Saudara Azman Hussin, Sebenarnya Saudara ini sudah tertinggal kapal. Senarai ini telah lama disimpan oleh setiap individu sebelum memangkah lagi.
Marilah kita sama-sama membantu BR/BA untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. Bukannya belum sebulan sudah mahu menuntut apa yang disenaraikan Saudara. Ashaari 2008/3/21 <AzmanHussin>: > Hello hidayahnet > http://www.pembelamelayu.com > > Inilah janji Barisan Alternatif sekiranya mereka berjaya menubuhkan > kerajaan di Selangor. Memandangkan BA telah berjaya menubuhkan kerajaan di > Selangor, maka kita berhak untuk menuntut segala janji-janji yang telah di > taburkan kepada kita. Manifesto ini sepatutnya boleh diterima pakai disemua > negeri yang diperintah BA seperti Perak, Penang, Kedah dan Kelantan. Antara > yang paling menarik dalam manifesto tersebut ialah: > > * membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor > * memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri > * memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah > * memberi hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran > ke universiti > * memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor > * memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumahtangga > * membuka pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia > * mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya > dan anak yatim > * memberi elaun ibu tunggal yang layak > * memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa > anak-anak kecil mereka > * membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri > * mewujudkan institusi menyelaraskan hal ehwal agama selain Islam > > Maklumat ini diperolehi dari laman website HarakahDaily > > http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=12439&Itemid=28 > > Ini adalah senarai penuh manifesto tersebut: > > BA Selangor berjanji akan melaksanakan urus tadbir yang berwibawa seperti > berikut; > > * memastikan semua pemimpin bersih daripada rasuah > * menyiasat penyelewengan pentadbiran tanah dan sumber negeri > * menghentikan projek-projek membazir dan rugi > * memastikan ketelusan pentadbiran negeri > * menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan dan > * melarang ahli-ahli exco terlibat dalam perniagaan > > BA Selangor menjamin sosial dan kebajikan rakyat seperti; > > * membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor > * memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri > * memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah > * memberi hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran > ke universiti > * memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor > * memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumahtangga > * membuka pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia > * mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya > dan anak yatim > * memberi elaun ibu tunggal yang layak > * memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa > anak-anak kecil mereka > * membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri > * mewujudkan institusi menyelaraskan hal ehwal agama selain Islam > > Kesihatan Rakyat > > * memberi wanita bekerja 90 hari cuti bersalin > * memberi 14 hari cuti kepada suami yang isterinya bersalin > * memberi sebulan cuti kepada wanita yang kematian suami > * menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 tahun ke atas > > Ekonomi rakyat > > * menyediakan premis perniagaan yang cukup > * memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda > * memberi galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minima > atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama > * mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20 peratus dan cukai > premis komersial sebanyak 10 peratus > * memberi bekalan air kegunaan domestik secara percuma bagi 20 meter padu > pertama setiap bulan > * menjalankan program bagi membolehkan rakyat miskin terutama petani dan > nelayan > mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi di atas garis kemiskinan > > Keselamatan rakyat > > * menguatkuasa syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan bencana > seperti tanah runtuh dan banjir > * menggantikan sistem rukun tetangga dengan sistem baru yang lebih > berkesan > * mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes jenayah dan > keganasan terhadap wanita. - mks. > > >
