Assalamualaikum Sdr Zaharudin

Artikel di bawah amat baik dan jujur. Kita perlukan pandangan2 sebegini lebih 
banyak untuk kemakmuran dan kesejahteraan negara. Cukup jujur dan berani 
sekali. Perlu diingat, pandangan yang jujur dan tidak berat sebelah amat2 
penting untuk negara kita.

Sudah terlalu banyak pandangan atau artikel yang 'bias' terhadap sesuatu 
pihak/parti. Ini tidak menguntungkan sesiapa.

Kita sebagai rakyat perlu bijak, punya jati diri dan jujur dalam memilih 
pemimpin, bukan kerana kita ahli parti atau sebab lain. Contohilah pengundi2 
Cina yang bijak memilih pemimpin pada setiap pilihanraya. Mereka tidak terikat 
pada MCA, Gerakan atau DAP semata2.






Thanks & Regards

Meor Alwi Abdul Manan



----- Original Message ----
From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Sunday, 23 March, 2008 1:33:10 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Antara Kelantan, Kedah, Penang, Perak dan 
Selangor

http://www.zaharudd in.net/index. php?option= 
com_content&task=view&id=684&Itemid=72


Antara Kelantan, Kedah,
Penang, Perak & Selangor
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharudd in.net/
"Antara kerajaan pimpinan PAS di Kelantan dan Kedah,  DAP & PKR di Pulau Pinang 
dengan kerajaan pimpinan gabungan PAS, DAP & PKR di Selangor dan Perak, mana 
yang ustaz lebih yakin akan berjaya memperkenalkan kerajaan bersih dari rasuah 
dan lain-lain jenayah kepimpinan?" Demikian tanya seorang  pelajar sarjana 
kepada saya.


Soalan yang sukar dijawab dengan tepat tetapi masih boleh memberi pandangan.
"Ada banyak pro dan kontra" jawab saya secara ringkas dan mengambil jalan 
selamat.
"Contohnya ustaz, saya serius nak tahu ni" Desak pelajar tadi.
" Tak nak bezakan kerajaan tu dengan yang diperintah oleh BN ke?" Tanya saya 
pulak.
"tak mahu, itu dah basi...saya nak tahu antara lima ini aja" katanya sambil 
senyum dan memasukkan handphonenya ke dalam poket baju melayunya.
"Apa pandangan anta sendiri?" Soal saya semula
"Ana tiada idea yang konkrit buat masa ini dan ana lebih suka nak dengar 
pandangan ustaz je" tegasnya lagi.
Keberatan
Saya sebenarnya agak keberatan untuk memberi pandangan terutamanya saya agak 
jauh dari politik kepartian, saya juga tiada info yang mencukupi berkenaan 
perkembangan mana-mana parti yang disebutkan tadi. Saya juga tiada idea tentang 
tahap amanah setiap wakil rakyat yang menang itu.
Justeru sudah tentu sukar untuk saya meramalkannya apatah lagi membandingkannya 
dengan adil.
Namun demikian, agar tidak mengecewakan si pemuda yang bersungguh ini, saya 
berikan satu pendapat sederhana dan ringkas sahaja untuknya berfikir dengan 
lebih jauh.
"Jika dilihat dari asal dan asas perjuangan ketiga-tiga parti berkenaan, sudah 
tentu patutnya kerajaan yang dipimpin oleh PAS di Kedah dan Kelantan akan mampu 
membuktikan mereka paling bersih, telus dan amanah. Ini kerana pemimpin mereka 
menjadikan Islam sebagai tunjang perjuangan politik mereka.
Islam mewajibkan kita sentiasa bersih dari penyelewengan amanah kepimpinan, 
Islam ajar pemimpin agar tawaddhu dan bersedia menrima teguran baik dari 
ahlinya dengan minda berfikir dan hati sedar, sentiasa fikri kebaikan maksimum 
untuk rakyat lebih dari dirinya sendiri"
"Namun, itu jika ikut dari apa yang sepatutnya la"
"Jika dilihat dari apa yang ada secara praktikal pula mungkin akan akan yang 
berbeza" tambah saya lagi secara ringkas
"Kenapa pula beza" Tanyanya mendesak ingin tahu.
"Dari sudut logik, duit dan pangkat serta kuasa ini bukan calang-calang ujian. 
Ia boleh sahaja membuatkan ramai orang tersungkur termasuk golongan ustaz dan 
ilmuan Islam. Lihat sahaja apa yang terjadi kepada pelaburan cepat kaya melalui 
internet. Bukankah ia banyak juga disertai oleh mereka yang bergelar ustaz dan 
berlatar belakangkan agama. Ini membuktikan harta mampu menjatuhkan iman mereka 
yang punyai ilmu agama"
Jika Tanpa Pantauan Telus Tanpa ‘Double Standard'
Justeru, ini membuktikan tanpa pantauan berterusan, seorang ustaz atau siapa 
saja walaupun berlatar belakangkan pengajian Islam atau dalam parti Islam, 
mereka boleh saja menyeleweng dan tersungkur apabila mendapat kuasa dan 
pangkat, apatah lagi parti yang berlatar belakangkan demokratik dan keadilan 
umum sahaja
"Atas asas itu, mungkin saya kira kerajaan Selangor, Perak dan Perak mungkin 
akan lebih mampu bersifat telus berbanding Kelantan dan Kedah." Kata saya..
"Isyh,, biar betul ni ustaz, masih kurang faham le" berkerut dahinya kali ini.
"Maksud saya, di Selangor dan Perak, kerajaan negeri mereka betul-betul 
bercampur. Sebagai orang luar, ingat sekali lagi, saya sebagai orang luar. 
Setakat ini saya melihat hubungan parti-parti dalam Barisan Alternatif tidaklah 
serapat parti-parti komponen BN seperti MIC, MCA dan UMNO"
Namun hubungan sebegini ada hikmahnya juga, malah tidak keterlaluan jika saya 
katakan masih ada di lubuk hati masing-masing rasa sangsi antara satu sama 
lain. Hasil dari itu, apa yang positif adalah setiap wakil parti akan menjadi 
check and balance bagi prestasi dan pergerakan exco parti yang lain di samping 
bekerja bersungguh bagi buktikan kemampaun, ketelusan diri kepada ahli parti 
lain..
Secara logiknya keadaan ini akan mampu menutup banyak ruang salah laku dari 
exco setiap parti, sukar untuk masing-masing mengambil kesempatan atas kuasa 
yang sedang dipegangnya, kerana percampuran tadi menyebabkan masing-masing 
diteropong dari dekat oleh rakan-rakan alternatif mereka selain oleh BN.
Selain itu, wakil dari parti Islam atau wakil beragama Islam juga mungkin akan 
lebih tercabar dalam melakukan tugasan mereka dan akan lebih terbuka untuk 
mendedahkan dakwah kepada wakil bukan Islam dalam kerajaan campuran mereka. Ini 
akan menghasilkan kerja yang lebih kemas dan mantap sama ada secara terpaksa 
atau dengan ikhlas.
Ketiak saya bertugas di bank-bank Islam dulu, saya masih ingat beberapa orang 
pengurus di bank yang asyik mencari alasan untuk buat benda atau produk yang 
biasa mereka buat walaupun sudah diberitahu ia tidak menepati Shariah. Namun 
pegawai dan Naib Presiden non Muslim, sekali dengar sudah faham dan amat 
menghormati fatwa jauh lebih baik dari orang Islam sendiri. Malah banyak kali 
dalam meeting-meeting, si pegawai non muslim mengingatkan bahawa cara ini tidak 
menepati Shariah. Keadaan ini baik untuk sentiasa mengingatkan si Muslim.
Keadaan ini mungkin boleh jadi berbeza dengan Kelantan dan Kedah. Oleh kerana 
mereka dipimpin majoritinya oleh exco dari satu parti sahaja. Tanpa penjagaan 
sebaiknya amat amat DIBIMBANGI jika terdapat salah laku pun, ia boleh didiamkan 
akibat timbul perasaan segan, takut dan macam-macam lagi untuk menegur rakan 
separti sendiri, bimbang teguran akan membawa mudarat kepada persahabatan, 
parti secara umum dan macam-macam lagi. Hanya iman masing-masing yang mengawal 
mereka, berbanding di negeri bercampur tadi, iman dicampur dengan pantauan 
rakan parti lain. Sedikit kelalaian akan menyebabkan mereka tidak lagi perform 
dalam tugasan.
Ingat Ingat Dan Ingatlah
Nasihat kita bersama untuk semua pemimpin, sebelum tenggelam dalam nafsu kepada 
harta diperolehi dari jawatan yang dipimpin, sedarilah bahawa jawatan tidak 
kekal. Janganlah sampai sedang berseronok dengan harta, pangkat dan pengaruh 
yang disangka kekal dan mustahil untuk jatuh itu. Tiba-tiba jatuhlah ia dengan 
izin Allah,  jatuh tergolek. Jatuh boleh datang dalam bentuk tewas kerusi, 
tidak dilantik semula dan lebih dahsyat adalah tiba kematian tanpa petanda. 
Firman Allah swt :-
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاء وَتَنزِعُ 
الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاء وَتُعِزُّ مَن تَشَاء وَتُذِلُّ مَن تَشَاء بِيَدِكَ 
الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Ertinya : Katakanlah: ""Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan 
kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari 
orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan 
Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala 
kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu ( AL- IMran : 26 )


Lagi Penyakit Dalaman Satu Parti
Selain itu, boleh wujud satu keadaan dimana teguran itu walaupun benar, ia 
menyebabkan penegur dianggap musuh dalamannya, pembangkangnya, pendengki dan 
pelbagai lagi. Hasilnya penyakit ini akan merebak hingga terpecahnya kesatuan 
dan lemahlah gerakan.
Saya tidaklah mengatakan ia akan sudah berlaku dan banyak berlaku tetapi saya 
hanya katakan ia mungkin boleh berlaku. Kerana saya ada sedikit pengalaman 
melihat apa yang berlaku di Terengganu satu ketika dahulu. Tidak perlulah saya 
ceritakan di sini namun, saya katakan ada yang tidak kena berlaku sehingga 
menjadi barah dan virus yang amat melemahkan, menghilangkan hormat dan 
kepercayaan kepada tok wakil ini.
Malah saya yakin, dari ramai-ramai yang terpilih menjadi exco itu dan ini, 
sudah tentu akan dapat dilihat kemampuan masing-masing dalam menjalankan 
tugasan dan amanah. Oleh kerana manusia ini berbeza-beza kemampuannya, sudah 
pasti ada yang dapat dilihat sebagai ‘kurang mampu' berbadning yang lain. 
Tatkala itu akan wujudnya keperluan menukarnya dengan individu yang baru.
Namun akibat mereka semua satu gerakan dan parti, biasanya AMAT AMAT SUKAR 
untuk sesiapa sahaja mempelopori cadangan untuk menggantinya dengan orang lain. 
Jika dilakukan juga, amat mudah perasaan amarah jahat menetas dalam hati dan 
akhirnya mewujudkan kem demi kem, sangka buruk demi sangka buruk. Akhirnya 
wujudlah budaya cantas mencantas, tuduh menuduh, fitnah memfitnah sesama 
sendiri.
Justeru hati-hatilah dengan permainan jawatan, pangkat dan harta. Jika tanpa 
gaji yang besar pun apa yang saya sebutkan di atas boleh berlaku, apatah lagi 
dalam waktu jawatan itu dikelilingi kemewahan atau harta.
Di kesempatan ini, hadis yang amat popular di bawah amat baik untuk ingatkan 
kita sekali kepada semua wakil rakyat berjawatan exco dan berjawatan dalam 
kerajaan baru. Bantulah diri dan rakan agar tidak termasuk dalam kumpulan 
menzalimi dan mereka yang dizalimi. Sabda Nabi s.a.w :-
انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أو مَظْلُومًا فقال رَجُلٌ يا رَسُولَ اللَّهِ 
أَنْصُرُهُ إذا كان مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إذا كان ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ 
قال تَحْجُزُهُ أو تَمْنَعُهُ من الظُّلْمِ فإن ذلك نَصْرُهُ
Ertinya : Bantulah saudaramu yang sedang menzalimi orang lain dan saudaramu 
yang sedang menjadi mangsa kezaliman,  lalu berkata seorang lelaki : "Wahai 
rasulullah s.a.w, Aku membantunya sekirnaya dia dizalimi tetapi bagaimana pula 
aku membantunya sedangkan di sedang menzalimi" ?
Jawab Nabi : "Dengan menghalangnya dari terus melakukan kezaliman, itulah dia 
ertinya kamu membantunya" ( Bukhari, 6552, 6/2005)
Dan sebagai akhirnya, friman Allah ini sebagai nasihat kepada diri, pembaca dan 
tentunya mereka yang sedang di alam baru sebagai tok wakil dan exco.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاء 
لِلّهِ وَلَوْ عَلَى أَنفُسِكُمْ أَوِ الْوَالِدَيْنِ وَالأَقْرَبِينَ إِن يَكُنْ 
غَنِيًّا أَوْ فَقَيرًا فَاللّهُ أَوْلَى بِهِمَا فَلاَ تَتَّبِعُواْ الْهَوَى أَن 
تَعْدِلُواْ
Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar 
penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biar pun terhadap dirimu sendiri 
atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya atau pun miskin, maka Allah 
lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena 
ingin menyimpang dari kebenaran.. ( An-Nisa : 135 )
"ooo begitu pandangan ustaz" terlopong dia mengangguk
"Tapi ia hanya pandangan yang bebas di tolak dan diterima, tiadalah bagus 
sangat pun, hanya pandangan biasa dari orang biasa. Ok ye..mari kita bersangka 
baik kepada penegur dengan kandungan membina dan mereka yang ingin menasihat, 
Apapun, perkembangan dari luar setakat ini. Nampak banyak pendedahan yang 
menggalakkan, seperti :-
1) Setuju declare harta kepada umum..tetapi saya sedang tunggu ni siapa nak 
mulakan.
2) Kedah umum turunkan cukai tanah di Kedah 30 %. Di sini
3) Perak dan Selangor declare tidak pecat kakitangan berbeza ideologi politik 
jika benar-benar berkualiti kerjanya.
4) Semua kerajaan negeri-negeri yang baru umumkan nak bersih dari rasuah. Namun 
semua orang boleh cakap, kita tunggu nak tengok sekarang.
5) Ada yang isytihar potong elaun exco untuk rakyat, dan tidak dibenarkan exco 
buat bisnes agar tidak terdapat konflik interest dan yang boleh bawa kepada 
salah guna kuasa dan rasuah. Ini bagus, tetapi bagaimana jika adik beradik 
sebagai proksi pula?. Kena semak juga ye.
6) Ingin perkenal program bekalan air percuma kepada rakyat Selangor sehingga 
20 meter padu berkuat kuasa April. Untuk tujuan itu diwarwarkan akan menyemak 
kontrak air di Selangor kerana didapati mengayakan satu pihak dan merugikan 
rakyat, Ini bagus tapi ingin dilihat akan diberi kepada siapa pula. Kami ingin 
lihat tender terbuka berdasarkan merit tanpa rasuah. Sumber di sini.
7) JKKK and Tabika Kemas dibiar operasi macam biasa, Cuma silibus akan disemak 
sikit..ini juga tindakan yang ingin dilihat, toleransi dengan mereka yang 
berbeza fahaman politik.
8) Sumber kekayaan Selangor akan ditadbir secara berkesan. Sumber di sini; ini 
baik lafaznya, namun praktikalnya yang sedang dan akan dipantau oleh rakyat.
9) Penang dan Perak membatalkan saman oleh PBT. Tawaran ini meliputi semua 
saman yang dikeluarkan majlis daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) 
membabitkan penjaja dan letak kereta sehingga 17 Mac 08. Ini baik namun ada 
buruknya juga.
10) Cadangan menjual semua rumah exco Selangor yang dulunya bernilai RM 21 atau 
RM 40 juta bagi tujuan membangunkan negeri. Ini juga baik. Sumber di sini.
Selain dari apa yang disebut di atas, saya juga ingin melihat perancangan 
terperinci tentang menghidupkan institusi masjid dan ilmu dalam masyarakat. " 
Saya menamatkan bicara.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharudd in.net/
18 Mac 2008




Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.



      ___________________________________________________________
Rise to the challenge for Sport Relief with Yahoo! For Good

http://uk.promotions.yahoo.com/forgood/

Kirim email ke