bukan pasal kutuk atau cela....................tapi menceritakan situasi 
yang dah berlaku.....kena fahamlah
al quran pun bercerita pasal org yg engkar.org kafir org 
kafir...............




"abu samah" 
Sent by: [email protected]
21/02/2008 06:45 AM
Please respond to
[email protected]


To
"Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
cc

Subject
Re: Help Palestine [hidayahnet] Perang pilihan raya






   Assallamualaikum....
 
   Saya bukan nak mengulas tajuk di bawah, cuma sekadar nak meminjam hadis
   nya :
 
   " Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan
      seorang yang keji dan bukan seorang yang kotor " ( riwayat Ibnu 
Mas'ud RA )
 
   Yang jadi persoalan " mengapa tuan guru Nik Aziz sanggup mengatakan 
bahawa
   orang UMNO adalah org utan ( kalau tak silap saya ketika berita ).
   Kita tau sekarang musim pilihan raya semua jadi isu....tapi janganlah 
sampai
   begitu. Mana peginya Islam seorang itu sehingga sanggup cakap macam 
tuu...
 
   Apakah masa pilihan raya nak dekat dihalalkan mengutuk sesama islam ?.
   Kalau dah tau UMNO tuu...org utan, mengapa masih bersalaman dengan BAPA 

   SEGALA ORG UTAN DI PERASMIAN KORIDOR TIMUR DI KELANTAN DULU.
   Berpimpin tangan lagi, jadi yang MANUSIA yang dipimpin tuu mungkin dah
   buta atau tak sihat akal fikiran atau memang tak tau erti persaudaraan 
. Masa
   berhadapan cakap BAPA SEGALA ORG UTAN AKAN BAWA PERUBAHAN BARU
   PADA KELANTAN tapi musim pilihan raya tembak balik...
 
   Saya begitu kecewa dgn cara beliau mengeluarkan pendapat, beliau adalah
   ikon pada saya dari segi keugamaan dan cara hidup.....tapi musnah 
ketika ini.
   Saya dan ahli keluarga saya dari PAS tapi bila terdengar pendapat 
beliau kami
   sekeluarga jadi bengang dan berfikir mengapa ini terjadi....
 
   Saya percaya ramai penduduk Kelantan yang ketua keluarganya ( bapa ) 
adalah 
   orang UMNO dan anaknya pengikut PAS atau sebaliknya....Jadi apa SPESIS 
ini?.
 
   Tak heranlah jika terjadinya orang islam PAS tak bole makan sembelihan 
orang 
   islam UMNO, cerai berai, sembahyang 2 imam dll . Fikirkanlah macam mana
   ianya terjadi.
 
   INGATLAH WAHAI PEMIMPIN SEKELIAN ( UMNO, PAS, PKR DLL ) CARA 
   HITUNGAN ANDA ADALAH LEBIH TERPERINCI DARI KAMI SEMUA.
   Kat sana tak kenal siapa TUAN GURU Nik Aziz, PERDANA MENTERI Abdullah
   Ahmad Badawi, DATUK SERI Anwar Ibrahim, jangan disebabkan pilihan raya
   hinggakan mulut tak terjaga tujuan hanya satu NAK MENANG .
 
   Ataupun Tuan Guru Nik Aziz nak menyaingi si Khairy tuu...yang kita tak 
tau sedalam
   mana ilmu agamanya?.
   Padanlah keduanya, sorang panggil orang monyet dan sorang lagi panggil 
org utan
   ada baiknya kedua dikurung dalam satu kandang....kesiannya org kita 
kerana
   politik sanggup memfitnah, memburuk serta menjatuhkan darjat manusia ke 
taraf 
   haiwan secara sedar.
   Insaflah wahai manusia akan tiba hari pembalasan atas apa yang kita 
kerjakan
   ITU ADALAH JANJI ALLAH SWT.
 
   Betulkan saya jika tersalah
   Wassallam
 
----- Original Message ----- 
From: studioperintis 
To: Ikhwanul Muslimun 
Sent: Monday, February 18, 2008 8:27 AM
Subject: [SPAM] Help Palestine [hidayahnet] Teknik Bertengkar Secara 
Positif

Rasulullah bersabda, "Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada 
di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah 
syurga." 
(Riwayat Anas Bin Malik)
Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? 
Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan 
berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah 
orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu 
beralah tetapi apa kata kalau saya katakan ?orang yang beralah akan menang 
besar kemudiannya??
Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee ?Sedang 
lidah lagi tergigit?. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata ?ok? kepada 
isteri anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan 
ada hati yang akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang 
diketahui tidak dapat diramalkan. 
Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika 
kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. 
Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, 
mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar. 
Sabda Rasulullah s.a.w: 
"Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang 
yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor." 
(Riwayat Ibnu Mas?ud RA) 
Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji 
bukanlah orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan 
perlakuan yang sangat keji ini. 
Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang 
positif? Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu 
penyatuan pelbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. 
Bagi mencapai tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan untuk 
mencapai sesuatu yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah 
baik, namun hal ini adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak 
berbincang sehingga akhirnya tidak ada penyatuan antara suami dan isteri. 
Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih 
sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan 
sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, 
janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat 
belon yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak 
diluahkan, pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam 
hati anda. 
Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:
1. Jangan terlampau banyak bercakap ? Ketika bertengkar, hati 
masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang 
logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan 
pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk 
bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda 
sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan 
anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang 
perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk 
mem-betulkan keadaan. 
2. Jangan menyebut kelemahan pasangan ? Bukan hanya isteri anda yang 
mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan 
mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit 
kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit 
sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur 
pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu 
supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.
3. Jangan membalas perbuatannya ? Sebagai contoh, pasangan anda 
bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar 
bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan 
perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang 
lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut 
terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri. 
4. Jangan cuba mengubah pasangan ? Anda dibesarkan dalam keluarga 
?begini?, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ?begitu?. Pastilah 
terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara 
dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda. 
5. Fokus pada masalah ? Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan 
masalah akhirnya akan turut menjadi masalah. 
6. Jangan tinggikan suara ? Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, 
semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak 
akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap 
dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan 
seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat. 
7. Gunakan panggilan manja ? Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan 
panggilan ?sayang? atau ?manja? tetapi ketika bergaduh, keadaan akan 
beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan 
anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak 
menggunakan panggilan kasar termasuklah ?aku? dan ?kau?.
8. Elakkan terlalu emosional ? Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan 
anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang 
dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang 
itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya. 
9. Gunakan perkataan yang baik-baik ? Selain menggunakan panggilan manja, 
gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan 
menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh 
anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," 
berbanding "Ni semua salah engkaulah!"
10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur ? Hal ini 
kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan 
bermesra-mesra sesama sendiri.
11. Dengar luahan isteri ? Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh 
isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan 
ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda 
menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda 
berdua.
12. Jangan bergaduh di depan anak ? Dengan bergaduh di hadapan anak, anda 
hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa 
mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih 
menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua 
kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.
13. Bersabar ? Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal 
berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk 
mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan 
membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.
14. Say NO to third party ? Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda 
sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga 
kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang 
yang adil untuk menyelesaikan masalah anda. 
15. Mengalah tidak bererti kalah ? Mengalah ketika saat genting ini tidak 
menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa 
tindakan anda sebenarnya betul.
16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai ? Selalu menonton drama di 
TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa 
bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan 
menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini 
menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak 
akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan 
akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang 
bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak 
anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan 
marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan 
hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan 
anda berdua. 
17. Luahkan ? Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda 
turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara 
sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu 
keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda. 
18. Pelukan dan kemaafan ? Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. 
Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk 
memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar 
perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan 
perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan 
hati yang lebih hebat.
Artikel di atas dipetik daripada Bab 9: Sedangkan Lidah Lagi Tergigit 
dalam buku Manual Kerja Super Suami. Maklumat lanjut berkenaan buku ini 
boleh didapati di www.books.perintis.com.my.
 
 

Kirim email ke