Sikap ini macam nak serupa pula dengan perangai kaum Yahudi. Bila Allah swt
larang mereka tangkap ikan pada hari Sabtu mereka cari jalan ikan-ikan itu
hanya ?dikumpul dan diperangkap saja pada hari Sabtu tetapi mereka akan
menangkap dan mengeluarkannya pada hari lain!!
Saya kurang faham ayat diatas...boleh terangkan & dari mana ini diambil?adakah
dlm al-quran atau ????...
----- Original Message -----
From: [EMAIL PROTECTED]
To: Ikhwanul Muslimun
Sent: 17/02/2008 10:31 AM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Hari Kekasih: Thailand elak seks
terlarang
Majoriti penghuni dan pemerintah negara-negara di dunia samada dari
kalangan Islam lebih-lebih lagi yang bukan Islam masih tercari-cari satu sistem
kehidupan yang seimbang agar manusia jadi manusia yang selayaknya bukan menjadi
haiwan. Thailand negara jiran kita pun mahukan rakyatnya tidak mengambil cara
hidup Barat yang bertentang dengan nilai-nilai kepercayaan mereka. Malangnya
kita yang telah dianugerah dengan agama Islam masih juga tercari-cari sistem
yang lain dari Islam. Islam di iktiraf sebagai agama rasmi negara tapi
perlaksaknaan nya serta amalannya disempitkan sama seperti agama-agama lain.
Sudahlah sistem Islam tidak mampu dilaksanakan untuk seluruh rakyat tetapi yang
menjadi keresahan ramai rakyat beragama Islam mengapa orang Islam sendiri
dihalang dari melaksanakan sistem Islam dikalangan mereka?
Di negara kita pegangan kepada agama Islam yang telah sempurna ditambah
pula ! dengan pegangan kepada Islam Hadhari yang kata pencetusnya tiada beza
dengan Islam tapi mengapa pula ada perinsip-perinsipnya? Apakah prinsip yang
digariskan itu mencakupi keseluruhan ajaran serta seruan Islam seperti dalam al
Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW? Atau hanya ambil yang difikirkan sesuai
dan tinggal yang tak sesuai (pada fikiran kita) terutama yang kurang disenangi
oleh orang kafir seperti Bush!! Sedangkan Allah SWT telah berfirman 1400 tahun
yang lalu (maksud):
"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah
cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama
untuk kamu" (al Maidah: 3).
Jika ada yang katakan mereka hanya ambil aspek-aspek tertentu saja
daripada Islam untuk jadikan umat Islam maju maknanya jika keseluruhan al Quran
itu diamalkan kita tidak mampu berdaya maju?? Mungkin boleh dibuat analoginya
sebagai contoh mengenai tahi lalat manis di muka seseorang perempuan itu
menampakkan wajah nya cantik berseri tapi jika fokus kita hanya kepada tahi
lalat yang hitam itu saja bukan kepada keseluruhan muka nya apakah ia mampu
berfungsi menampakkan kecantikan perempuan itu??
Apa yang dikhuatirkan ialah langkah mengajak rakyat menerima Islam
Hadhari akan menjejaskan iman kita (?syirik) kepada Allah SWT. Bawalah Shaikul
Azhar atau ulamak mana sekali pun untuk endorse Islam Hadhari tapi mereka
bukannya Nabi/ Rasul!! Kaum Nasrani dikutuk kerana pendita /paderi (ulamak
merekalah) suka meminda-minda kitab Injil mereka. Kita berhujah yang kita tidak
pinda kitab al Quran tapi pada masa yang sama kita berpegang hanya kepada
sebahagian konsep-konsep Islam dan mengenepikan sebahagian apa yang diperintah
oleh Allah swt melalui al Quran dan Rasul NYa. Sikap ini macam nak serupa pula
dengan perangai kaum Yahudi. Bila Allah swt larang mereka tangkap ikan pada
hari Sabtu mereka cari jalan ikan-ikan itu hanya ?dikumpul dan diperangkap saja
pada hari Sabtu tetapi mereka akan menangkap dan mengeluarkannya pada hari
lain!! Betullah macam kata setengah ulamak untuk nak jadi Nasrani atau Yahudi
tak perlu nak istihar sebab bila dah ikut perangai mereka jadilah serupa
mereka!!.
Amalan dan kefahaman tentang mengtauhidkan Allah adalah penting. Jika
pemimpin yang dipilih untuk memerintah negara bukan dari kalangan yang
mengambil kira tentang aqidah dan iman maka kita akan menerima kesannya bukan
saja di dunia bahkan di akhirat yang lebih menyiksakan. Masalahnya syirik bukan
dikira hanya apabila kita niat syirikkan Allah barulah seseorang itu dikira
syirik tapi apabila sifat-sifat Allah dinafikan, keesaan Nya dan Uluhiyah Nya
dan hukum serta peraturan Nya dinafikan maka syiriklah dia. Sebab itulah Nabi
SAW cukup bimbang dengan umat nya berlaku syirik walaupun syirik kecil kerana
Allah akan ampun semua dosa hambanya kecuali dosa syirik. Wallahu'alam.
ibnuAli
kota jembal
[EMAIL PROTECTED] wrote:
Hari Kekasih: Thailand elak seks terlarang
BANGKOK 13 Feb. - Pihak berkuasa Thailand akan bertindak tegas menyerbu
motel, taman awam dan tempat yang menjadi tumpuan remaja sempena sambutan Hari
Kekasih esok bagi mengelakkan mereka terbabit dalam hubungan seks terlarang.
Tindakan terbaru itu yang akan menjadi kempen tahunan dilakukan bagi
mengawal tingkah laku remaja yang biasanya meraikan hari tersebut dengan
mengadakan hubungan seks.
Langkah berkenaan diambil setelah satu tinjauan pendapat yang dijalankan
oleh sebuah universiti mendapati 27 peratus daripada 2,400 pelajar yang ditemui
mengatakan akan mengadakan hubungan seks dengan pasangan mereka malam esok.
Polis dan seorang inspektor pelajar yang dilantik oleh Kementerian
Pelajaran akan menyiasat setiap motel bagi memastikan mereka yang di bawah umur
18 tahun tidak terlibat dalam perlakuan itu.
"Kami akan menghantar pegawai untuk memeriksa taman awam, restoran dan
pusat membeli belah yang akan menjadi tempat bermulanya langkah pertama ke arah
perlakuan seksual," kata jurucakap polis Bangkok, Suporn Pansue.
Walaupun Thailand sememangnya diketahui sebagai syurga pelacuran dunia,
namun kebanyakan penduduknya berpegang kuat kepada ajaran Buddha serta masih
berfahaman konservatif.
Sementara itu, di India para pengikut Hindu membantah sambutan Hari Kekasih
kerana menganggap perayaan itu sebagai budaya luar yang boleh mengikis
nilai-nilai kebudayaan tradisi India.
Bagi mereka Hari Kekasih lebih dianggap sebagai budaya Barat yang
bertentangan dengan tradisi tempatan.
Tarikh 14 Februari dianggap hari yang istimewa bagi pasangan kekasih
seluruh dunia kerana pada hari berkenaan mereka menyambut Hari Valentine bagi
memperingati kasih sayang yang terjalin antara dua jiwa.
- Agensi
----------------------------------------------------------------------------
Real people. Real questions. Real answers. Share what you know.
------------------------------------------------------------------------------
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.