Sebab-sebab Sultan Murka Idris
Oleh Ipacat - Laman [EMAIL PROTECTED]
---------------------------------
Oleh kerana Idris Jusoh dan kuncu-kuncunya sudah terlalu biadap dan derhaka
pada Sultan, maka disini diperturunkan sebahagian sebab-musabab mengapa Tuanku
sangat murka kepadanya. Maklumat ini diperolehi dari sumber yang sangat rapat
dengan pihak Istana Terengganu!
Tuanku SANGAT MURKA kerana :
1) Idris Jusoh memasukkan duit royalti minyak sebanyak RM800 juta ke dalam
akaunnya. Duit itu diuruskan oleh Wan Farid,
Wan Hisham, Khairy Jamaluddin!
2) Projek Monsoon Cup adalah silap mata sahaja. Ia untuk Idris dan
puak-puaknya mengaut duit dengan sebanyak-banyaknya!
3) Sebelum PRU-12, Idris telah menjual seluas 30,000 ekar tanah pada tauke
cina dengan mengambil jutaan duit lagi untuk
diri dan kroninya!
4) Dan ada sebanyak 25 KES lagi dalam tangan Tuanku Sultan!
Tuanku Sultan melantik Datuk Mat Said kerana hanya beliau seorang sahaja yang
berani melawan Idris Jusoh dan puak-puaknya. Pak Lah pula pertahankan Idris
kerana beliau mempunyai kepentingan dalam projek-projek untuk baham duit
rakyat!
Wahai rakyat sekelian, marilah bangkit menyokong Tuanku Sultan! Baginda
bertindak demikian semata-mata untuk mempertahankan hak rakyat! Jangan biarkan
Tuanku bersendirian berdepan dengan puak-puak yang selama ini berlagak membela
rakyat, padahal merekalah perompak harta rakyat!
ipacat 24.03.2008
Laman [EMAIL PROTECTED] dihoskan di: http://www.marhaen.org/v1 Tapak
cerminan di: http://www.marhaendaily.net/v1
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.