(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)



"Mustaine Hadhari" <[EMAIL PROTECTED]>
 Manifesto Negara Kebajikan PAS (5)    Teras Keenam

Memandangkan pembelaan rakyat semakin terabai sementara kos saraan hidup 
semakin meningkat, maka Manifesto PAS menawarkan:

Kebajikan Pekerja Sektor Awam dan Swasta dengan menekankan:

• Melaksanakan Akta Gaji Minima berdasarkan permuafakatan di antara majikan dan 
kesatuan sekerja, sesuai jenis pekerjaan dan dengan keperluan tuntutan kualiti 
hidup yang paling menasabah antara RM 700-1200.

• Menghapuskan sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan menggantikannya 
dengan suatu sistem baru yang dipersetujui bersama dengan Kesatuan Sekerja.

• Memastikan gaji permulaan (graduan dan juga bukan graduan) dipertingkatkan 
sesuai dengan tahap inflasi kini, serta menjalankan semakan dan pelarasan gaji 
dan saraan setiap lima (5) tahun. Pelarasan ini akan berdasarkan CPI (Indeks 
Harga Pengguna, IHP).

• Memastikan Elaun Kos Sara Hidup (COLA) akan dikaji setiap lima (5) tahun, 
juga berdasarkan CPI.

• Memastikan kakitangan kerajaan boleh mengikuti perkembangan politik termasuk 
menjadi ahli mana-mana parti politik pilihannya tanpa kongkongan selagi mana 
kualiti kerja tidak terjejas.

• Potongan cukai untuk individu adalah sebanyak RM12,000 setahun (sekarang 
RM8,000).



Teras Ketujuh

Memandangkan kos saraan hidup terus meningkat dan meletakkan rakyat termiskin 
semakin tertekan maka, Manifesto PAS ini menawarkan:

Pembelaan Kebajikan Menyeluruh Mesra-Rakyat dengan cara:

• Menghapuskan status ’leasehold’ atau ’pegangan secara pajakan’ ke atas 
tanah-tanah kediaman dengan mengubah statusnya kepada ’freehold’ begi 
memberikan pengiktirafan hak yang kekal dan boleh diwarisi.

• Menggabungkan satu peranan Pejabat Hasil Dalam Negeri (IRB) dengan aspek 
keperluan Pusat Kebajikan Masyarakat (PKM).

• PKM diperkasakan untuk membantu golongan yang miskin dengan lebih meluas dan 
berkesan bagi mengeluarkan mereka dari belenggu kemiskinan dengan program 
pengkeupayaan dan mikro-kredit.

• Meneliti kembali pemberian Permit Impot (AP) bagi barangan makanan 
(foodstuffs) utama seperti gandum, gula dan beras supaya tidak berlaku Monopoli 
dan Pakatan (Cartels) yang mencekik pengguna.

• Menghapuskan tol dengan kerajaan membeli dan memilikki kembali 
lebuhraya-lebuhraya dari pemilik konsesi.


 Manifesto Negara Kebajikan PAS (6)    Teras Kelapan

Menyedari kepentingan pengupayaan wanita supaya bersama-sama kaum lelaki dalam 
pembinaan institusi keluarga mahupun pembangunan negara maka Manifesto ini 
memajukan:

Tawaran Istimewa Bagi Kaum Wanita, antara lainnya:

• Memperkenalkan cuti bersalin 90 hari dan cuti kebapaan 7 hari tanpa had 
bilangan anak.

• Elaun Khas buat ibu tunggal dan memperkenalkan Takaful Armalah.

• Menggalakkan majikan memperkenalkan konsep bekerja dari rumah untuk para 
wanita. Ini dapat dilaksanakan dengan memberikan pelepasan cukai kepada 
perbelanjaan syarikat untuk membeli peralatan pejabat dan komunikasi untuk 
memboleh konsep ini dilaksanakan dalam syarikat mereka.

• Cuti ehsan 14 hari untuk yang mereka yang kematian pasangan.

• Untuk kesihatan dan kegiatan sukan, PAS akan mewujudkan Pusat Sukan dan 
Rekreasi Khusus untuk kaum wanita.

• Waktu kerja Anjal akan terus diperkasakan bagi memenafaat serta tidak 
mengorbankan kepentingan institusi keluarga.

• Mengenalkan undang-undang bagi mengelakkan wanita dieksploitasi untuk 
kepentingan komersial.



Teras Kesembilan

Meskipun telah dibentangkan pelbagai program pembangun wilayah dan koridor 
mutakhir ini, sektor pertanian masih merupakan impian yang terawang-awang yang 
belum berpijak di bumi nyata (terlalu diangkasakan).

Maka adalah menjadi komitmen PAS dalam hal memperjuangkan nasib petani dan 
nelayan di negara ini dengan Manifesto PAS menawarkan untuk:

Memajukan Industri Pertanian sekaligus Membela Kaum Petani dan Nelayan dengan 
polisi-polisi berikut:

Mewujudkan dasar pertanian sebagai industri yang menjamin Dasar Makanan yang 
memelihara ‘Kemerdekaan dan Keselamatan Negara’ supaya tidak terdedah dan 
terjejas kepada manipulasi kuasa dunia dan ‘kartel’ atau pakatan konglomerast 
besar tempatan mahupun antarabangsa.

Menolak sebarang bentuk Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang mengancam 
pelbagai industri khususnya pertanian dan pelbagai aspek urus-tadbir 
pemerintahan dalam negara.

Pengurangan bahan makanan import untuk memberi insentif kepada petani tempatan 
untuk bersaing dengan lebih baik pada masa yang sama berusaha melipat gandakan 
pengeluaran untuk pasaran tempatan.

Meningkatkan kualiti hidup nelayan pantai dengan menyediakan perumahan tersusun 
serta mewujudkan peluang-peluang baru pekerjaan di dalam kegiatan ekonomi 
berasaskan perikanan tajaan Kerajaan atau Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) agar 
setiap keluarga nelayan mempunyai pendapatan bulanan melebihi RM1200 sebulan.

Penubuhan bank benih tanaman agar dapat melindungi para petani tradisional 
daripada dieksploitasi oleh syarikat besar yang kerap kali merampas hak mereka 
melalui permeteraian harta intelektual biji.

Harga minima belian padi yang dinilai setiap tiga tahun sekali berpandukan 
Indeks Harga Pengguna (CPI).

Mengawal harga input pertanian (benih, baja, racun, jentera pertanian) dengan 
memecahkan monopoli impot bagi bahan-bahan di atas.

Menawarkan peluang menjadi peserta Felda bagi generasi kedua Felda dan 
mana-mana rakyat yang memerlukan ladang-ladang yang diusahakan oleh Felda 
Plantations atau dengan membuka tanah-tanah baru.

Membenarkan peserta Felda untuk berdikari dalam pengurusan ladang milik mereka 
ke arah menjana pulangan pendapatan maksima kepada mereka.

Mengembalikan hak peneroka untuk mendapatkan wang tanam semula dari Tabung 
Tanam Semula tanpa sebarang syarat.

Menggunakan keuntungan Felda Holdings Bhd dengan mewujudkan program-program 
yang bersifat Cakna Rakyat Petani agar manfaatnya kembali kepada golongan 
peneroka dan keluarga mereka.

  
(BERSIH! Kuala Terengganu, 22  February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Kirim email ke