Pandangan Dr Asri tentang kerajaan baru     19 Mar 2008 02:05 PM

  SOALAN: Apakah pandangan Dr. tentang kerajaan-kerajaan baru yang dibentuk 
oleh pembangkang; khususnya Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor? 
  JAWAPAN: ?Melihat kepada senario politik yang sedang berlaku dalam negara 
ini, maka beberapa perkara ?setakat ini- mungkin boleh saya ulas seperti 
berikut:
  1) Rakyat patut memuji kepimpinan Kerajaan dan rakyat Kelantan. Mereka 
terkenal dengan kematangan politik. Walaupun media yang bongkak menghina mereka 
sebelum pilihanraya berlaku, namun mereka telah berjaya merentasi pilihanraya 
dengan jayanya ?alhamdulillah.
  Di kala negeri-negeri lain masih dalam kekalutan, Kelantan tenang dan damai 
dengan keputusan yang dibuat oleh rakyatnya. Mudah-mudahan itu sebagai tanda 
bahawa Islam yang dilaungkan di Kelantan benar-benar mendapat keberkatan Allah. 
Bumi Kelantan adalah antara benteng-bentang umat Islam di negara ini. 
  Wajib kepada seluruh muslimin terus membantu hasrat Islam yang dilaungkan, 
selagi zahir padanya keikhlasan bukan bertujuan politik semata. Masih banyak 
ruang yang boleh dilakukan untuk mengangkat imej Islam di negeri berkenaan.
  2) Kerajaan Baru Kedah adalah harapan umum agar prinsip-prinsip siasah Islam 
yang menekankan soal keadilan dan kemaslahatan rakyat dalam dasar dan 
perlaksanaan benar-benar dapat dihayati. 
  Mereka perlu bernafas panjang dalam mengambil sesuatu tindakan agar kegopohan 
parti mereka di Trengganu dahulu tidak berulang. Kelihatannya YAB Menteri Besar 
Kedah yang baru, mampu menonjolkan ciri-ciri kematangan politik yang baik di 
peringkat awal ini.
  Pegangan ?siasah untuk maslahah ummah? amat penting agar tidak timbul sama 
sekali unsur politik membalas dendam. Kita berdoa agar prinsip-prinsip Islam 
yang damai, harmoni lagi adil dapat dikecapi oleh rakyat Kedah menerusi 
kerajaan mereka yang baru.
  3) Kerajaan Baru Selangor sebenarnya berhadapan dengan situasi yang amat 
sengit. Ini kerana, Selangor adalah negeri maju, rakyatnya mungkin lebih 
sensitif dan kritis. Kedudukan Selangor yang terdedah kepada dunia yang lebih 
terbuka, menjadikannya kayu pengukur golongan cerdik pandai sejauh manakah 
slogan golongan pembaharuan politik ini dapat direalisasikan. 
  Nampaknya tawaran-tawaran Kerajaan Baru Selangor mampu menzahirkan prinsip 
pemerintah mengutamakan rakyat seperti yang menjadi teras siasah dalam Islam. 
Kita amat berharap ketelusan dan kejujuran akan menjadikan mereka lebih unggul 
dibandingkan kerajaan sebelum ini.
  4) Ada pun Perak, saya belum dapat melihat perkembangannya. Namun 
keperibadian yang baik YAB Menteri Besar yang baru mudah-mudahan mengundang 
pertolongan Allah untuk pentadbirannya.
  Sekali lagi saya ingin sebut, seperti yang sering nyatakan dalam berbagai 
tulisan dan kenyataan saya, bahawa ?laksanakanlah keadilan dan ketelusan, di 
situlah akan lahirnya cinta rakyat dan keberkatan Allah. 
  Jangan ulangi segala bentuk penyelewengan dan kebongkakan yang pernah 
dilakukan oleh mereka yang lain sebelum ini, kerana pada bongkah, sombong dan 
tidak telus itu mengundang kebencian rakyat dan kemurkaan Allah?.
 

       
---------------------------------
Sent from Yahoo! Mail.
More Ways to Keep in Touch.

Kirim email ke