Apa yang harus dingat ialah kita sedang perjuangkan agar sistem Islam
dimertabatkan di negara kita. Segala penyelewengan yang berlaku dalam negara
kita ialah akibat daripada kita tidak mencari keridaan Allah sebaliknya mencari
keridaan manusia. Sapa saja yang memerintah penyelewengan akan berlaku selagi
manusia itu bernama manusia tapi ia wajib dikawal dengan pendidikan dan
undang-undang yang bertunjangkan aqidah Islamiyah terutama setiap yang mengaku
"tiada tuhan melainkan Allah". Dasar ini tidak akan diredai oleh musuh-musuh
Islam terutama Amerika yang bertindak sebagai Polis Dunia.
Jika Islam yang ditegakkan berdasarkan al Quran musuh-musuh Islam tidak akan
reda. Cuma apa yang Bush (Ketua Polis Dunia) pasti reda ialah Islam Hadhari
yang diperkenalkan oleh Dollah Badawi. Sekali pun BN berjaya ditumbangkan dan
BA berjaya ambil alih tampuk pemerintahan yang salah satu komponen gabungan nya
ialah Parti Islam PAS yang mahukan Islam ditegakkan secara menyeluruh tanpa
menafikan hak bukan Islam kita tetap perlu berwaspada dengan musuh-musuh Islam.
UMNO/BN mungkin akan disokong oleh kuasa luar ini untuk menghuru-harakan
negara. Demokrasi berasaskan pilihanraya di Malaysia ini bermakna UMNO/BN YANG
MESTI MENANG tanpa mengambil kira caranya.
Dalam PRU yang lepas-lepas pelbagai penipuan dilaporkan semasa pilihanraya
tapi UMNO/BN hanya menjawabnya mengatakan itu memang adat sikap orang yang
kalah dengan disokong SPR yang diketuai oleh seorang yang tidak beramanah. Maka
kita perlulah berusaha jangan biarkan kita ditipu dan usaha-usaha kita mestilah
juga dengan memohon pertolongan Allah swt. Jika kita mencintai agama Allah
mohonlah pertolongannya, sekurang-kurangnya berdoa kepada Nya atau lakukanlah
solat hajat mulai hari ini (setiap hari jika mampu) sehinggalah ke saat
pengiraan undi dibuat pada 8 Mach ini mohon agar segala tipu daya mereka gagal.
Ditakdirkan BA menang kita mesti terus waspada dengan taktik jahat
segolongan pemimpin UMNO terutama yang berkepentingan. Sejarah menunjukkan
ianya pernah berlaku di Kelantan. Kita tak akan terlepas dari kerja-kerja
khianat mereka yang kalah yang pastinya disokong oleh musuh-musuh Islam dari
luar. Wallahu'alam.
ibnuAli
kota jembal
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Saya mmg suka dgn manifesto ini, dan sememangnya saya sudah lama inginkan ini
semua berlaku dalam negara Malaysia yang saya sayangi ini.
Sememangnya ada yg akan berkata "nanti bila pembangkang menang, entah-entah
negara akan jadi lebih buruk". Saya rasa kita perlu mengenepikan persoalan itu
sbb kita semua belum cuba berada di bawah pemerintahan Barisan Alternatif ini.
Dan untuk pilihanraya 2008 ini, saya berharap dan berdoa semoga Barisan
Alternatif menang dgn menyapu bersih semua kerusi yang dipertandingkan sebab
saya sememangnya dah muak dan jelak dengan pemerintahan yg ada sekarang.
Ramai individu yang saya jumpa berkata "Negara Malaysia ini adalah negara yang
penuh kekayaan hasil buminya dan rezeki yang Allah beri pada negara Malaysia
ini mmg murah, tetapi sayang, disebabkan rasuah terlalu banyak dan pemerintah
yang tidak pandai mengendalikan hasil kekayaan ini pada jalan yang betul, maka
kesusahan hidup itu amat dirasai".
Kenaikan barang makanan, tol, bil, dan macam2 lagi kos sara hidup membuatkan
saya dan kawan-kawan sepejabat, cina/india/melayu akan memberikan sokongan 100%
pada Barisan Alternatif , dan harapan kami semoga Barisan Alternatif akan
menang. Harapan kami juga, Barisan Alternatif akan tunaikan apa yang menjadi
dasar mereka dengan jujur dan penuh tanggungjawab sebab kami dah muak dengan
segala pembohongan yang dijanjikan oleh UMNO.
---------------------------------
To: [email protected]
From:
Date: Sat, 16 Feb 2008 00:24:34 -0800
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Manifesto Negara Kebajikan PAS (5) & (6)
(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)
"Mustaine Hadhari" <[EMAIL PROTECTED]>
Manifesto Negara Kebajikan PAS (5) Teras Keenam
Memandangkan pembelaan rakyat semakin terabai sementara kos saraan hidup
semakin meningkat, maka Manifesto PAS menawarkan:
Kebajikan Pekerja Sektor Awam dan Swasta dengan menekankan:
Melaksanakan Akta Gaji Minima berdasarkan permuafakatan di antara majikan dan
kesatuan sekerja, sesuai jenis pekerjaan dan dengan keperluan tuntutan kualiti
hidup yang paling menasabah antara RM 700-1200.
Menghapuskan sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan menggantikannya
dengan suatu sistem baru yang dipersetujui bersama dengan Kesatuan Sekerja.
Memastikan gaji permulaan (graduan dan juga bukan graduan) dipertingkatkan
sesuai dengan tahap inflasi kini, serta menjalankan semakan dan pelarasan gaji
dan saraan setiap lima (5) tahun. Pelarasan ini akan berdasarkan CPI (Indeks
Harga Pengguna, IHP).
Memastikan Elaun Kos Sara Hidup (COLA) akan dikaji setiap lima (5) tahun,
juga berdasarkan CPI.
Memastikan kakitangan kerajaan boleh mengikuti perkembangan politik termasuk
menjadi ahli mana-mana parti politik pilihannya tanpa kongkongan selagi mana
kualiti kerja tidak terjejas.
Potongan cukai untuk individu adalah sebanyak RM12,000 setahun (sekarang
RM8,000).
Teras Ketujuh
Memandangkan kos saraan hidup terus meningkat dan meletakkan rakyat termiskin
semakin tertekan maka, Manifesto PAS ini menawarkan:
Pembelaan Kebajikan Menyeluruh Mesra-Rakyat dengan cara:
Menghapuskan status leasehold atau pegangan secara pajakan ke atas
tanah-tanah kediaman dengan mengubah statusnya kepada freehold begi
memberikan pengiktirafan hak yang kekal dan boleh diwarisi.
Menggabungkan satu peranan Pejabat Hasil Dalam Negeri (IRB) dengan aspek
keperluan Pusat Kebajikan Masyarakat (PKM).
PKM diperkasakan untuk membantu golongan yang miskin dengan lebih meluas dan
berkesan bagi mengeluarkan mereka dari belenggu kemiskinan dengan program
pengkeupayaan dan mikro-kredit.
Meneliti kembali pemberian Permit Impot (AP) bagi barangan makanan
(foodstuffs) utama seperti gandum, gula dan beras supaya tidak berlaku Monopoli
dan Pakatan (Cartels) yang mencekik pengguna.
Menghapuskan tol dengan kerajaan membeli dan memilikki kembali
lebuhraya-lebuhraya dari pemilik konsesi.
Manifesto Negara Kebajikan PAS (6) Teras Kelapan
Menyedari kepentingan pengupayaan wanita supaya bersama-sama kaum lelaki dalam
pembinaan institusi keluarga mahupun pembangunan negara maka Manifesto ini
memajukan:
Tawaran Istimewa Bagi Kaum Wanita, antara lainnya:
Memperkenalkan cuti bersalin 90 hari dan cuti kebapaan 7 hari tanpa had
bilangan anak.
Elaun Khas buat ibu tunggal dan memperkenalkan Takaful Armalah.
Menggalakkan majikan memperkenalkan konsep bekerja dari rumah untuk para
wanita. Ini dapat dilaksanakan dengan memberikan pelepasan cukai kepada
perbelanjaan syarikat untuk membeli peralatan pejabat dan komunikasi untuk
memboleh konsep ini dilaksanakan dalam syarikat mereka.
Cuti ehsan 14 hari untuk yang mereka yang kematian pasangan.
Untuk kesihatan dan kegiatan sukan, PAS akan mewujudkan Pusat Sukan dan
Rekreasi Khusus untuk kaum wanita.
Waktu kerja Anjal akan terus diperkasakan bagi memenafaat serta tidak
mengorbankan kepentingan institusi keluarga.
Mengenalkan undang-undang bagi mengelakkan wanita dieksploitasi untuk
kepentingan komersial.
Teras Kesembilan
Meskipun telah dibentangkan pelbagai program pembangun wilayah dan koridor
mutakhir ini, sektor pertanian masih merupakan impian yang terawang-awang yang
belum berpijak di bumi nyata (terlalu diangkasakan).
Maka adalah menjadi komitmen PAS dalam hal memperjuangkan nasib petani dan
nelayan di negara ini dengan Manifesto PAS menawarkan untuk:
Memajukan Industri Pertanian sekaligus Membela Kaum Petani dan Nelayan dengan
polisi-polisi berikut:
Mewujudkan dasar pertanian sebagai industri yang menjamin Dasar Makanan yang
memelihara Kemerdekaan dan Keselamatan Negara supaya tidak terdedah dan
terjejas kepada manipulasi kuasa dunia dan kartel atau pakatan konglomerast
besar tempatan mahupun antarabangsa.
Menolak sebarang bentuk Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang mengancam
pelbagai industri khususnya pertanian dan pelbagai aspek urus-tadbir
pemerintahan dalam negara.
Pengurangan bahan makanan import untuk memberi insentif kepada petani tempatan
untuk bersaing dengan lebih baik pada masa yang sama berusaha melipat gandakan
pengeluaran untuk pasaran tempatan.
Meningkatkan kualiti hidup nelayan pantai dengan menyediakan perumahan tersusun
serta mewujudkan peluang-peluang baru pekerjaan di dalam kegiatan ekonomi
berasaskan perikanan tajaan Kerajaan atau Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) agar
setiap keluarga nelayan mempunyai pendapatan bulanan melebihi RM1200 sebulan.
Penubuhan bank benih tanaman agar dapat melindungi para petani tradisional
daripada dieksploitasi oleh syarikat besar yang kerap kali merampas hak mereka
melalui permeteraian harta intelektual biji.
Harga minima belian padi yang dinilai setiap tiga tahun sekali berpandukan
Indeks Harga Pengguna (CPI).
Mengawal harga input pertanian (benih, baja, racun, jentera pertanian) dengan
memecahkan monopoli impot bagi bahan-bahan di atas.
Menawarkan peluang menjadi peserta Felda bagi generasi kedua Felda dan
mana-mana rakyat yang memerlukan ladang-ladang yang diusahakan oleh Felda
Plantations atau dengan membuka tanah-tanah baru.
Membenarkan peserta Felda untuk berdikari dalam pengurusan ladang milik mereka
ke arah menjana pulangan pendapatan maksima kepada mereka.
Mengembalikan hak peneroka untuk mendapatkan wang tanam semula dari Tabung
Tanam Semula tanpa sebarang syarat.
Menggunakan keuntungan Felda Holdings Bhd dengan mewujudkan program-program
yang bersifat Cakna Rakyat Petani agar manfaatnya kembali kepada golongan
peneroka dan keluarga mereka.
(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.
---------------------------------
Blog it to your Space with Live Writer! Windows Live Writer
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.