*mana perginya Menifesto UMNO/BN :
Selamat,Aman dan Makmur?
*

*Mana POLIS DIRAJA di sisi Istana?*
Posted on Monday, March 24 @ 20:46:18 MYT by
SongkokPutih<http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=8025>
[image: 
Artikel]<http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&new_topic=1>
Oleh
*Muramatsu*

Kalau Adnan Mansor setiausaha agung UMNO mempunyai perisik, kononnya
dihantar untuk menyiasat MP UMNO/BN supaya tidak berpaling tadah, apakah
istana tidak ada mekanisma untuk merisik, menyiasat dan menerima maklumat
tentang kedurjanaan rakyatnya dalam negara?.


Rakyat marhaen tidak tahu, adakah istana mempunyai badannya sendiri untuk
memantau perjalanan pentadbiran dan keamanan dalam Negara.


Walaubagaimana pun, sudah diketahui POLIS DIRAJA dan ASKAR MELAYU DIRAJA
mempunyai kaitan dengan INSTITUSI RAJA dalam Negara.


Kalau POLIS DIRAJA sudah sememangnya diketahui umum berketuakan Musa Hassan
pengusung tilam. Yang mempunyai tali temali dengan banyak kes yang kerjanya
cuma menjaga kepentingan dan kedurjanaan UMNO keseluruhannya.


Dalam kontek ini, apakah POLIS DIRAJA tidak ada sesuatu kuasa untuk berbuat
sesuatu kepada beberapa penderhaka Sultan/Raja di bumi Malaysia ini?.


Atau adakah ASKAR MELAYU DIRAJA tidak boleh berfungsi menangkap dan buat
sesuatu kepada yang jelas derhaka itu?.


Kenapa tidak ada kenyataan dari Menteri Keselamatan Dalam Negeri perihal
penderhaka yang kini sudah jelas di mata rakyat?.


Kalau sebelum ini Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara
Musa Hassan usung tilam itu menggunakan alasan menjaga keamanan awam sebagai
justifkasi menangkap, apakah kali ini elemen berkenaan tidak ada?.


Bahkan kes UMNO – ISTANA selepas PRU 12 amat jelas boleh membawa kecacauan
awam, walaupun mereka menang dan boleh memerintah Negara.


Kalau tidak ada!!!!, sesungguhnya sistem kesultanan dan raja dalam Negara
dalam bahaya walaupun ada nama RAJA dalam POLIS DIRAJA dan ASKAR MELAYU
DIRAJA. Siapa lagi yang boleh diharap menjaga Institusi RAJA sekarang ini?.


Sekarang POLIS DIRAJA mahu jaga siapa?. Adakah mereka mahu jaga UMNO? atau
RAJA sebagai Ketua Negara/Negeri?.


Kalau mahu jaga UMNO, lucutkan perkataan DIRAJA dari namanya dan sesuailah
menjadi perisik UMNO seperti kata Setiausaha Agungnya Adnan Mansor.


Inilah bahayanya apabila Biro Tatanegara Negara cuma menjaga kepentingan
UMNO sahaja tetapi mengabaikan Raja dan Negara.


*muramatsu*

*United Kingdom*

-- 
"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN
DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA
MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG
PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka
selidikilah kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan
perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya )
sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." (
al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Kirim email ke