Marta' 'Ulum al-Diniyyah Program ini mengambil sempena tradisi keilmuan yang telah dijana oleh al-Sultan Sulaiman selaku Sultan Selangor ke- . Ini merupakan tradisi jati diri umat Islam di bawah lembayung kesultanan Melayu Islam yang patut diteruskan semula demi menyumbang kepada kefahaman agama Islam di kalangan . Marta' 'Ulum al-Diniyyah ini sebenarnya telah diketuai oleh Tengku Mahmud Zuhdi sebagai Sheikhul Islam Kerajaan Selangor semasa pemerintahan al-Sultan Sulaiman dan yang kemudiannya diteruskan semula oleh Sheikh al-Bukhari.
Pemilihan tempat program ini di Masjid Kampung Kuantan Klang kerana mengambil sempena tempat Sheikh al-Bukhari (guru Ustaz Ismail Kamus) pernah mengajar di sini dan sempena berdekatan dengan kediaman rumah ahli jawatankuasa fatwa negeri Selangor yang tertua umurnya iaitu al- Fadil al-Ustaz Abdul Aziz bin Andik Achuk. Di masjid ini juga pernah menjadi tempat kuliah al-Marhum Dato Mufti Ishak Baharom, al-Marhum Ustaz Taha (kawan Tuan Guru Hj. Hashim Pondok Pasir Tumboh), Dato Mukhtar Salleh dan lain-lain. Jam: 9.00 pg - 12.00 tgh Hari: Ahad / 6hb. April. 2008 Kitab: 1. Fath al-Mu'in karya Sheikh Zainuddin al-Malibari serta I'anah al- Talibin karya Sheikh Bakri Shata 2. Qawa'id al-Ahkam karya Sheikh 'Izzuddin ibn Abdissalam disampaikan oleh: al-Fadil al-Ustaz Abdul Aziz bin Andik Achuk pernah belajar secara talaqqi dan secara madrasah di Makkah secara talaqqi belajar kepada Sheikh Hasbullah bin Hj. Hasan yang menerima ilmu daripada pesantren terkenal di Sulawesi. sering berulang alik ke Masjidil Haram Makkah belajar kepada Sayyid 'Alawi bin Sayyid 'Abbas al-Maliki al-Makki dan beberapa orang ulama lain. kemudian melanjutkan pelajaran ke al-Azhar. Tinggal di Kampung Kuantan Klang pada tahun 1970-an dan ketika berada di sini mengajar di Kolej Islam Klang Selangor. antara muridnya ialah Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Daruddin dan lain-lain. kemudiannya mengajar di Matrikulasi UIA. Pernah menganggotai ahli jawatankuasa fatwa Wilayah Persekutuan dan kini masih menganggotai ahli jawatankuasa fatwa Selangor. Insya Allah, akan ada beberapa orang tenaga pengajar yang berpengalaman secara talaqqi akan dipilih dengan tambahan masa sesuai dengan permintaan Tempat: Masjid Kampung Kuantan Klang Selangor Darul Ehsan. maklumat lanjut, hubungi: 016-3808724 (zaidi) seeloknya hubungi melalui sms www.ilhamkanku.com.my
