Terima kasih kerana mengulangkaji risalah yang suatu masa dahulu tuan
bakulsampahkan.......
Terima kasih
----- Original Message -----
From: "Ashaari Amin"@mx1.jaring.my
To: Ikhwanul Muslimun
Sent: Monday, March 24, 2008 11:44 AM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Manifesto BA jika menang di Selangor
- Tuntut hak anda dan Sebarkan!!!
Saudara Azman Hussin,
Sebenarnya Saudara ini sudah tertinggal kapal.
Senarai ini telah lama disimpan oleh setiap individu sebelum memangkah lagi.
Marilah kita sama-sama membantu BR/BA untuk melaksanakan tanggungjawab
mereka. Bukannya belum sebulan sudah mahu menuntut apa yang disenaraikan
Saudara.
Ashaari
2008/3/21 <AzmanHussin>:
Hello hidayahnet
http://www.pembelamelayu.com
Inilah janji Barisan Alternatif sekiranya mereka berjaya menubuhkan
kerajaan di Selangor. Memandangkan BA telah berjaya menubuhkan kerajaan di
Selangor, maka kita berhak untuk menuntut segala janji-janji yang telah di
taburkan kepada kita. Manifesto ini sepatutnya boleh diterima pakai disemua
negeri yang diperintah BA seperti Perak, Penang, Kedah dan Kelantan. Antara
yang paling menarik dalam manifesto tersebut ialah:
* membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor
* memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri
* memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah
* memberi hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran
ke universiti
* memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor
* memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumahtangga
* membuka pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia
* mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya
dan anak yatim
* memberi elaun ibu tunggal yang layak
* memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa
anak-anak kecil mereka
* membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri
* mewujudkan institusi menyelaraskan hal ehwal agama selain Islam
Maklumat ini diperolehi dari laman website HarakahDaily
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=12439&Itemid=28
Ini adalah senarai penuh manifesto tersebut:
BA Selangor berjanji akan melaksanakan urus tadbir yang berwibawa seperti
berikut;
* memastikan semua pemimpin bersih daripada rasuah
* menyiasat penyelewengan pentadbiran tanah dan sumber negeri
* menghentikan projek-projek membazir dan rugi
* memastikan ketelusan pentadbiran negeri
* menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan dan
* melarang ahli-ahli exco terlibat dalam perniagaan
BA Selangor menjamin sosial dan kebajikan rakyat seperti;
* membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor
* memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri
* memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah
* memberi hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran
ke universiti
* memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor
* memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumahtangga
* membuka pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia
* mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya
dan anak yatim
* memberi elaun ibu tunggal yang layak
* memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa
anak-anak kecil mereka
* membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri
* mewujudkan institusi menyelaraskan hal ehwal agama selain Islam
Kesihatan Rakyat
* memberi wanita bekerja 90 hari cuti bersalin
* memberi 14 hari cuti kepada suami yang isterinya bersalin
* memberi sebulan cuti kepada wanita yang kematian suami
* menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 tahun ke atas
Ekonomi rakyat
* menyediakan premis perniagaan yang cukup
* memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda
* memberi galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minima
atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama
* mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20 peratus dan cukai
premis komersial sebanyak 10 peratus
* memberi bekalan air kegunaan domestik secara percuma bagi 20 meter padu
pertama setiap bulan
* menjalankan program bagi membolehkan rakyat miskin terutama petani dan
nelayan
mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi di atas garis kemiskinan
Keselamatan rakyat
* menguatkuasa syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan bencana
seperti tanah runtuh dan banjir
* menggantikan sistem rukun tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan
* mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes jenayah dan keganasan
terhadap wanita. - mks.