assalamualaiku...
kepada yg mengulas tajuk ini,saya ucapkan terima kasih kerana memberi
komen..bg sy baik tuan baca dan paham dulu kenyataan MB Kelantan ini...petikan
ini sy ambil dari harakah dan ia adalah kenyataan dari Tuan Guru Nik Aziz..saya
tidak berapa pandai agama tetapi sy yakin dengan mereka yg pandai agama.apa yg
mereka lakukan berdasarkan ilmu yg mereka pelajari,bukan hanya dlm bidang agama
sahaja tetapi dlm bidang lain pun sama..
Guna istilah orang utan bagi sedarkan manusia Nik Aziz
Lanjusoh
Tue | Feb 19, 08 | 3:39:30 pm MYT KOTA BHARU, 19 Feb (Hrkh) Tuan Guru
Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan sekali sekala wajar digunakan
perkataan yang agak keras bagi menyedarkan manusia. --> Maka orang yang
tolak Islam bermakna dia tolak anugerah Allah. Dan kalau tolak anugerah Allah
maksudnya setaraf dengan makhluk haiwan. Saya tidak guna perkataan political
animal tetapi masih menggunakan perkataan orang. Tidak guna istilah animal
(binatang) hanya sekadar saya sebut orang utan, katanya ketika ditemui
pemberita di pejabatnya di sini, hari ini. Baru-baru ini ketika bercakap
kepada pemberita di Kedah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, PAS
Kelantan bukan berdepan dengan sebuah parti politik di negeri itu pada pilihan
raya ini sebaliknya orang utan yang tidak tahu undang-undang. Menteri Besar
berkata, tujuan menyebut istilah tersebut bagi membolehkan kawan-kawan dalam
Umno berfikir mengenainya dan jangan mudah cepat melatah. Ini kerana
sekali sekala kita beri nasihat dan sekali sekala kita kena rotan kalau tidak
endah juga. Ada masa kita nasihat dan ada masanya kita rotan. Saya sudah
nasihat dan kalau tidak dengar juga terpaksalah kita rotan, ujarnya. Beliau
mengakui menggunakan istilah tersebut kerana ada manusia berdegil enggan
mengikut peraturan yang ditetapkan Allah Taala. Memanglah saya ada menyebut
mengenai perkara itu. Bagi menghidupkan manusia Allah Taala mencipta bumi, buat
langit, buat udara, buat air hujan, dan segala biji-bijian untuk manusia.
Tujuan segalanya itu bagi membolehkan manusia mengabdikan diri kepadaNya.
Islam turun dari langit untuk manusia dan bukannya haiwan, tambah beliau.
Menurutnya istilah itu tidak kasar pada pengertian sebenar. Sekali sekala
perlu juga digunakan bahasa yang agak kasar. Allah Taala dalam al Quran
menyebut al an' aam yang bermaksud binatang. Allah sebut orang yang menolak
al Quran macam binatang. Saya hanya sekadar sebut orang utan. Masih
berlapik lagi menggunakan istilah orang, katanya. Bekas pensyarah kanan di
fakulti pengajian Islam UKM, Dr Mohammad Daud berkata, tidak menjadi kesalahan
apabila digunakan perkataan orang utan bagi merujuk mereka yang enggan mematuhi
peraturan agama. Katanya, istilah orang utan lebih kurang sama dengan orang
Badwi yang tinggal di padang pasir di negara-negara Arab kerana mereka kurang
bertamadun. Kata beliau adalah wajar menggunakan istilah itu bagi merujuk
kumpulan manusia yang engkar terhadap perintah Allah Taala. - mj
"abu samah"@yahoo.com wrote:
Assallamualaikum....
Saya bukan nak mengulas tajuk di bawah, cuma sekadar nak meminjam hadis
nya :
" Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan
seorang yang keji dan bukan seorang yang kotor " ( riwayat Ibnu Mas'ud
RA )
Yang jadi persoalan " mengapa tuan guru Nik Aziz sanggup mengatakan bahawa
orang UMNO adalah org utan ( kalau tak silap saya ketika berita ).
Kita tau sekarang musim pilihan raya semua jadi isu....tapi janganlah
sampai
begitu. Mana peginya Islam seorang itu sehingga sanggup cakap macam tuu...
Apakah masa pilihan raya nak dekat dihalalkan mengutuk sesama islam ?.
Kalau dah tau UMNO tuu...org utan, mengapa masih bersalaman dengan BAPA
SEGALA ORG UTAN DI PERASMIAN KORIDOR TIMUR DI KELANTAN DULU.
Berpimpin tangan lagi, jadi yang MANUSIA yang dipimpin tuu mungkin dah
buta atau tak sihat akal fikiran atau memang tak tau erti persaudaraan .
Masa
berhadapan cakap BAPA SEGALA ORG UTAN AKAN BAWA PERUBAHAN BARU
PADA KELANTAN tapi musim pilihan raya tembak balik...
Saya begitu kecewa dgn cara beliau mengeluarkan pendapat, beliau adalah
ikon pada saya dari segi keugamaan dan cara hidup.....tapi musnah ketika
ini.
Saya dan ahli keluarga saya dari PAS tapi bila terdengar pendapat beliau
kami
sekeluarga jadi bengang dan berfikir mengapa ini terjadi....
Saya percaya ramai penduduk Kelantan yang ketua keluarganya ( bapa )
adalah
orang UMNO dan anaknya pengikut PAS atau sebaliknya....Jadi apa SPESIS
ini?.
Tak heranlah jika terjadinya orang islam PAS tak bole makan sembelihan
orang
islam UMNO, cerai berai, sembahyang 2 imam dll . Fikirkanlah macam mana
ianya terjadi.
INGATLAH WAHAI PEMIMPIN SEKELIAN ( UMNO, PAS, PKR DLL ) CARA
HITUNGAN ANDA ADALAH LEBIH TERPERINCI DARI KAMI SEMUA.
Kat sana tak kenal siapa TUAN GURU Nik Aziz, PERDANA MENTERI Abdullah
Ahmad Badawi, DATUK SERI Anwar Ibrahim, jangan disebabkan pilihan raya
hinggakan mulut tak terjaga tujuan hanya satu NAK MENANG .
Ataupun Tuan Guru Nik Aziz nak menyaingi si Khairy tuu...yang kita tak tau
sedalam
mana ilmu agamanya?.
Padanlah keduanya, sorang panggil orang monyet dan sorang lagi panggil org
utan
ada baiknya kedua dikurung dalam satu kandang....kesiannya org kita kerana
politik sanggup memfitnah, memburuk serta menjatuhkan darjat manusia ke
taraf
haiwan secara sedar.
Insaflah wahai manusia akan tiba hari pembalasan atas apa yang kita
kerjakan
ITU ADALAH JANJI ALLAH SWT.
Betulkan saya jika tersalah
Wassallam
----- Original Message -----
From: studioperintis
To: Ikhwanul Muslimun
Sent: Monday, February 18, 2008 8:27 AM
Subject: [SPAM] Help Palestine [hidayahnet] Teknik Bertengkar Secara Positif
Rasulullah bersabda, "Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada
di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga."
(Riwayat Anas Bin Malik)
Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga?
Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan
berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang
yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi
apa kata kalau saya katakan orang yang beralah akan menang besar kemudiannya?
Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee Sedang
lidah lagi tergigit. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata ok kepada isteri
anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang
akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat
diramalkan.
Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika
kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh
akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah
sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang
yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor."
(Riwayat Ibnu Masud RA)
Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah
orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang
sangat keji ini.
Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang
positif? Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan
pelbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. Bagi mencapai
tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan untuk mencapai sesuatu
yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini
adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya
tidak ada penyatuan antara suami dan isteri.
Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih
sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan
sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi,
janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon
yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan,
pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda.
Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:
1. Jangan terlampau banyak bercakap Ketika bertengkar, hati masing-masing
pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun
tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing.
Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan
daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan
perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan
menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan
secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.
2. Jangan menyebut kelemahan pasangan Bukan hanya isteri anda yang
mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit
kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda.
Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi
menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia
meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran
anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.
3. Jangan membalas perbuatannya Sebagai contoh, pasangan anda
bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar
bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan
lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri
anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan
perhubungan anda sendiri.
4. Jangan cuba mengubah pasangan Anda dibesarkan dalam keluarga begini,
isteri anda dibesarkan dalam keluarga begitu. Pastilah terdapat perbezaan
antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti
tidak sama dengan pandangan anda.
5. Fokus pada masalah Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan
masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.
6. Jangan tinggikan suara Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh,
semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan
menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan
tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya
dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.
7. Gunakan panggilan manja Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan
panggilan sayang atau manja tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih
sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan
dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan
kasar termasuklah aku dan kau.
8. Elakkan terlalu emosional Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda
akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya
terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung
berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.
9. Gunakan perkataan yang baik-baik Selain menggunakan panggilan manja,
gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan
masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan
ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah
engkaulah!"
10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur Hal ini kerana
tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama
sendiri.
11. Dengar luahan isteri Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh
isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika
ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan
cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.
12. Jangan bergaduh di depan anak Dengan bergaduh di hadapan anak, anda
hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka
yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan
berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal
ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.
13. Bersabar Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal
berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari
isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling
segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.
14. Say NO to third party Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda
sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya
hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk
menyelesaikan masalah anda.
15. Mengalah tidak bererti kalah Mengalah ketika saat genting ini tidak
menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa
tindakan anda sebenarnya betul.
16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai Selalu menonton drama di TV?
Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh
untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda
ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan
dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah.
Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan
mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan
dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa
tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit
ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap
permasalahan anda berdua.
17. Luahkan Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut
perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda
menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar
anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.
18. Pelukan dan kemaafan Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan.
Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk
pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara
seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan
anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih
hebat.
Artikel di atas dipetik daripada Bab 9: Sedangkan Lidah Lagi Tergigit dalam
buku Manual Kerja Super Suami. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh
didapati di www.books.perintis.com.my.
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.