Minta maaflah kelmarin sibuk sikit tak sempat nak cari kitab rujukan sebab
paginya hadir ke kuliah Tuan Guru MB Kelantan, petang mesyuarat ajk sebuah ngo
dan malamnya hadir kemajlis pengistiharan calun-calun PAS bagi Parlimen dan DUN
Kelantan pada pilihanraya 8 Mac nanti.
Kisah perangai buruk Yahudi ini boleh dirujuk dalam banyak kitab dan
tafsir. Saya telah merujuk kepada tafsir al-Azhar jilid 1 (daripada 10 jilid
semuanya) oleh Prof Dr Hamka. Ayat al-Quran yang berkaitan dengan nya ialah
dari surah al Baqarah:
"Dan sesungguhnya telah Kami ketahui orang-orang yang melanggar perintah
pada hari Sabtu, maka Kami firmankan: Jadilah kamu kera-kera yang dibenci!".
(Surah al-Baqarah: ayat 65)
Disini saya turunkan perkataan demi perkataan sepertimana dalam tafsir
tersebut:
"Diperingatkan lagi bagaimana sekumpulan Bani Israil melanggar perintah
memuliakan hari Sabtu. Memuliakan hari Sabtu, istirahat bekerja pada hari itu
dan sediakan dia buat beribadat. Memuliakan hari Sabtu adalah salah satu janji
mereka dengan Tuhan. Tetapi mereka mecari helah, memutar hukum dengan dengan
cerdik sekali. Kata setengah ahli tafsir, kejadian ini ialah di danau
Thabariah, kata setengah di Ailah dan kata setengah di Madiyan. Di mana pun
tempat kejadian tidaklah penting, sebab perangai begini bisa saja terjadi di
mana-mana karena hendak menghelah-helah (memutar-mutar) hukum. Menurut ahli
tafsir mereka tinggal di tepi pantai. Mereka dilarang mengail atau memukat di
hari Sabtu. Segala pekerjaan mesti dihentikan di hari itu. Mereka dapat akal
buruk; mereka pasang lukah hari Jumaat petang hari, lalu mereka bangkitkan pada
hari Ahad pagi. Sabtu itu sangat banyak ikan keluar. Rupanya ikan sudah
mempunyai naluri bahawa mereka tidak akan dipancing dan dipukat pada
hari Sabtu".
"Mereka merasa bangga sebab telah dapat mempermainkan Allah. Tetapi mereka
tidak tahu bahwa mereka telah celaka besar lantaran itu."Maka Kami firmankan:
Jadilah kamu kera-kera yang dibenci." (ujung ayat 65)."
"Berkata pula ahli tafsir, mereka dikutuk Tuhan sehingga menjadi kera atau
jadi beruk semua . Kata setengah penafsir pula, ada yang jadi babi. Kata
setengah setengah penafsir pula, ada yang jadi keledai. Tetapi kalau kita
lanjutkan merenungkan ayat itu, jika mereka dikutuk Tuhan menjadi kera,
monyet,beruk atau babi dan keledai, bukan berarti bahwa mesti mereka bertukar
bulu, berubah rupa. Tetapi perangai merekalah yang telah berubah menjadi
perangai binatang. Rupa, masih rupa manusia, tetapi perangai, perangai beruk,
adalah lebih hina daripada disumpah menjadi beruk langsung. Sebab kalau beruk
berperangai beruk, tidaklah heran dan bukanlah azab. Yang azab ialah jika
manusai berperangai beruk. Orang tidak benci kepada beruk brperangai beruk,
yang orang benci ialah manusia beruk".
Ada panjang lagi tapi cukuplah sekadar itu. Wallahua'lam.
ibnuAli
kota jembal
[EMAIL PROTECTED] wrote:
Sikap ini macam nak serupa pula dengan perangai kaum Yahudi. Bila Allah swt
larang mereka tangkap ikan pada hari Sabtu mereka cari jalan ikan-ikan itu
hanya ?dikumpul dan diperangkap saja pada hari Sabtu tetapi mereka akan
menangkap dan mengeluarkannya pada hari lain!!
Saya kurang faham ayat diatas...boleh terangkan & dari mana ini
diambil?adakah dlm al-quran atau ????...
----- Original Message -----
From: [EMAIL PROTECTED]
To: Ikhwanul Muslimun
Sent: 17/02/2008 10:31 AM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Hari Kekasih: Thailand elak seks
terlarang
Majoriti penghuni dan pemerintah negara-negara di dunia samada dari
kalangan Islam lebih-lebih lagi yang bukan Islam masih tercari-cari satu
sistem kehidupan yang seimbang agar manusia jadi manusia yang selayaknya
bukan menjadi haiwan. Thailand negara jiran kita pun mahukan rakyatnya tidak
mengambil cara hidup Barat yang bertentang dengan nilai-nilai kepercayaan
mereka. Malangnya kita yang telah dianugerah dengan agama Islam masih juga
tercari-cari sistem yang lain dari Islam. Islam di iktiraf sebagai agama
rasmi negara tapi perlaksaknaan nya serta amalannya disempitkan sama seperti
agama-agama lain. Sudahlah sistem Islam tidak mampu dilaksanakan untuk
seluruh rakyat tetapi yang menjadi keresahan ramai rakyat beragama Islam
mengapa orang Islam sendiri dihalang dari melaksanakan sistem Islam
dikalangan mereka?
Di negara kita pegangan kepada agama Islam yang telah sempurna
ditambah pula ! dengan pegangan kepada Islam Hadhari yang kata pencetusnya
tiada beza dengan Islam tapi mengapa pula ada perinsip-perinsipnya? Apakah
prinsip yang digariskan itu mencakupi keseluruhan ajaran serta seruan Islam
seperti dalam al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW? Atau hanya ambil yang
difikirkan sesuai dan tinggal yang tak sesuai (pada fikiran kita) terutama
yang kurang disenangi oleh orang kafir seperti Bush!! Sedangkan Allah SWT
telah berfirman 1400 tahun yang lalu (maksud):
"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku
telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi
agama untuk kamu" (al Maidah: 3).
Jika ada yang katakan mereka hanya ambil aspek-aspek tertentu saja
daripada Islam untuk jadikan umat Islam maju maknanya jika keseluruhan al
Quran itu diamalkan kita tidak mampu berdaya maju?? Mungkin boleh dibuat
analoginya sebagai contoh mengenai tahi lalat manis di muka seseorang
perempuan itu menampakkan wajah nya cantik berseri tapi jika fokus kita
hanya kepada tahi lalat yang hitam itu saja bukan kepada keseluruhan muka
nya apakah ia mampu berfungsi menampakkan kecantikan perempuan itu??
Apa yang dikhuatirkan ialah langkah mengajak rakyat menerima Islam
Hadhari akan menjejaskan iman kita (?syirik) kepada Allah SWT. Bawalah
Shaikul Azhar atau ulamak mana sekali pun untuk endorse Islam Hadhari tapi
mereka bukannya Nabi/ Rasul!! Kaum Nasrani dikutuk kerana pendita /paderi
(ulamak merekalah) suka meminda-minda kitab Injil mereka. Kita berhujah yang
kita tidak pinda kitab al Quran tapi pada masa yang sama kita berpegang
hanya kepada sebahagian konsep-konsep Islam dan mengenepikan sebahagian apa
yang diperintah oleh Allah swt melalui al Quran dan Rasul NYa. Sikap ini
macam nak serupa pula dengan perangai kaum Yahudi. Bila Allah swt larang
mereka tangkap ikan pada hari Sabtu mereka cari jalan ikan-ikan itu hanya
?dikumpul dan diperangkap saja pada hari Sabtu tetapi mereka akan menangkap
dan mengeluarkannya pada hari lain!! Betullah macam kata setengah ulamak
untuk nak jadi Nasrani atau Yahudi tak perlu nak istihar
sebab bila dah ikut perangai mereka jadilah serupa mereka!!.
Amalan dan kefahaman tentang mengtauhidkan Allah adalah penting. Jika
pemimpin yang dipilih untuk memerintah negara bukan dari kalangan yang
mengambil kira tentang aqidah dan iman maka kita akan menerima kesannya
bukan saja di dunia bahkan di akhirat yang lebih menyiksakan. Masalahnya
syirik bukan dikira hanya apabila kita niat syirikkan Allah barulah
seseorang itu dikira syirik tapi apabila sifat-sifat Allah dinafikan,
keesaan Nya dan Uluhiyah Nya dan hukum serta peraturan Nya dinafikan maka
syiriklah dia. Sebab itulah Nabi SAW cukup bimbang dengan umat nya berlaku
syirik walaupun syirik kecil kerana Allah akan ampun semua dosa hambanya
kecuali dosa syirik. Wallahu'alam.
ibnuAli
kota jembal
[EMAIL PROTECTED] wrote:
Hari Kekasih: Thailand elak seks terlarang BANGKOK 13
Feb. â Pihak berkuasa Thailand akan bertindak tegas menyerbu motel,
taman awam dan tempat yang menjadi tumpuan remaja sempena sambutan Hari
Kekasih esok bagi mengelakkan mereka terbabit dalam hubungan seks
terlarang.
Tindakan terbaru itu yang akan menjadi kempen tahunan dilakukan bagi
mengawal tingkah laku remaja yang biasanya meraikan hari tersebut dengan
mengadakan hubungan seks.
Langkah berkenaan diambil setelah satu tinjauan pendapat yang
dijalankan oleh sebuah universiti mendapati 27 peratus daripada 2,400
pelajar yang ditemui mengatakan akan mengadakan hubungan seks dengan
pasangan mereka malam esok.
Polis dan seorang inspektor pelajar yang dilantik oleh Kementerian
Pelajaran akan menyiasat setiap motel bagi memastikan mereka yang di bawah
umur 18 tahun tidak terlibat dalam perlakuan itu.
âKami akan menghantar pegawai untuk memeriksa taman awam, restoran dan
pusat membeli belah yang akan menjadi tempat bermulanya langkah pertama ke
arah perlakuan seksual,â kata jurucakap polis Bangkok, Suporn Pansue.
Walaupun Thailand sememangnya diketahui sebagai syurga pelacuran dunia,
namun kebanyakan penduduknya berpegang kuat kepada ajaran Buddha serta masih
berfahaman konservatif.
Sementara itu, di India para pengikut Hindu membantah sambutan Hari
Kekasih kerana menganggap perayaan itu sebagai budaya luar yang boleh
mengikis nilai-nilai kebudayaan tradisi India.
Bagi mereka Hari Kekasih lebih dianggap sebagai budaya Barat yang
bertentangan dengan tradisi tempatan.
Tarikh 14 Februari dianggap hari yang istimewa bagi pasangan kekasih
seluruh dunia kerana pada hari berkenaan mereka menyambut Hari Valentine
bagi memperingati kasih sayang yang terjalin antara dua jiwa.
â Agensi
---------------------------------
Real people. Real questions. Real answers. Share what you know.
---------------------------------
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.