(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)



"Mustaine Hadhari" <[EMAIL PROTECTED]>
 Manifesto Negara Kebajikan PAS (3)    Teras Kedua


Menginsafi kedudukan Malaysia sebagai negara yang kaya dengan hasil mahsul 
seperti minyak, kayu-kayan serta hasil galian, sementara sektor pembuatan dan 
perkhidmatan mampu diperkembangkan, negara kini kehilangan daya-saing bahkan 
semakin buruk dikacamata masyarakat bisnes antarabangsa. Ini mesti dibaikpulih 
segera dengan usaha membanteras segala kepincangan, rasuah dan kronisme yang 
telah menggagalkan pencapaian DEB dan matlamat dasar-dasar pembangunan yang 
lain. Maka Manifesto PAS ini menawarkan:

Pengurusan Berhemat (Pruden) Kekayaan Negara dengan polisi berikut:

Meletakkan PETRONAS di bawah seliaan Parlimen (dan bukan lagi di bawah Perdana 
Menteri) seperti trend terkini dibeberapa buah negara atas perkiraan ketelusan 
dan pertanggungjawaban.
Mempastikan harga petrol dan disel kekal ’menasabah’ dengan pendekatan 
’subsidi’ bagi menangani ’inflasi’ harga barang keperluan dan kos perkhidmatan.

Menyusun kembali prioriti pembangunan supaya ’pertumbuhan’ bukan sahaja akibat 
dari kegiatan pembinaan dan infrastruktur mega-mewah, tetapi mestilah menepati 
dan selaras dengan strategi dan prioriti pembangunan mapan sementara menjana 
pekerjaan dan mengawal inflasi.

Menumpukan kekayaan hasil minyak akan diutamakan untuk pembangunan potensi 
insan serta penyelidikan dan pembangunan R&D termasuk sumber tenaga alternatif 
untuk menggantikan sumber petrol dan gas.

Merapatkan jurang agihan kekayaan antara kaya-miskin dalam kaum dan antara kaum 
dengan menekankan aspek pendidikan dan peningkatan sumber pendapatan bagi 
meningkatkan jumlah pendapatan dan keupayaan keluar dari garis kemiskinan serta 
meningkat mobiliti sosial mereka.

Menekankan program pembasmian kemiskinan mengikut ’Keperluan’ di kalangan 
golongan miskin dan berpendapatan rendah tanpa mengira ras atau kaum.

Melebarkan golongan kelas menengah dalam semua kaum bagi memperkukuhkan ekonomi 
dengan meningkatkan kuasa membeli serta perbelanjaan (juga pelaburan) domestik 
dan kestabilan perimbangan antara kaum.



Teras Ketiga


Menyedari hakikat bahawa negara telah terjerumus dalam bahaya-bencana jenayah 
dengan pelbagai kejadian jenayah kekerasan seperti culik, bunuh, rogol, rompak 
dan menyamun secara bersenjata atau tanpa senjata, maka Manifesto PAS 
menawarkan:

Jaminan Keselamatan Nyawa, Kehormatan dan Harta Benda dengan Membenteras 
Jenayah dengan polisi dan komitmen berikut:

Menubuhkan segera dan memperkasakan Suruhanjaya Bebas Salah-Laku Polis dan 
Komplain –IPCMC serta menolak Rang Undang-undang Suruhanjaya Aduan Khas (SCC) 
yang membelakangi 125 cadangan-cadangan Suruhanjaya di Raja Pembaikan Polis.

Menjadikan PDRM sebuah Pasukan Keselamatan yang profesional, mesra-rakyat, 
bebas dari pengaruh pihak Eksekutif dan tekanan orang politik serta membantu 
pihak Kehakiman bagi melaksanakan penyiasatan dengan profesional dan berkesan 
sehingga mampu membenteras jenayah dan menjamin keselamatan rakyat.

Mengangkat amalan Integriti dan Amalan Terbaik (Best Practise) dalam semua 
urus-tadbir kementerian, agensi kerajaan khususnya pihak keselamatan seperti 
PDRM dengan mempastikan, antara lainya, pengambilan pegawai dan promosi ke 
kedudukan yang tinggi mesti memilikki keupayaan dan integriti yang mantap.

Memerangi amalan Rasuah, Kronisme dan penyalahgunaan kuasa dengan pendekatan 
secara Menyeluruh (integrated) dengan ajaran Agama, bimbingan Moral bagi 
menangani punca rasuah: kerakusan dan ketamakan yang digalakkan dengan 
urus-tadbir yang pincang serta tidak telus. Pendekatan Undang-undang sebagai 
hukuman yang benar-benar menakutkan dan meninggalkan kesan ’gerun’ atau 
’deteren’ serta takut kepada ancaman Allah dan hukuman pihak penguasa wajar 
diperkasakan.

 Manifesto Negara Kebajikan PAS (4)    Teras Keempat

Merakamkan pelbagai keceleruan di bidang pendidikan akibat mengalami polisi 
yang kerap berubah (flip-flop) serta pengangguran graduan yang tinggi dan 
kejatuhan taraf ranking universiti awam akibat tekanan politik dan campurtangan 
Eksekutif yang mengekang pertumbuhan institusi-institusi ini, maka Manifesto 
PAS menawarkan:

Pendidikan Menyeluruh Pemacu Perubahan yang antara lainya menekankan:

Penegasan tonggak akhlak dan moral para pelajar sebagai teras pembinaan sahsiah 
pelajar.

Melindungi ‘Pendemokrasian Pendidikan’ dengan kewujudan pilihan sekolah-sekolah 
termasuk pendidikan Islam (SAR), serta bahasa ibunda (Cina dan Tamil). 
Mengembalikan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ibunda masing-masing. 
Memberi sejumlah peruntukan kepada SAR dan sekolah swasta jenis Cina 
berdasarkan jumlah pelajar.

Peluang kepada pelajar-pelajar dari sekolah agama rakyat untuk memasuki 
sekolah-sekolah berasrama penuh.

Memberi peruntukan khas bagi PIBG kepada sekolah-sekolah luar bandar bagi 
membantu kegiatan meningkatan pencapaian akademik.

Memberikan autonomi kepada sekolah untuk mengawal dan mengurus disiplin para 
pelajar.

Meningkatkan bantuan perbelanjaan per kapita mengikut penilaian Indeks Harga 
Penggguna (CPI) kepada sektor pendidikan termasuk kos-kos buku kerja.

Menghapuskan semua yuran sampingan persekolahan seperti yuran PIBG dan 
kokurikulum.

Penekanan kepada sistem pendidikan berteraskan ‘Berfikir’ – ‘thinking-based 
education’ dan bukan ‘berteras-peperiksaan’ (exam-based education).

Memperkasakan pendemokrasian pendidikan dengan penetapan subjek ‘core’ atau 
’teras’ seperti sejarah, budaya, agama dan moral, bagi menjayakan misi 
perpaduan nasional melalui pendidikan.

Menekankan tumpuan selain akademik bagi lepasan sekolah bagi meningkatkan aspek 
latihan berteraskan ketrampilan atau ’skilled-based apprenticeship’ bagi 
melebarkan peluang pekerjaan dan guna tenaga secara penuh dan menyeluruh.

Memperkasa IPT dan Memacu Penjelmaan Institusi Pendidikan Berprestasi Tinggi

Menjana iklim akademik di ‘menara gading’ bagi menghasilkan ciri-ciri graduan: 
‘berdaya saing dan berdikari-competitively enterprising’, ‘bermoral-bersahsiah 
mulia’- ‘morally- spiritually vibrant’ dan berintelek tinggi-‘intellectually 
superior’.

Menghapus kira semua pinjaman tertunggak PTPTN

Mengembalikan pendidikan tinggi (ijazah pertama) secara percuma.

Mengembalikan semula pemberian biasiswa sebagaimana yang dijamin di bawah 
Perlembagaan Persekutuan berdasarkan kelayakan.

Menambah tempat belajar di IPTA.

Memansuhkan beberapa peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 
yang mengongkong hak dan kebebasan mahasiswa dan tenaga akademik.

Menjana Institusi Pendidikan Berprestasi Tinggi dengan penambahan peruntukan 
R&D yang setara dengan dunia maju (yakni 2-3% dari Belanjawan).



Teras Kelima

Memandangkan kos rawatan di hospital swasta mahupun awam terus meningkat dan 
keupayaan rakyat untuk menampung kos menjaga kesihatan ini semakin berkurang, 
maka Manifesto PAS ini menawarkan:

Jaminan Perkhidmatan Kesihatan Rakyat dengan polisi-polisi berikut:

• Mewujudkan Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional (SPKN) setiap rakyat yang tidak 
mempunyai Skim Perlindungan Kesihatan daripada majikan masing-masing agar dapat 
menikmati perkhidmatan kesihatan yang berkualiti di semua hospital kerajaan 
atau pun swasta. 

• Membatalkan Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan dan Hospital yang membebankan 
rakyat dan menguntungkan pihak swasta dan korporat tertentu yang punya kaitan 
dengan elit politik tertinggi.

• Penjagaan kesihatan percuma sepenuhnya untuk kanak-kanak dan ibu-ibu 
mengandung.
  
(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Kirim email ke