*Ribut Monsoon (Cup)*
Posted on Monday, March 24 @ 19:49:47 MYT by
greenboc<http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=8018>
[image: 
Artikel]<http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&new_topic=1>
Oleh
*bwan*<http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Your_Account&op=userinfo&username=bwan>

"[image: a]
Sejak pertengahan tahun 1970an, Terengganu telah menikmati wang royalti
sebanyak 5% terhadap sumber minyak dan gas yang disedut keluar dari bumi
Terengganu. Ini berdasarkan apa yang terkandung di bawah Akta Pembangunan
Petroleum. Sememangnya, bukan sahaja Terengganu, mana-mana negeri yang
mempunyai sumber minyak akan mendapat royalti yang sama.

Bagaimanapun, pada tahun 2000, royalti ini telah ditarik dan dijadikan Wang
Ehsan. Tidak semena-mena, sejumlah wang RM800 juta setahun yang sepatutnya
diperolehi oleh Terengganu sebagai syer sebanyak 5% daripada pendapatan
minyak dan gasnya telah ditarik keluar dari bumi Terengganu dan dibolot oleh
seorang manusia, iaitu Idris Jusoh.

Malaysia pada ketika itu diserang wabak JE. Tetapi di Terengganu JEnya
adalah berbeza, iaitu Jusoh Enterprise atau Perniagaan Idris Jusoh dan
keluarga. Jusoh Enterprise or JE tiba-tiba mendapat durian runtuh, lebih
tepatnya sebanyak RM800 juta pitih. Selepas itu, pada tahun 2004, UMNO, di
bawah kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi memenangi semula Terengganu dari
tangan PAS. Tetapi, kerajaan negeri tidak mendapat balik wang royalti
tersebut. Wang Ehsan diteruskan dan Idris Jusoh yang kini bergelar Menteri
Besar, terus secara berseorangan menguruskan dana tersebut. Sehingga State
Economy Develepment Corporation (SEDC) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri
Terengganu (UPENT) pun terpinga-pinga dalam gelap. Hanya seorang manusia
yang bernama Idris Jusoh sahaja memutuskan bagaimana hendak membelanjakan
wang tersebut yang sangat besar jumlahnya.

Tetapi Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi tidak boleh bertolak ansur
dengan seorang manusia yang menguasai kekayaan negeri itu. Beliau mahu
supaya Idris menyerahkan wang RM800 juta setahun itu. Bagaimanapun, untuk
mengembalikan semula royalty 5% bermakna menyerahkan wang tersebut kepada
kerajaan negeri. Ini tentunya tidak menepati tujuannyanya. Mereka mahu
menguasai wang itu secara langsung. Sekarang duit itu di bawah kuasa Jabatan
Perdana Menteri tetapi diserahkan ke tangan Idris Jusoh. Apa yang perlu
mereka lakukan ialah menghalang wang tersebut jatuh ke tangan Idris Jusoh.

Lalu, muncullah Khairy Jamaluddin, penasihat merangkap menantu Pak Lah yang
mengemukakan satu "konsep payung" yang lebih baik daripada konsep yang
digunakan oleh Mahathir. Mereka ingin menguasai wang RM800 juta setahun itu.
Tetapi mereka tidak mahu mengambilnya daripada tangan Idris Jusoh dan
menyerahkannya kepada Kerajaan Negeri. Itu seumpama mengeluarkan daripada
mulut buaya dan dimasukkan ke mulut harimau. Mereka mahu kawalan secara
langsung ke atas wang tersebut tanpa memberi kesempatan kepada Idris untuk
membuat keputusan bagaimana wang itu harus dibelanjakan.

Dan inilah cara yang mereka lakukan. Pertama, mereka melantik Wan Farid,
pencacai Khairy sebagai Setiausaha Politik Abdullah. Seterusnya mereka
melantik Wan Hisham, adik Wan Farid sebagi Ahli Exco Negeri yang mengetuai
Sektor Pelancongan. Kemudian mereka memberikan semua projek yang berkaitan
dengan pelancongan kepada Patrick Lim, rakan kongsi niaga Khairy. Sekarang
satu rangkain yang sangat kukuh terlaksana dan tangan Idris Jusoh telah
terpotong.

Tugas Patrick Lim adalah mencipta projek-projek pelancongan yang menelan
belanja yang sangat besar. Dia kemudiannya mencadangkan projek-projek in
kepada Wan Hisham, orang yang bertanggungjawab dalam soal pelancongan. Wan
Hisham kemudiannya menyerahkan projek ini kepada abangnya Wan Farid sebelum
diserahkan kepada Khairy akhirnya. Idris Jusoh tentunya tidak mengetahui
apa-apa sehingga projek itu Berjaya dilaksanakan. Umpama peribahasa, nasi
sudah menjadi bubur.

Mereka membina 30 buah rumah di atas pulau di Sungai Terengganu dengan kos
RM1 juta setiap satu. Mereka melancarkan Perlumbaan Perahu Layar yang
dipanggil Monsoon Cup yang menelan belanja RM300 juta setahun. Beratus-ratus
juta dibazirkan setiap tahun untuk menarik pelancong ke Terengganu.
Nampaknya pada tahun itu jumlah Wang Ehsan yang dibelanjakan melonjak dari
RM800 juta kepada RM1 billion – nampaknya ada lebih banyak wang yang boleh
dibelanjakan.

Untuk memastikan Idris Jusoh tidak dapat menguasai wang tersebut, Pak Lah
sendiri mempengerusikan mesyuarat kerajaan negeri walhal beliau bukannya
Menteri Besar Terengganu. Tentu sekali Idris Jusoh turut menyertai mesyuarat
tersebut sebagai ketua kerajaan negeri, tetapi beliau tidak mempunya
sebarang kuasa untuk membuat keputusan terhadap apa yang dicadangkan oleh
mereka. Walaupun tidak mempunyai sebarang jawatan dalam kerajaan, Patrick
Lim juga dibenarkan menyertai mesyuarat tersebut.

Pak Lah seterusnya mencadangkan semua projek yang dirancangkan oleh Wan
Hisham, Wan Farid dan Khairy. Perinciannya tentu tidak dibincangkan tetapi
hanyalah perkara-perkara tertentu sahaja terutamnya jumlah dana yang
terlibat. Setiap kali Idris Jusoh membangkitkan sebarang soalan, beliau
diberitahu supaya "menyerahkan semuanya kepada Patrick Lim yang lebih tahu
apa yang perlu dibuat". Idris Jusoh tidak dilibatkan dengan perkara-perkara
yang lebih terperinci.

Tidak berapa lama kemudiannya Idris berasa bosan dan mencuba untuk melawan.
Satu projek yang dia tidak tahu apa-apa tentangnya diserahkan kepadanya dan
diminta untuk ditandatangani oleh Patrick Lim. Bagaimana beliau hendak
menandatanganinya sedangkan beliau tidak tahu apa-apa tetapi akhirnya beliau
yang akan dipertanggungjawabkan.

Patrick Lim keluar dari pejabar Idris Jusoh dan menghubungi Wan Farid yang
kemudiannya mengadu kepada Khairy. Dalam masa sejam sahaja Idris Jusoh
mendapat panggilan daripada Pak Lah yang mengarahkannya supaya
mendatanganinya. Tentunya tanpa banyak soal Idris terus menurunkan
tandatangannya.

Cengkaman Patrick Lim terhadap Pak Lah jelas terhadap semua orang tetapi
bukan Idris Jusoh. Suatu hari Pak Lah datang ke Terengganu untuk
mempengerusikan mesyuarat seperti kebiasaannya iaitu bagaimana untuk
membelanjakan wang RM800 juta (yang kini berjumlah RM1 billion kerana
kenaikan harga minyak). Idris menjemput Pak Lah di lapangan terbang dengan
keretanya. Sebelum sempat kereta Idris bergerak, Patrick Lim tiba dan Pak
Lah turun dari kereta Idris untuk menaiki kereta Patrick Lim.Sepatutnya pada
masa itu Idris telah sedar siapa yang sebenarnya memerintah di Terengganu.

Ya, RM1 billion bukanlah suatu jumlah yang sedikit. Wang ini yang sepatutnya
menjadi hak milik rakyat Terengganu tidak disalurkan kepada kerajaan negeri.
Ia disalurkan kepada Wan Hisham, Wan Farid, Patrick Lim dan Khairy. Pak Lah
mempengerusikan mesyuarat kerajaan negeri untuk memutuskan bagaimana ia
patut dibelanjakan. Dan Wan Hashim. Wan Farid, Patrick Lim dan Khairy
membantu membelanjakannya. Dan mereka menghabiskan semuanya. Dan Idris Jusoh
tak boleh kata apa-apa. Dan kalau dia enggan tandatangan, Pak Lah akan
telefon.



Sumber : http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/4906/84/

Nota: Artikel ini adalah terjemahan sebahagian daripada artikel asal oleh
Yang Mulia Raja Petra Kamaruddin. Mohon ampun kepada RPK sekiranya
terjemahan ini kurang tepat dan tidak sepenuhnya menggambarkan maksud
sebenar YM RPK.


-- 
"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN
DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA
MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG
PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka
selidikilah kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan
perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya )
sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." (
al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Kirim email ke