(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)



Amin Iskandar @ Black
Pesanan Khas Buat Pengundi –pengundi Malaysia             Artikel ini ditulis 
oleh Malcom
 Mahukah anda terus hidup dengan menghadapi kebarangkalian harga minyak akan 
naik sekali lagi?


 Mahukah anda terus hidup dengan harga barang keperluan menghadapi 
kebarangkalian akan meningkat naik lagi?


 Mahukah anda terus hidup dengan menghadapi yuran pengajian tak kira di 
peringkat sekolah mahupun pengajian tinggi yang bakal naik sekali lagi?


 Mahukah anda semua terus hidup dengan menghadapi kebarangkalian harga tol akan 
naik sekali lagi?


 Mahukah anda semua terus hidup dengan menghadapi kebarangkalian tariff 
elektrik dan air akan naik sekali lagi?


 Mahukah anda semua terus hidup dengan menghadapi pihak polis yang sibuk 
membuat roadblok untuk parti pembangkang sahaja tapi untuk anak – anak yang 
bakal hilang langsung tiada tindakan proaktif dibuat sebagaimana tindakan pihak 
polis membanteras perhimpuan haram?


 Mahukah anda anak – anak anda terlibat dengan pertubuhan gangster yang 
menggunakan nama Islam yang dinaungi sendiri oleh bekas Perdana Menteri Pak Lah 
(kerana parlimen sudah dibubarkan maka Pak Lah sudah tidak menjawat jawatan PM)?


 Mahukah anda melihat dan menghadapi perkara tersebut? 



 UBAHLAH SEBELUM PARAH..UBAH DEMI MARUAH!!!!
 
   

Semak daftar pengundi               Anda semak daftar pengundi anda di blog 
ini.  Sila kilik di logo dibawah.
   
 
      Presiden PAS gesa masyarakat Melayu terajui perubahan                     
                            Johari Jaafar      
         Fri | Feb 15, 08 | 11:40:01 am MYT                         KAMPUNG 
GAJAH, 15 Feb (Hrkh) - Orang Melayu di negara ini diingatkan   tentang perlunya 
mereka memimpin perubahan yang boleh dicetuskan dalam   pilihan raya umum ke-12 
ini kerana masyarakat Melayu adalah golongan yang   dominan dan boleh 
menentukan corak politik dan pemerintahan negara ini.  
-->
 "Kita lihat kaum Cina telah melakukan perubahan, begitu juga kaum India   
dilihat telah mula mahukan perubahan, apakah kaum Melayu tidak mahukan   
perubahan bagi menentukan corak politik negara ini?"

 
 Demikian ditegeskan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi   
Awang, ketika menyampaikan amanahnya di Perhimpunan Perdana Jelajah   Presiden 
Ke Negeri Perak yang diadakan di Padang Majlis Daerah Kampung   Gajah Sabtu 
lalu.

 
 Masyarakat bukan Islam telah merasakan keperitan kehidupan mereka di bawah   
pemerintahan BN dengan kenaikan harga bahan bakar, diikuti kenaikan harga   
barang-barang keperluan menyebabkan mereka mula hilang kepercayaan terhadap   
BN.

 
 "Bukan Melayu sudah merasa tersepit dengan kehidupan ini, mereka mahukan   
sebuah kerajaan yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai agenda   
pemerintahan, kerajaan yang adil, bersih dan berkebajikan, kerana itu   mereka 
kini mula menunjukkan sikap bersama dengan kita, apakah orang Melayu   hanya 
mahu menjadi pemerhati sahaja," soal beliau.

 
 Sekarang ini bukan masanya masyarakat Melayu berasa selamat dan selesa di   
bawah pemerintahan BN' kerana kerajaan yang ada sekarang ternyata banyak   
melakukan kezaliman, ketidakadilan dan memperbodohkan rakyat.

 
 Beliau turut mengingatkan rakyat bahawa memilih pemimpin dalam pilihan raya   
adalah adalah satu amanah kerana itu mereka wajar memilih calon dan parti   
yang benar-benar bersih, adil dan beramanah kerana sebuah kerajaan yang   
mempunyai sifat seperti itu sahajalah yang mampu membela nasib rakyat.

 
 "Manifesto PAS dan KeADILan ialah beramanah, adil, bersih dan berkebajikan,   
ini bukan janji kosong atau tidak berpijak di bumi nyata, jika kita berjaya   
membentuk kerajaan, kita tunaikan janji kita, harga petrol akan kita turun,   
pelajaran percuma untuk semua, dan program kebajikan untukl rakyat akan   kita 
jalankan," katanya.

 
 Menurut beliau `negara kebnajikan' bukan satu yang baru dalam Islam mahupun   
di dunia moden kini, England adalah sebuah negara mengamalkan konsep negara   
berkebajikan.

 
 "Negara kebajikan yang kita hendak jalankan lebih baik dari England, dan   
lebih baik dari negara komunis, kita mampu menjalankannya, negara tidak   akan 
bangkrap seperti yang didakwa oleh pemimpin BN," tegas beliau.

 
 Sehubungan itu beliau mengajak rakyat untuk melakukan perubahan pada   pilihan 
raya umum kali ini bagi menyelamatkan rakyat dan negara ini   daripada terus 
menderita di bawah pemerintah BN. - mns   


  
(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Kirim email ke