Omar, 25, kesemuanya dari PAS Cawangan
Kampung Nibong.
Mereka memulakan tugas menaikkan bendera di kawasan kampung sekitar jam 1.00
pagi. Apabila sampai di hadapan rumah Dato Che Mad, mereka cuba memanjat tiang
telefon untuk mengikat bendera ditiang tersebut. Sebelum sempat bendera
ditegakkan, tiba-tiba Dato Che Mad keluar dari rumah dan memarahi mereka.
Dato Che Mad mengugut dengan berkata jangan melampau, kang boleh susah
kang!, dengan maksud untuk menghalang para pemuda PAS menaikkan bendera diatas
tiang telefon yang berada ditepi jalan utama diluar pagar rumahnya.
Kami tidak jadi meneruskan niat, mengumpulkan semua bendera dan peralatan,
berkira-kira untuk beredar dari situ segera jelas Mohd Faiz.
Walaubagaimanapun belum sempat para pemuda tersebut beredar, selepas
masuk kedalam rumahnya beberapa ketika, Dato Che Mad muncul dengan selaras
senapang patah.
Dia mengacukan senapang kepada kami sambil memasukkan peluru tambah Mohd
Faiz dan rakan-rakanya kepada BuletinOnline didalam sessi temubual di Pejabat
Perhubungan PAS, pada petang ini.
Dato Che Mad mengacu senapang patah kearah pemuda tersebut sambil
membuat ancaman dengan berkata mu letak lah! Aku tembak kang! , dengan maksud
sekiranya para pemuda tersebut meletakkan bendera di hadapan rumahnya, dia akan
menembak mereka.
Kami terkejut, dan saya terus lari kata Muhammad Zulkifli.
Sehubungan dengan itu, mereka telah membuat satu laporan polis di Balai
Polis Daerah Kuala Terengganu pada jam 6.00 petang tadi.
Saudara Wan Faizul, Setiusaha Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu ketika
dihubungi Buletin Online merasa kesal atas apa yang berlaku. Selain itu, dia
juga merasa amat pelik dengan tingkah laku pemimpin UMNO itu yang mengambil
jalan perbalahan dan peperangan dalam masa semua pihak menghargai dan
menghormati demokrasi.
Pilihanraya adalah demokrasi, semua parti berhak menegakkan syiar
masing-masing. Perbuatan menggunakan senjata api, mengugut dan mengancam para
petugas demokrasi adalah umpama pengganas jelas Wan Faizul.
MBKT mengamuk, cabut bendera PAS
Abdul Aziz Mustafa
Thu | Feb 14, 08 | 10:38:43 pm MYT KUALA
LUMPUR, 14 Feb (Hrkh) - Seperti biasa, setiap kali pilihan raya diskriminasi
agensi-agensi kerajaan terhadap parti-parti pembangkang bermaharajalela.
-->
Menurut blogger Amdang 81 (amdang81.blogspot.com), Majlis Bandaraya Kuala
Terengganu (MBKT) "mengamuk dengan mencabut bendera PAS di Bulatan Batu
Bersurat".
Bila ditanya mengapa bertindak demikian, MBKT memberi alasan bahawa PAS tidak
bertanding di DUN Bandar, jadi tidak boleh dipasang bendera parti yang tidak
bertanding.
"Alasan budak tadika dari Datuk Bawasir. Parlimen Kuala Terengganu akan
diwakili oleh Mat Sabu dari PAS. DUN Bandar terletak dalam Parlimen Kuala
Terengganu. Senyap dia," kata Amdang 81.
Menurut beliau, bila disoal mengapa bendera Umno boleh dipasang sedangkan Umno
tidak bertanding satu kerusi pun di Malaysia ini, maka diberi alasan Umno parti
berdaftar dan kompenan Barisan Nasional.
Beliau juga menceritakan tentang pesanan SMS yang diterimanya seawal jan 5.30
pagi.
SMS itu mendakwa, " "Datuk Che Mat Jusoh acu senapang kepada petugas PAS yang
pasang bendera dekat jalan depan rumah dia tadi!"
Selepas itu, kata Amdang 81, beliau mendapat satu lagi mesej SMS yang mendakwa
"Datuk Che Mat Jusoh mengamuk dan acu senapang kepada petugas PAS yang pasang
bendera depan rumah dia. Tension la tu sebab tak leh jadi calon Batu Buruk".
(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.