Salam
BERKHAYAL ( Pada saya, BERHARAP lebih tepat ) yang baik2 itu lebih baik dari
membantu orang2 yang dzalim mendapat kuasa.
HR Bukhari :
RasulUllah SAW bersabda :
Bantulah saudaramu yang menzalim dan yang dizalimi.
Maka bertanyalah seorang lelaki :
Saya akan membantu yang dizalimi. Tetapi BAGAIMANAKAH membantu mereka yang
menzalimi?
RasulUllah SAW menjawab :
CEGAH/LARANG dia dari melakukan kezaliman. Itulah cara membantu/menolongnya.
Sodaqa RasulUllah SAW.
Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang di rejam.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[5.2] Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka
pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh.
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan
janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan
pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha
Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
[37.22] (Allah berfirman kepada malaikat):" Himpunkanlah orang-orang yang
zalim itu, dan orang-orang yang berkeadaan seperti mereka, serta benda-benda
yang mereka sembah -
[37.23] "Yang lain dari Allah serta hadapkanlah mereka ke jalan yang membawa
ke neraka.
[37.24] "Dan hentikanlah mereka (menunggu), kerana sesungguhnya mereka akan
disoal:
[37.25] "Mengapa kamu tidak bertolong-tolongan (sebagaimana yang kamu
dakwakan dahulu?"
[37.26] (Mereka pada ketika itu tidak dapat berbuat apa-apa) bahkan mereka
pada hari itu menyerah diri dengan hina (untuk diadili);
[37.27] Dan masing-masing pun mengadap satu sama lain, sambil kata mengata
dan cela mencela.
[37.28] Pengikut-pengikut berkata (kepada ketuanya):" Sesungguhnya kamu
dahulu selalu datang menyekat kami (daripada beriman) dengan menggunakan kuasa
kamu".
[37.29] Ketua-ketuanya menjawab: " (Tidak!) Bahkan kamulah sendiri tidak mahu
menjadi orang-orang yang beriman!
[37.30] "Dan kami (selain daripada mengajak kamu (tidak mempunyai sebarang
kuasa memerintah kamu, bahkan kamu sememangnya kaum yang melampaui batas.
SodaqAllahUl-Adzim.
WAllahua3lam
Wassalam
HIzamri
Zain Kadir <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Selagi anda mengimpikan selagi itulah anda akan kekal dalam alam
khayalan - Selamat berkhayal.
----- Original Message ----
From: Hizamri Johari [EMAIL PROTECTED]
Salam
Kan dah di beritahu hari tu..
Yang kuimpikan,.. . seorang khalifah laksana Umar Abdul Aziz ra...yang amat
sayang rakyatnya
Yang kudombakan,. .. seorang ulamak umpama Imam Hambali ra... yang amat
teguh memelihara agamanya...
Salah ka???
Bacalah.. kemudian buatlah perbandingan. ..
WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
---------------------------------
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.