Assalamu'alaikum,
Bismillah,Jangan kita terkeliru dengan maksud bid'ah. Telah diakui oleh para 
ulama' bahawa ada bid'ah hasanah dan bid'ah dholaalah. Bid'ah dholaalah ialah 
perkara2 yang dilakukan selepas Rasulullah s.a.w. yang bertentangan dengan 
syara'.

Ingatlah, Nabi s.a.w diutuskan sebagai Nabi/Rasul selama 23 tahun, dan 
ajarannya akan digunapakai selama beribu2 tahun selepasnya. Oleh itu, Baginda 
tidak akan mengajar satu persatu secara terperinci setiap amalan yang kita 
perlu lakukan.

Jika seorang kanak2 yg berumur 10 tahun, ibunya mengajarkan dia menyebut 
Alhamdulilahi Rabbil 'Alamin selama 1000x pada setiap malam Rabu, adakan itu 
dikira bid'ah semata2 kerana Baginda tidak mengajarkannya? Sedangkan Allah 
menyuruh kita mengingati-Nya dah memuji-Nya siang dan malam.

Sekiranya terdapat Nas di dalam Al-Quran & As-Sunnah seperti 'peringatilah 
Allah', 'berselawatlah ke atas Nabi s.a.w.' dll. maka 1) lakukanlah sebagaimana 
yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. sekiranya ilmu mengenainya sampai kepada 
kita, dan 2) lakukanlah mana2 cara yang disenangi, asalkan tidak melanggar 
syara', di samping tetap berusaha untuk mempelajari cara yang diajar Rasulullah 
s.a.w.

Kerana bagi sesetengah perintah Allah itu, kita diarah untuk mengambilnya dari 
Rasulullah s.a.w seperti Solat dan Hajj, tetapi bagi sesetengah perintah yang 
lain seperti berdoa, berselawat, bertahlil, Nabi s.a.w hanya menunjukkan contoh 
caranya.

Allahu a'lam.


To: [EMAIL PROTECTED]: Date: Mon, 11 Feb 2008 22:04:51 -0800Subject: Help 
Palestine [hidayahnet] ARTIKEL : Asal Hukum Bagi Ibadat




Asal Hukum Bagi IbadatUstaz Abdul Rasyid Idris Tulisan ini adalah himpunan 
perkataan para ulamaberhubung konsep ibadat di dalam Islam. Ia merupakanjawapan 
terhadap kekeliruan segelintir manusia yangtidak dapat membezakan antara kaedah 
syarak dalammu’amalat dengan kaedah syarak dalam ibadat. Kesan daripada 
kekeliruan ini sungguh besar kerana iaantara faktor penyebab berlakunya rekaan 
dan tokoktambah di dalam amalan agama. Ia menyebabkan seringkedengaran 
ungkapan-ungkapan seperti : « apa salahnya ? », « tak ada dalil pun yang 
melarang! », « tak apa kalau kita buat ibadat banyak-banyak,nanti di akhirat 
Allah pilihlah ! Mana yang betulAllah terima dan mana yang salah Allah tolak» 
dansebagainya. Jika yang melaungkan atau memperjuangkan perkara initerdiri 
daripada golongan juhhal (jahil agama),mungkin mudah untuk di atasi. Tetapi 
malangnya,golongan yang mencanangkan perkara ini terdiri dariindividu-individu 
yang bertitlekan lulusan agama ataumenjawat jawatan yang dipandang tinggi oleh 
masyarakatdi sudut agama. Hasilnya, masyarakat yang jahil iniakan menyandarkan 
bulat-bulat amalan dan kepercayaanmereka kepada apa yang dinyatakan oleh ulama 
mereka.Mereka menyangka dengan menyandarkan amalan kepadapara ulama sudah 
menjamin kesahihannya tanpa perlulagi mengetahui dalil dan sandarannya. 
Merekaseakan-akan menyangka bahawa para ulama bolehsewenang-wenangnya 
menyatakan apa sahaja tentangagama. Mereka ini tidak mengetahui betapa para 
ulamamuktabar membenci tokok tambah agama. Justeru melalui kaedah yang 
disebutkan ini jelasmenegaskan pendirian para ulama berhubung 
tindakansegelintir manusia yang sesuka hati menokok tambahdalam ibadat. 
Ternyata mereka tegas menolak rekaan daninovasi dalam perkara yang telah 
ditetapkan olehsyariat. Perkataan Ulama Berikut adalah nukilan perkataan para 
ulama tentangkaedah melaksanakan ibadah di dalam Islam. 1- Perkataan al-Imam 
as-Subki seperti yang dinukilkanoleh Ibn Hajar al-‘Asqalani as-Syafi’ie: “Asal 
hukum di dalam ibadat adalah tawaqquf (berhentihingga ada dalil)”. (Fath 
al-Bari: 4/174) 2- Kata pengarang Nihayah al-Muhtaj dalam mazhabAs-Syafi’ie: 
“Asal hukum di dalam ibadat adalah jika ia tidakdituntut, ia tidak berlaku”. 
(Nihayah al-Muhtaj ilaSyarh al-Minhaj:3/109) 3- Kata al-Bujairami as-Syafi‘ie 
menukilkan perkataanas-Syaubari: “Asal hukum di dalam ibadat adalah jika 
tidakdituntut, adalah terbatal”. (Hasyiah al-Bujairami ‘alaal-Khatib: 3/497) 4- 
Kata Muhammad Bin Yusuf Bin Isa Atfisy al-Ibadi: “ Bahawasanya asal hukum di 
dalam ibadat adalah tidakmembawa kepada wajib melainkan dengan adanya dalil”. 
(Syarh al-Nayl wa Syifa’ al-‘Alil: 7/211) 5- Kata as-Syeikh Muhammad Bin 
Muhammad: “Asal hukum dalam perkara bermanafaat ialah mubah(harus) manakala 
dalam perkara mudarat ialah haram.Maka berkata ramai ulama antaranya al-Imam 
al-Isnawi:dan ini hanya berlaku selepas disyariatkan dengandalil-dalil syar‘ie, 
sedangkan sebelum warid (adadalil), maka pilihan para ulama ialah waqf 
(berhentipada dalil)”. (Al-Taqrir wa al-Tahbir: 3/198) 6- Kata pengarang kitab 
Syarah al-Bahjah al-Wardiyyahdalam Fiqh Syafi‘ie: “Asal hukum di dalam ibadat 
adalah tawqif(bersandarkan kepada dalil)”. (Syarh al-Bahjahal-Wardiyyah: 4/150) 
7- Kata as-Syeikh Abd. Rahman as-Sa‘di: “Asal hukum dalam ibadat adalah 
dilarang; maka tidakdisyariatkan daripadanya melainkan apa yangdisyariatkan 
oleh Allah dan rasul-Nya, manakala asalhukum di dalam muamalat dan kepenggunaan 
seluruhnyaadalah harus; maka tidak diharamkan melainkan apa yangdiharamkan oleh 
Allah dan rasul-Nya”. (Taisir al-Latifal-Mannan fi Khulasah Tafsir al-Ahkam : 
1/299) 8- Kata as-Syeikh Abd. Rahman Bin Muhammad al-Hanbali:“Asal hukum di 
dalam ibadat adalah apa yangdisyariatkan. Dan setiap bid‘ah adalah 
kesesatan,inilah makna penyaksian bahwasanya Muhammad adalahrasul Allah”. 
(Hasyiah al-Usul al-Thalathah: 1/91) 9- Kata as-Syeikh Said Bin Ali al-Qahtani: 
“Asal hukum di dalam semua perkara adalah harus;kerana Allah telah mencipta 
bagi hamba-Nya semua bendadi atas muka bumi untuk mereka 
manfaatkannya,melainkan apa yang diharamkan oleh-Nya S.W.T. Asalhukum di dalam 
ibadat adalah dilarang dan bersandarkandalil melainkan apa yang thabit di dalam 
syarak iadisyariatkan oleh Allah ‘azza wa jalla atau darirasulullah S.A.W” 
(Fiqh al-Da‘wah fi Sahih al-Imamal-Bukhari: 4/195) 10- Perkataan Ibn Qayyim 
al-Jawziyyah: “Asal hukum di dalam ibadat adalah batal melainkanapa yang 
disyariatkan oleh Allah dan rasul-Nya”. (Ahkam Ahli al-Dhimmah: 1/121) 11- 
Perkataan Syeikh al-Islam Ibn Taymiyyah: “Maka dengan membanci usul syariah, 
kita mengetahuibahawa ibadat-ibadat yang diwajibkan oleh Allah atauyang disukai 
oleh Allah tidak thabit (kewujudannya)melainkan dengan dalil syarak. Adapun 
adat, adalahkebiasaan manusia tentang dunia mereka daripada apayang diperlukan 
oleh mereka, dan asal hukum di dalamhal ini adalah tidak dilarang, oleh itu 
tidak dilarangmelainkan apa yang dilarang oleh Allah S.W.T. Demikianitu kerana 
perintah dan larangan adalah syariat Allahdan ibadat tidak boleh tidak mestilah 
sesuatu yangdiperintahkan, maka apa-apa yang tidak thabit bahawaia 
diperintahkan bagaimana hendak dihukum bahawa iaadalah ibadah? Begitu juga 
sesuatu yang tidak thabitdi dalam ibadat bahawa ia dilarang, bagaimana 
bolehdihukum bahawa ia dilarang? Oleh demikian, Ahmad (BinHanbal) dan selain 
beliau dari kalangan Fuqaha’ ahlihadith berkata: Sesungguhnya asal hukum di 
dalamibadat adalah tawqif (berdasarkan dalil), maka tidakdisyariatkan 
daripadanya melainkan apa yangdisyariatkan oleh Allah Taala”. (Majmu‘ Fatawi 
IbnTaymiyyah: 6/452) Sebenarnya banyak lagi perkataan yang boleh dinukilkandi 
sini, tetapi cukuplah dengan beberapa nama yangtertera bagi membuktikan bahawa 
kaedah yang sebenardalam pengabdian sebenar kepada Allah ialahberdasarkan 
kepada dalil, bukan akal fikiran jauhsekali hawa nafsu atau agak-agak. Asas 
bagi kaedahyang dikemukakan ialah firman Allah S.W.T di dalamayat 21 Surah 
as-Syura: “Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yangmenentukan - mana-mana 
bahagian dari agama mereka -sebarang undang-undang yang tidak diizinkan 
olehAllah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapanyang menjadi pemutus 
(dari Allah, untuk menangguhkanhukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), 
tentulahdijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yangberbuat 
demikian). Dan sesungguhnya orang-orang yangzalim itu akan beroleh azab seksa 
yang tidak terperisakitnya”. Berkata al-Hafiz Ibn Kathir dalam menghuraikan 
ayattersebut: “…mereka tidak mengikut apa yang disyariatkan olehAllah kepadamu 
(Muhammad) daripada agama yang lurus.Sebaliknya mereka mengikut apa yang 
disyariatkan untukmereka oleh para syaitan mereka dari kalangan jin 
danmanusia,….. daripada kesesatan dan kejahilan yangbatil yang mereka 
ada-adakan dalam Jahiliyyah mereka,dalam bentuk menghalal dan mengharam, 
ibadat-ibadatyang batil (palsu) dan perkataan-perkataan yangrosak”. (Tafsir Ibn 
Kathir: 7/198) Berkata pula Ibn Rajab al-Hanbali: Amalan terbahagi kepada dua: 
ibadat dan muamalat.Adapun ibadat, apa-apa sahaja daripadanya yang keluardari 
arahan Allah dan rasul-Nya secara seluruhnya,maka ia tertolak kepada pelakunya. 
Pelakunya termasukdi dalam maksud ayat : { Ãóãú áóåõãú ÔõÑóßóÇÁõ ÔóÑóÚõæÇ 
áóåõãú ãöäó ÇáÏøöíäöãóÇ áóãú íóÃúÐóäú Èöåö Çááå } Oleh itu barangsiapa 
mendekatkan diri kepada Allahdengan suatu amalan yang tidak dijadikan oleh 
Allahdan rasul-Nya sebagai ibadat, maka amalan itu adalahbatil dan tertolak 
kembali kepadanya. Ini sama sepertiorang-orang yang solat di al-Bait (Masjidil 
Haram)secara bersiul-siul dan bertepuk tangan……sesungguhnyaNabi S.A.W telah 
melihat seorang lelaki yang berdiridi bawah panas mentari, lalu baginda 
bertanyatentangnya, dijawab kepada baginda: sesungguhnya dia(lelaki itu) 
bernazar untuk berdiri dan tidak duduk,tidak berteduh dan berpuasa. Nabi S.A.W 
mengarahkandia supaya duduk dan berteduh, juga mengarahkannyameneruskan 
puasanya (H.R al-Bukhari, Abu Daud danlain-lain). Maka Rasul tidak menjadikan 
perbuatanberdiri dan berpanas di bawah matahari itu sebagaisuatu qurbah 
(perbuatan mendekatkan diri kepada Allah)yang perlu dipenuhi lantaran nazarnya. 
(Jami‘al-‘Ulum wa al-Hikam: 7/3) Perhatikan pengajaran daripada perkataan Ibn 
Kathirdan Ibn Rajab: Allah mencela orang-orang yang mengikut kesesatan 
dankejahilan yang batil yang dianjurkan oleh para syaitandari kalangan jin dan 
manusia. Bukankah rasulullah telah menyatakan bahawa bid‘ahadalah kesesatan? 
Bukankah sesuatu itu patut digelar kejahilan yangmerosakkan apabila suatu 
kepercayaan atau pendapatatau amalan dipegang tanpa bersandar kepada dalil 
danhujah? Suatu amalan itu hanya diketahui ia adalah ibadatdengan nas daripada 
syarak, lalu apabila ia bukandaripadanya seakan-akan bermaksud membuat 
syariatsendiri? Siapa yang akan memberi pahala? Rasulullah mengiktiraf puasa 
yang dilakukan olehsahabat tersebut tetapi baginda menolak cara ibadatitu 
dilakukan. Ini sama seperti amalan berdoa,berzikir dan sebagainya, ia diterima 
syarak apabilamenepati ajaran nabi, tetapi ditolak apabila caranyatidak 
diajarkan oleh baginda. Wallahu a‘lam 
__________________________________________________________Be a better friend, 
newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now. 
http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ






_________________________________________________________________
Helping your favorite cause is as easy as instant messaging. You IM, we give.
http://im.live.com/Messenger/IM/Home/?source=text_hotmail_join

Kirim email ke