(Pimpinan BA, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)


Malaysiakini
Lagi wakil BN keluar parti?                             Mar 21, 08 2:08pm       
                                   kemaskini 8:20pm Selepas tersebar berita 
ahli parlimen Serian kecewa kerana tidak tersenarai dalam barisan kabinet dan 
mungkin menyertai pembangkang, kini ahli parlimen Mas Gading, kedua-duanya di 
Sarawak, pula diura-urakan berada dalam nasib yang sama. 

Datuk Dr Tiki Lafe, dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), tidak 
dilantik semula menganggotai kabinet seperti diumumkan Selasa.

Bekas timbalan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu kini bercuti dan 
enggan mengesahkan atau menafikan laporan beliau  bakal meninggalkan BN.

Beliau dipandang tinggi dan berpengaruh luas apabila berjaya menang di lubuk 
pembangkang itu dengan menewaskan Dr Patau Rubis, seorang lagi ahli politik 
berpengaruh, pada 1999 dan 2004.

Sementara itu, seorang pengarang kanan akhbar harian memberitahu Malaysiakini 
hari ini, ada arahan agar tidak menyiarkan laporan atau kenyataan Tiki kerana 
ia boleh menggoncang kestabilan politik negeri itu. 

Pengerusi BN negeri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dikhabarkan "sangat tidak 
gembira" dengan perkembangan terbaru itu. 

Sumber itu juga menyebut Tiki masih di Kuala Lumpur dan akan bertolak ke luar 
negara. 

Semalam ahli parlimen Serian, Richard Riot, dilaporkan telah keluar daripada 
Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), parti komponen BN, bersama ramai ahli 
parti itu dari kawasannya selepas beliau tidak dilantik sebagai timbalan 
menteri.

Presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan Hong Nam bagaimanapun menafikannya dengan 
menyatakan parti itu belum menerima surat Richard.

Sebelum itu Malaysiakini melaporkan, memetik satu sumber dekat dengan Richard, 
wakil Serian telah menyerahkan surat keluar parti kepada Chan pada hari yang 
sama Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan barisan 
kabinetnya.

Chan kemudian dilaporkan menghantar setiausaha agungnya Sim Kheng Hui pergi 
memujuk Richard tetapi gagal menemuinya, kata sumber itu.

Hari ini Chan dilaporkan berkata Richard gagal dihubungi dan sehingga kini ahli 
parlimen itu sendiri belum membuat kenyataan.

Dalam perkembangan berkaitan, Richard hari ini dikatakan tidak jadi melepaskan 
jawatan. 

Dalam satu kenyataan terkini, SUPP berkata ahli parlimen itu telah menghubungi 
Chan dan melahirkan rasa kesal berhubung laporan akhbar yang menyatakan beliau 
telah meninggalkan parti itu. 

Kenyataan itu dikeluarkan ketua publisiti parti itu Alfred Yap. 

Richard sendiri masih berdiam diri. Beberapa percubaan Malaysiakini 
menghubunginya gagal.

Sementara itu, penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui berbincang 
dengan wakil-wakil BN di Semenanjung termasuk Perak, bukan hanya dari Sabah dan 
Sarawak, berhubung kemungkinan perpindahan mereka kepada parti-parti 
pembangkang. 

Menurut satu laporan, Anwar berkata bukan tradisi partinya membeli wakil-wakil 
rakyat tetapi "ia menjadi amalan Umno dan BN". 

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan hormat ke pejabat Menteri 
Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini. 

Turut hadir, lapor laman web New Straits Times, presiden parti Dr Wan Azizah 
Wan Ismail dan naib presidennya Dr Lee Boon Chye.   Berita asal




Cetusan Hati
      Rafidah Perdana Menteri?                                     
             Wanita UMNO bersekali dengan Wanita Besinya, Rafidah 'kecundang'. 
Mereka balik menjaga cucu dan menghayun buaian bila tak disenarai dalam Kabinet 
baru Abdullah.


Kecuali Rafidah bangkit. 


Mana baik Rafidah gugur dari Kabinet atau Abdullah digantikan oleh Rafidah 
sebagai PM?


Kerja berkesan, Rafidah bila-bila masa lebih baik dari Abdullah. Kalau begitu, 
mengapa tidak Abdullah yang gugur dan Rafidah menggantikan beliau?


Jaga cucu bukan kerja Rafidah. Kalau dah nak jaga cucu, Wanita UMNO usah 
berketuakan Rafidah. 


Apa punca Rafidah digugurkan selepas dipilih bertanding dan menang? Imejnya 
buruk? Mana buruk Rafidah berbanding Mat Taib?


Atau kerana Rafidah tulis surat 16 muka pada Abdullah selepas kekalahan BN?


Apa kandungan surat  itu? 


Sekurang-kurang, Wanita UMNO kena baca dan tau kandungan surat Ketua mereka 
pada Presiden parti.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Kirim email ke