Asal Hukum Bagi Ibadat
Ustaz Abdul Rasyid Idris
Tulisan ini adalah himpunan perkataan para ulama
berhubung konsep ibadat di dalam Islam. Ia merupakan
jawapan terhadap kekeliruan segelintir manusia yang
tidak dapat membezakan antara kaedah syarak dalam
muamalat dengan kaedah syarak dalam ibadat.
Kesan daripada kekeliruan ini sungguh besar kerana ia
antara faktor penyebab berlakunya rekaan dan tokok
tambah di dalam amalan agama. Ia menyebabkan sering
kedengaran ungkapan-ungkapan seperti :
« apa salahnya ? », « tak ada dalil pun yang melarang
! », « tak apa kalau kita buat ibadat banyak-banyak,
nanti di akhirat Allah pilihlah ! Mana yang betul
Allah terima dan mana yang salah Allah tolak» dan
sebagainya.
Jika yang melaungkan atau memperjuangkan perkara ini
terdiri daripada golongan juhhal (jahil agama),
mungkin mudah untuk di atasi. Tetapi malangnya,
golongan yang mencanangkan perkara ini terdiri dari
individu-individu yang bertitlekan lulusan agama atau
menjawat jawatan yang dipandang tinggi oleh masyarakat
di sudut agama. Hasilnya, masyarakat yang jahil ini
akan menyandarkan bulat-bulat amalan dan kepercayaan
mereka kepada apa yang dinyatakan oleh ulama mereka.
Mereka menyangka dengan menyandarkan amalan kepada
para ulama sudah menjamin kesahihannya tanpa perlu
lagi mengetahui dalil dan sandarannya. Mereka
seakan-akan menyangka bahawa para ulama boleh
sewenang-wenangnya menyatakan apa sahaja tentang
agama. Mereka ini tidak mengetahui betapa para ulama
muktabar membenci tokok tambah agama.
Justeru melalui kaedah yang disebutkan ini jelas
menegaskan pendirian para ulama berhubung tindakan
segelintir manusia yang sesuka hati menokok tambah
dalam ibadat. Ternyata mereka tegas menolak rekaan dan
inovasi dalam perkara yang telah ditetapkan oleh
syariat.
Perkataan Ulama
Berikut adalah nukilan perkataan para ulama tentang
kaedah melaksanakan ibadah di dalam Islam.
1- Perkataan al-Imam as-Subki seperti yang dinukilkan
oleh Ibn Hajar al-Asqalani as-Syafiie:
Asal hukum di dalam ibadat adalah tawaqquf (berhenti
hingga ada dalil). (Fath al-Bari: 4/174)
2- Kata pengarang Nihayah al-Muhtaj dalam mazhab
As-Syafiie:
Asal hukum di dalam ibadat adalah jika ia tidak
dituntut, ia tidak berlaku. (Nihayah al-Muhtaj ila
Syarh al-Minhaj:3/109)
3- Kata al-Bujairami as-Syafiie menukilkan perkataan
as-Syaubari:
Asal hukum di dalam ibadat adalah jika tidak
dituntut, adalah terbatal. (Hasyiah al-Bujairami ala
al-Khatib: 3/497)
4- Kata Muhammad Bin Yusuf Bin Isa Atfisy al-Ibadi:
Bahawasanya asal hukum di dalam ibadat adalah tidak
membawa kepada wajib melainkan dengan adanya dalil.
(Syarh al-Nayl wa Syifa al-Alil: 7/211)
5- Kata as-Syeikh Muhammad Bin Muhammad:
Asal hukum dalam perkara bermanafaat ialah mubah
(harus) manakala dalam perkara mudarat ialah haram.
Maka berkata ramai ulama antaranya al-Imam al-Isnawi:
dan ini hanya berlaku selepas disyariatkan dengan
dalil-dalil syarie, sedangkan sebelum warid (ada
dalil), maka pilihan para ulama ialah waqf (berhenti
pada dalil). (Al-Taqrir wa al-Tahbir: 3/198)
6- Kata pengarang kitab Syarah al-Bahjah al-Wardiyyah
dalam Fiqh Syafiie:
Asal hukum di dalam ibadat adalah tawqif
(bersandarkan kepada dalil). (Syarh al-Bahjah
al-Wardiyyah: 4/150)
7- Kata as-Syeikh Abd. Rahman as-Sadi:
Asal hukum dalam ibadat adalah dilarang; maka tidak
disyariatkan daripadanya melainkan apa yang
disyariatkan oleh Allah dan rasul-Nya, manakala asal
hukum di dalam muamalat dan kepenggunaan seluruhnya
adalah harus; maka tidak diharamkan melainkan apa yang
diharamkan oleh Allah dan rasul-Nya. (Taisir al-Latif
al-Mannan fi Khulasah Tafsir al-Ahkam : 1/299)
8- Kata as-Syeikh Abd. Rahman Bin Muhammad al-Hanbali:
Asal hukum di dalam ibadat adalah apa yang
disyariatkan. Dan setiap bidah adalah kesesatan,
inilah makna penyaksian bahwasanya Muhammad adalah
rasul Allah.
(Hasyiah al-Usul al-Thalathah: 1/91)
9- Kata as-Syeikh Said Bin Ali al-Qahtani:
Asal hukum di dalam semua perkara adalah harus;
kerana Allah telah mencipta bagi hamba-Nya semua benda
di atas muka bumi untuk mereka manfaatkannya,
melainkan apa yang diharamkan oleh-Nya S.W.T. Asal
hukum di dalam ibadat adalah dilarang dan bersandarkan
dalil melainkan apa yang thabit di dalam syarak ia
disyariatkan oleh Allah azza wa jalla atau dari
rasulullah S.A.W (Fiqh al-Dawah fi Sahih al-Imam
al-Bukhari: 4/195)
10- Perkataan Ibn Qayyim al-Jawziyyah:
Asal hukum di dalam ibadat adalah batal melainkan
apa yang disyariatkan oleh Allah dan rasul-Nya.
(Ahkam Ahli al-Dhimmah: 1/121)
11- Perkataan Syeikh al-Islam Ibn Taymiyyah:
Maka dengan membanci usul syariah, kita mengetahui
bahawa ibadat-ibadat yang diwajibkan oleh Allah atau
yang disukai oleh Allah tidak thabit (kewujudannya)
melainkan dengan dalil syarak. Adapun adat, adalah
kebiasaan manusia tentang dunia mereka daripada apa
yang diperlukan oleh mereka, dan asal hukum di dalam
hal ini adalah tidak dilarang, oleh itu tidak dilarang
melainkan apa yang dilarang oleh Allah S.W.T. Demikian
itu kerana perintah dan larangan adalah syariat Allah
dan ibadat tidak boleh tidak mestilah sesuatu yang
diperintahkan, maka apa-apa yang tidak thabit bahawa
ia diperintahkan bagaimana hendak dihukum bahawa ia
adalah ibadah? Begitu juga sesuatu yang tidak thabit
di dalam ibadat bahawa ia dilarang, bagaimana boleh
dihukum bahawa ia dilarang? Oleh demikian, Ahmad (Bin
Hanbal) dan selain beliau dari kalangan Fuqaha ahli
hadith berkata: Sesungguhnya asal hukum di dalam
ibadat adalah tawqif (berdasarkan dalil), maka tidak
disyariatkan daripadanya melainkan apa yang
disyariatkan oleh Allah Taala. (Majmu Fatawi Ibn
Taymiyyah: 6/452)
Sebenarnya banyak lagi perkataan yang boleh dinukilkan
di sini, tetapi cukuplah dengan beberapa nama yang
tertera bagi membuktikan bahawa kaedah yang sebenar
dalam pengabdian sebenar kepada Allah ialah
berdasarkan kepada dalil, bukan akal fikiran jauh
sekali hawa nafsu atau agak-agak. Asas bagi kaedah
yang dikemukakan ialah firman Allah S.W.T di dalam
ayat 21 Surah as-Syura:
Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang
menentukan - mana-mana bahagian dari agama mereka -
sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh
Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan
yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan
hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah
dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang
berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang-orang yang
zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi
sakitnya.
Berkata al-Hafiz Ibn Kathir dalam menghuraikan ayat
tersebut:
mereka tidak mengikut apa yang disyariatkan oleh
Allah kepadamu (Muhammad) daripada agama yang lurus.
Sebaliknya mereka mengikut apa yang disyariatkan untuk
mereka oleh para syaitan mereka dari kalangan jin dan
manusia,
.. daripada kesesatan dan kejahilan yang
batil yang mereka ada-adakan dalam Jahiliyyah mereka,
dalam bentuk menghalal dan mengharam, ibadat-ibadat
yang batil (palsu) dan perkataan-perkataan yang
rosak. (Tafsir Ibn Kathir: 7/198)
Berkata pula Ibn Rajab al-Hanbali:
Amalan terbahagi kepada dua: ibadat dan muamalat.
Adapun ibadat, apa-apa sahaja daripadanya yang keluar
dari arahan Allah dan rasul-Nya secara seluruhnya,
maka ia tertolak kepada pelakunya. Pelakunya termasuk
di dalam maksud ayat :
{ Ãóãú áóåõãú ÔõÑóßóÇÁõ ÔóÑóÚõæÇ áóåõãú ãöäó ÇáÏøöíäö
ãóÇ áóãú íóÃúÐóäú Èöåö Çááå }
Oleh itu barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah
dengan suatu amalan yang tidak dijadikan oleh Allah
dan rasul-Nya sebagai ibadat, maka amalan itu adalah
batil dan tertolak kembali kepadanya. Ini sama seperti
orang-orang yang solat di al-Bait (Masjidil Haram)
secara bersiul-siul dan bertepuk tangan
sesungguhnya
Nabi S.A.W telah melihat seorang lelaki yang berdiri
di bawah panas mentari, lalu baginda bertanya
tentangnya, dijawab kepada baginda: sesungguhnya dia
(lelaki itu) bernazar untuk berdiri dan tidak duduk,
tidak berteduh dan berpuasa. Nabi S.A.W mengarahkan
dia supaya duduk dan berteduh, juga mengarahkannya
meneruskan puasanya (H.R al-Bukhari, Abu Daud dan
lain-lain). Maka Rasul tidak menjadikan perbuatan
berdiri dan berpanas di bawah matahari itu sebagai
suatu qurbah (perbuatan mendekatkan diri kepada Allah)
yang perlu dipenuhi lantaran nazarnya. (Jami
al-Ulum wa al-Hikam: 7/3)
Perhatikan pengajaran daripada perkataan Ibn Kathir
dan Ibn Rajab:
Allah mencela orang-orang yang mengikut kesesatan dan
kejahilan yang batil yang dianjurkan oleh para syaitan
dari kalangan jin dan manusia.
Bukankah rasulullah telah menyatakan bahawa bidah
adalah kesesatan?
Bukankah sesuatu itu patut digelar kejahilan yang
merosakkan apabila suatu kepercayaan atau pendapat
atau amalan dipegang tanpa bersandar kepada dalil dan
hujah?
Suatu amalan itu hanya diketahui ia adalah ibadat
dengan nas daripada syarak, lalu apabila ia bukan
daripadanya seakan-akan bermaksud membuat syariat
sendiri? Siapa yang akan memberi pahala?
Rasulullah mengiktiraf puasa yang dilakukan oleh
sahabat tersebut tetapi baginda menolak cara ibadat
itu dilakukan. Ini sama seperti amalan berdoa,
berzikir dan sebagainya, ia diterima syarak apabila
menepati ajaran nabi, tetapi ditolak apabila caranya
tidak diajarkan oleh baginda.
Wallahu alam
____________________________________________________________________________________
Be a better friend, newshound, and
know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.
http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ