(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)


 

Penarik Beca
 2008: Tahun Merawat Najib    Dalam tahun pilihan raya 1999, Timbalan Perdana 
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya kalah di Pekan. Rakyat seluruhnya 
mestilah menuntut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul 
Rashid Abdul Rahman bersumpah dengan kalimah "waLlahi, wabiLlahi, wataLlahi" 
bahawa beliau tidak melakukan apa-apa pun untuk membantu kemenangan Najib 
dengan majoriti 241 undi.

Saya telah meminta Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Najib dan 
Abdul Rashid bermubahalah bahawa Barisan Nasional tidak pernah bersekongkol 
dengan SPR untuk melakukan sebarang penipuan dalam mana-mana pilihan raya. 
Kalau bersetuju dengan permintaan saya, saya berani bermubahalah serta mendakwa 
bahawa Barisan Nasional pernah bersekongkol dengan SPR untuk melakukan penipuan 
pilihan raya.

Tentulah saya tidak dipedulikan. Takkan orang-orang yang masih pembesar itu 
mahu menunaikan permintaan kutu. Mereka hanya akan menunaikan apa yang diminta 
oleh Munkar dan Nankir sahaja.

Oleh kerana ribuan undi pos telah dilambakkan di Pekan setelah Najib sepatutnya 
kalah dalam pilihan raya 1999, rawatan terhadap Najib sukar dilakukan di 
kawasan yang diwakilinya itu. Rawatan lain terpaksa dilakukan.

Apa pun, sebelum dirawat, Najib perlu menjawab mengapa beliau berbohong bahawa 
beliau bersedia menjawab kesemua tuduhan ke atasnya. Sehingga hari ini, tidak 
ada jawapan melampaui keraguan dari Najib. The Star 20 April 2007 melaporkan:
Datuk Seri Najib Tun Razak is willing to answer allegations levelled against 
him about murdered Mongolian model Altantuya Shaariibuu – but within the 
context of the law.
“Yes, yes, of course. I have started to make my statement that night. It's all 
right, we are not afraid,” said the Deputy Prime Minister.

He told this to reporters when asked if he was ready to tell his side of the 
story with regard to issues concerning him raised by the opposition in Ijok.

Throughout the nomination process at the community centre here, the opposition 
repeatedly chanted slogans like “10%”, “Altantuya” and “Rasuah” (corruption).

On Wednesday night, Najib had told a Barisan Nasional gathering that he was not 
involved in the Altantuya case.

He had also said that Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, the 
Attorney-General and the police knew the truth about the matter.

Yesterday, Najib maintained what he had said on Wednesday night was within the 
law and that he did not want to go beyond that.

“What is important is to let the law take its course uninterrupted,” Najib 
added.

Asked if he would sue Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor Datuk Seri Anwar 
Ibrahim for linking him to the Altantuya case, Najib replied: “I don't have to 
sue him ... but I have the option to sue him.”

He also said the opposition's personal attacks and provocation tactics would 
not impress Ijok voters.

“They used the same tactics in the Machap by-election and it did not work. 
Similarly, the tactics will also fail in the Ijok by-election,” Najib said.

PKR information chief Tian Chua defended the party's questioning of issues 
surrounding Najib.

“A woman has died and there must be answers,” he said. Satu lagi kemungkinan 
Najib berbohong ialah apabila beliau mendakwa "Tiada bukti sogok di Kubang 
Pasu".

Raja Petra Kamarudin menyatakan berlaku sogokan di Kubang Pasu::
"Sah! Rais Yatim menziarahi Tun Dr Mahathir Mohamad di hospital beberapa hari 
lalu dan mengakui apa yang ditulis Malaysia Today dalam Dolahgate dan Operation 
Deep Throat adalah benar.

"Siapa kata Malaysia Today menulis perkara tidak benar? Sudah tentu ia benar. 
Jika tidak, mereka tentu membuat laporan polis dan hari ini saya mungkin 
berkongsi lokap dengan Razak Baginda".Selepas tidak dipilih sebagai perwakilan 
Umno Kubang Pasu, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan, "Itulah harga maruah ahli 
Umno sekarang, dua ratus ringgit".

Siapa yang cakap benar? Najib atau Raja Petra? Kalau Najib benar, Raja Petra 
pembohong. Kalau Raja Petra benar, Najib pembohong.

Jika benar Raja Petra pembohong, 'terer' sangatkah dia hingga seolah-olah 
meminta supaya disumbat lagi di dalam lokap apabila beliau berkata, "Siapa kata 
Malaysia Today menulis perkara tidak benar? Sudah tentu ia benar. Jika tidak, 
mereka tentu membuat laporan polis dan hari ini saya mungkin berkongsi lokap 
dengan Razak Baginda".

Jika benar Najib pembohong, berapa kali mahu bohong? Janganlah ketagih 
berbohong pula.


Selain itu, walaupun baru ditulis, saya ulangi lagi pertanyaan kenapa tidak 
rawat persoalan adakah keluarganya mendapat faedah dari perjanjian yang 
melibatkan pembelian 18 pesawat Sukhoi Su-30MK bernilai US$900 juta (RM3.2 
bilion). Sudah lebih setahun persoalan itu dibangkitkan oleh Datuk Seri Anwar 
Ibrahim. Jawab tanpa sebarang keraguan, Najib!

Lebih dari itu, Anwar pernah mencabar Najib mengheretnya ke mahkamah jika 
dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ke atas Najib tidak benar.

"Saya tidak takut, kalau nak saman silakan sebab saya suka kalau masuk mahkamah 
nanti banyak benda yang boleh saya cakap dan bongkarkan. Saya percaya dia 
(Najib) takut kerana nanti banyak benda yang akan terdedah," tegas Anwar.

Mengapa Najib menikus dengan cabaran itu?

Berita di bawah juga boleh menyebabkan Najib dituduh mempunyai penyakit 
pembohong:
Naib Presiden PAS, Haji Husam Musa meminta Najib mencabar Burmaa Oyunchimeg 
membuktikan dakwaan bahawa beliau pernah bergambar dengan Altantuya Shaariibuu 
dengan menunjukkan gambar berkenaan.

"Apa bising? ... Silakan! Tak perlu riuh rendah dan hiruk pikuk.

"Najib cabar saja sepupu Altantuya itu tunjukkan gambar berkenaan. Najib perlu 
membuat cabaran itu. Sepupu Alntatuya itu yang perlu difokuskan, bukan Tian 
Chua," katanya.

Beliau mengulas kemarahan Najib yang menyifatkan tindakan menyiarkan gambar 
superimposed beliau dan Altantunya adalah tindakan tidak bermaruah.

"...Sama ada Najib sendiri atau Pemuda Umno yang galak (atau berpura-pura) 
mempertahankan Najib (hendaklah) mencabar atau memujuk sepupu Altantunya itu 
mendedahkan gambar berkenaan. Kalau ada, ada. Kalau tidak - dakwaan itu habis 
disitu sahaja," kata Ahli Exco Kanan Kerajaan Kelantan itu.

Itu adalah cara yang patut dilakukan, katanya, jika Najib atau Pemuda Umno 
berani.

"Kenapa tidak ada cabaran itu?" beliau mempersoalkan.Persoalannya, mengapa 
Najib enggan memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan Burmaa itu?

Mengapa Najib menikus bila Karpal Singh mencabar beliau supaya datang ke Dewan 
Rakyat untuk menjawab sendiri isu yang mengaitkannya dengan kes Altantuya? 
Mengapa Najib enggan menunjukkan rekod perjalanannya untuk membuktikan beliau 
tidak bersalah?

Berkaitan:
Altantuya Murder Trial – Day 10; Dinner Photo -with Abdul Razak & Najib Razak ; 
Karpal Clash in Court; Judge “missed" Evidence (Multimid)
Altantuya murder trial - day 10 -29 Jun 07 & Najib denial (YouTube)
Rahsia Najib di Las Vegas (YouTube)
Explain photo with Altantuya (YouTube)


 (BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)
Darigaunghati
    Najib oh Najib .....ada lagi orang miskin di kawan mu    














HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Kirim email ke